Jumaat, 26 Oktober 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha live dari R&R Tapah Arah Utara!

Kami sekeluarga baru jer sampai R&R Tapah Arah Utara. Berenti berehat sekejap. Nak solat dulu, minum nescafe dan makan roti bakar kat Pak Tam cafe. Bergerak dari Putrajaya dekat pukul 7 petang tadi. Punya laa banyak kereta, speed pun 20km/h - 90km/h jer. Lepas tu hujan sepanjang perjalanan. Sampai R&R hujan lebat pula! 4 jam baru sampai Tapah. Nak sampai Bukit Mertajam mau lagi 4 jam agaknya campur tidur kat R&R hehehe.

Abah turun sorang jer nih, Mama dan AMRAFAHAN dalam kereta kirim burger KFC. Lepas habis update blog nih, nak beli KFC pula. Ramai sangat orang sampai nak parking pun susah.

Sempena hari mulia nih, Abah sekeluarga nak ucapkan kepada semua saudara mara, sahabat handai, geng kembar, sahabat FB Twitter Blog dan semua sekalilah!

Selamat Hari Raya Aidiladha, moga lepas nih rezeki kita semua dapat peluang tunaikan haji pula! Rindu pula nak ke Mekah dan Madinah lagi!! Insyaallah dengan izin Nya. Aminnn...

Published with Blogger-droid v2.0.9

1 ulasan:

Mohd Rizwan berkata...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMOGA TAKBIR YANG BERGEMA MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN BERSAMA-SAMA ERTI PENGORBANAN SEBENAR :)

jemput baca entry terbaru saya :

http://rizwanewan.blogspot.com/2012/10/selamat-hari-raya-aidiladha-2012.html

exabytes unlimited