Catatan

Abah dah tau nak beli kereta apa dah di masa depan nanti!!

Imej
Tengah belek-belek suratkhabar ternampak laa satu iklan nih!! Ada rezeki nak belilah kereta nih pada masa depan! Bukan apa, Auni Auni Auni makin besar, rambut diorang pun kerinting, sekarang nih tak nampak sangat laa.. kot dah besar nanti jadi macam dalam gambar nih! Hehehe Nanti nak tidur pun selesa sikit! Kesian tengok diorang tidur macam post Abah sebelum nih !!

Tidur dalam kereta!

Imej
Minggu lepas kami sekeluarga balik kampung Abah kat Kota Tinggi, Johor. Masa gambar ini diambil on the way balik Putrajaya. Kami dah berenti rehat kat RnR Jejantas Ayer Keroh. Lepas Abah segarkan mata, sambung jalan balik. Mama mula-mula duduk belakang, pindah duduk depan. Sakit pinggang katanya. Baru nak keluar highway, Mama kata berenti kejap nak betulkan si Abang tidur dah atas lantai dah!! Hehehe Sebelum betulkan tu, Abah suruh Mama snap gambar diorang dulu!! Saja simpan buat kenangan! Pastu boleh letak kat blog!! Hehehe.. Yelah.. nanti diorang dah besar takdelah nak dapat ambil gambar macam nih lagi! ***Nota kaki Abah Jangan suruh Abah tukar kereta besar tau! Hehehe belum sampai masanya.. Huhuhu.. Lagi pun Mama tak suka kereta besar nih! Space barang takde katanya.. Err.. beli bas lah pasnih!!

Abah!! Nak pusing-pusing!!

Imej
Sebelum Abah pergi kerja, Abah kena bawa AMRAFAHAN pusing-pusing dekat area rumah, tak kisahlah jauh ke dekat, janji naik motor.. Pagi ini Abah bawa diorang pusing depan rumah jer, buat 1 pusingan jer, tak leh nak pusing jauh-jauh. Risau lak nak bawa 4 4 orang pusing jauh.. Nanti dah ada motor panjang baru boleh kot.. hehehe

Nyenyaknya!

Imej
Fresh from oven! Gambar Si Abang tidur atas Si Adik pagi nih!! Susah nak dapat post macam nih! Pagi tadi Abah nampak terus snap!!! Comel jer!! Nanti diorang dah bangun tidur Abah nak tunjuk pada diorang! Hehehe

Baju Peliklah!!!

Imej
Tadi. Abah dengan kawan pergi bank kat Puchong Jaya, masa parking depan kedai tu terbaca laa iklan kat kedai baju nih.. Bila baca rasa pelik jer... Aku salah baca ke iklan tu yang salah.. Baca dua kali tau! Takut silap!! Siap ambil gambar lagi!! Haa tengoklah gambar tu!! Pelik kan?!! Hehehe

Video AMRAFAHAN di NONA

Imej
Haaa baru dapat upload video diorang nih! Bukan senangkan nak dapat peluang macam nih.. Abah dengan Mama tumpang rezeki anak-anak jer.. Video ini disiarkan pada 25 Mac 2012 yang lepas di Rancangan NONA di TV3. Boleh dikatakan Abah ni jarang laa tengok rancangan NONA ini.. biasanya Mama yang tengok. Tiba-tiba hari Ahad lepas, Abah boleh terpacak depan TV nak tengok macam mana hasil interview kitorang hari tu! Yelah.. macam-macam wartawan tu tanya.. tapi yang keluarnya sikit jer.. banyak dah kena edit.. hehehe... dalam hati tu berdebar-debar nak tengok muka sendiri dalam TV ko! Bila dah tengok hasilnya tu memang mabeles laa editor NONA tu buat!!! Masa tu kami berada di Penang kampung Mama, jadi tengok laa beramai-ramai dengan Mak Mertua dan ipar duai.. lepas tengok tu pakat gelak ramai-ramai! Hahaha macam haper jer!!! Lepas tu abah dapat mesej dari kawan-kawan.. semua tegur tang perut tuh! kekeke.. Kat sini Abah nak buat pengakuan laa... Perut Abah tu normal jer saiz dia.. tapi dis...

11 April 2012 nih cuti umum tau!!!

Imej
Haaa.. percaya tak pada 11 April 2012 nih kerajaan wartakan sebagai cuti umum untuk semenanjung Malaysia!! Cuti umum nih sempena pertabalan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Sultan Kedah. Baginda ditabalkan menjadi YDPA buat kali keduanya dan pertama kali berlaku dalam sejarah sultan melayu. Apa yang penting?!! Kita Enjoy!!! Hehehehe.... Haahh! ni buktinya!!!