Cerita tipon dan AMRAFAHAN
Cerita tipon lagi.. Abah dah bawa kat kedai tipon tempat Abah beli tu, try laa tanya-tanya kot boleh repair ke haper ke..
Humang hai... bila diberitahu Abah yang harga repair tu, soribu lobih.. baiklah Abah beli tipon baru... sedih juga laa tak dapat repair.. bukan tak dapat.. tapi tak berbaloi.. lagipun repair.. bukan replace new set.. kalau replace new set best laa juga.. Sabar jerlah hati.. Bila tengok kat kedai tipon, tipon cap lain macam dah tak best jer.. tipon cap ayam yang Abah suka tulah yang berado di hati ini.. Nantilah nak kumpul duit balik, nak beli balik tipon cap ayam tu.. Cukup setahun dapatlah kot beli.. huhuhuhu
Cerita AMRAFAHAN pula, hari ini Mama ada kursus 3 hari kat INTAN wilayah tengah, jadi dia kena keluar rumah awal sebab nak naik transport office ke sana. Jadi, Abahlah kena hantar diorang ke taska. Perghh.. hari ini boleh terlambat pula.. macam-macam kerenah diorang yang membuatkan Abah tersenyum sendiri dan kadang-kadang jadi resakse gorgon! hehehe. Pagi tadi sebelum mandi, AF AH AN nak makan biskut dulu baru boleh mandi. huhuhu sabar jerlah. Lepas tu mandikan si AMR pula, siap-siapkan diorang hantar diorang ke taska. Tapi biasalah dah sampai taska, taknak turun kereta pula, kena pujuk, lepas tu kena pakaikan kasut. Memang macam tulah hari-hari gamaknya. Dulu masa diorang kecil-kecil bolehlah dukung sekali 3 orang terus, sekarang nih, tak mampu dah... sekali sekala jer boleh.. kalau kat taska tu, nak dukung kena naik tangga sekali, bahaya tuh! Agaknya sebab tu dulu Abah kurus (cehh alasan!!) sekarang tidak lagi! hahaha. Si Abang pula sebab dah biasa dengan Mama dia belikan bekal bubur, jadi bila dengan Abah pun nak bubur juga, jadi dia buatlah merajuk sebab Abah taknak belikan dia bubur. Kenalah pujuk.. dah pujuk-pujuk upah duit singgit untuk simpan beli bubur, baru dia nak masuk taska. Kalau tak jenuh laa Abah...
Ermm.. Nak dijadikan cerita, esok Abah kena kursus juga, kat Bangi.. nasib dekat.. baru pagi tadi dapat surat kat opis. Kursus Abah sampai laa hari Jumaat ni. Kursus sampai malam, tapi petang ada gap. Jadi bolehlah Abah lari kejap ambil AMRAFAHAN balik dari taska sementara menunggu Mama sampai. Harap-harap minggu nih, Abah tak lambat masuk kursus, huhuhu.. sebab selalu terbabas bangun tidur! hehehe
Errr... nak letak gambar tak boleh dah.. tipon masuk air.. Entah bila nak ok, Abah pun tak tau?! Oklah nanti cerita lagi. Nak pergi ambil AMRAFAHAN dah ni. Kang marah pula cikgu dorang! hehehe
idola Abang, jumpa masa kat Floria Putrajaya |
Muka kagum tengok Boboiboy!! |
Nota kaki Abah:
Rasa aman damai laa pula tak tipon nih...
Mood: tengah membiasakan diri tanpa tipon di tangan!
Ulasan