Khamis, 23 Ogos 2012

Mood Abah = Rindu AMRAFAHAN

Mood Abah:
Rindu kat AMRAFAHAN dan Mama sebab diorang kat Penang dan Abah kat Putrajaya / Seremban. Dah 2 hari tak jumpa!!

Hadoihh... balik kerja rumah sunyi jer! takde orang menjerit sambut Abah balik! Tak de orang buat pertanyaan beramai-ramai dan berulang-ulang kali "Abahhh!! Abah pergi mana tadi??" dari 4 orang budak kecil yang comel! huhuhu rindu!!! Walaupun Abah dah jawab hari-hari, tapi hari-hari juga diorang tanya! Seronok Abah! Rindu saat-saat tu! Sambut Abah kat muka pintu berlari-lari berebut-rebut nak peluk dan salam dengan Abah! wahhh!! Rindunya!!

Esok malam InsyaAllah Abah akan balik ke Penang semula dengan bas nak ambil diorang semula. Cuti raya dah habis! harap-harap tak jem macam Abah balik Putrajaya hari tu! Kematu bontot duduk dalam bas 8 jam! huhuhu



1 ulasan:

KayNisa berkata...

comelnye bertudung :)

exabytes unlimited