Al Fatihah untuk sahabat Abah!

Pagi tadi Abah dikejutkan dengan berita kehilangan 3 orang sahabat Abah sekaligus. Mereka semua adalah rakan sepejabat Abah di JKKP Negeri Sembilan. Terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku. Tetapi ini semua ketentuan Allah. Masa  kita akan tiba jua, siapa yang tahu bila, di mana dan macam mana?!!

Moga pemergian ketiga-tiga sahabat Abah ini, membawa keinsafan dalam diri kita yang masih hidup ini. Salam takziah buat buat keluarga arwah. Marilah kita sedekahkan Al Fatihah untuk ketiga-tiga sahabat Abah ni Muhammad Shah Rizal Bin Ngah, Muhammad Nazri Bin Baharudin dan Muhammad Azrul bin Abd Rahman. Semoga arwah semua ditempatkan dikalangan orang yang beriman. InsyaAllah
Mereka dikhabarkan kemalangan kereta di Jalan Pantai, Seremban, Negeri Sembilan lebih kurang jam 10.50 pm 16 Julai 2012, diberitahu rakan pejabat Abah yang lain semasa mereka hendak pergi minum.

Berita terkini yang Abah terima, mereka akan dikebumikan


1.    Muhammad Azrul bin Abd Rahman (J29)
Jenazah akan disemadikan di
No 547, Laluan taman Meru, 31 Taman Meru, Ipoh Perak.

2.    Muhammad Shah Rizal B. Ngah (J22)
Jenazah akan disemadikan di
1728 Kg Gong Pauh, 24000 Kemaman Terengganu.

3.    Muhammad Nazri b. Baharuddin (FT17)
Jenazah akan disemadikan di
NO.16, Lorong Chempaka 2, Blok B, Bandar Baru Empangan, 70400 Seremban.

Kepada sahabat yang mengenali dan berkesempatan, dapatlah kiranya menziarahi keluarga arwah.



AL FATIHAH


Gambar kemalangan Pegawai JKKP Negeri Sembilan




Ulasan

Ainul Hayat berkata…
Innalillahiwainnaillahirrojiun...saya rasa mangsa kejadian ni rakan pejabat kawan saya juga. Kawan saya Redzuan Hamid. Nampak dia post gambar ni di FB.
Zakiyah Zainon berkata…
innalillah....
Mesti opis terasa kelihangan, serentak pulak tu.
Moga Allah menempatkan mereka bersama para solihin..
ArshSabila berkata…
Innalillah..dr Allah kita datang kepadaNya jua kita kembali..

Salam takziah buat keluarga-keluarga arwah semua..al fatihah
Unknown berkata…
Sedih dgr...sahabat suami sy...
...miSS fAi... berkata…
innalillah... ajal maut di tangan Allah. jalan pantai tu macam familiar sebab selalu gak pegi rumah abang kt pantai. jalannya kecik. moga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. al fatihah
Tanpa Nama berkata…
salam,saya sepupu kepada muhammad nazri.terima kasih atas doa yg tidak putus putus untuk arwah.arwah telah selamat disemadikan tepat pukul 1.45 pm di makan tn.hj.said.sekiranya ada sebarang kesilapan dan kekhilafan yang berlaku,saya mohon ampun dan halalkan makan minum dunia dan akhirat.sekiranya ada hutang yang masih belum diselaikan bolehlah pm saya.sekian terima kasih.assalamualaikum.
Tanpa Nama berkata…
Salam takziah buat keluarga sahabatku nazri..moga roh nya da rakan2 di tempat di kalangan yang beriman... Buat pengetahuan nazri merupakan rakan seperjuangan semasa blajar di sekolah izzuddin shah ipoh...terasa kehilangannya kerana lama x berjumpasetelah tamat persekolahan... Al- fatihah.....
Tanpa Nama berkata…
alfatihah
Tanpa Nama berkata…
mereka ini adalah sahabat hamba. Pada bulan ini 4 orang pegawai JKKP Negeri Sembilan meninggal dunia. Pada pendapat hamba perkara ini dapat dielakkan JIKA KP SEKARANG (JOHARI BASRI)membuang sikap angkuh pada dirinya sebagai seorang KP. Mereka ini adalh weekend husband... KENAPA KP?
anis berkata…
alfatihah.takziah untuk keluarga mangsa...memang sayu lebih2 kepada family mangsa..yelah,kite pn nak sambut ramadhan tak lama lagi tapi kehilangan ahli keluarga..Allah je yang tahu semuanya.
Tanpa Nama berkata…
Moga ALLAH tempatkan mereka bersama-sama mereka yang beriman & beramal soleh. Al-Fatihah.
Tanpa Nama berkata…
Sy sepupu kpd mohd nazri @ choe.. Sedekahkan al fatihah utk arwah :'(
Tanpa Nama berkata…
sy jbtan lain tp dibawah KSM jg...knp?..KP xluluskn permohonan pertukaran arwah ke?
Tanpa Nama berkata…
bukan tak lulus, saje tak nak bagi. Macam Shahrizal, semenjak dari kahwin sehingga meninggal tidak dapat bersama isteri (hanya weekend sahaja). Siapa yang tak bosan kalau berjauhan dari keluarga. Serupa macam tak kawin. Bila berjauhan dari keluarga, ini yng terjadi. Ramai staff JKKP berjauhan dari keluarga. Macam mana kita nak bina sahsiah keluarga. Tapi kalau staff tu rapat dengan BINI KP, SENANG DAPAT PINDAH. Seperti di JKKP Terengganu, suami isteri boleh pindah dari HQ ke Terengganu. Ini apa? Pilih Kasih atau Kasih Terpilih?
Unknown berkata…
Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati...redho dengan pemergian mereka dan sedekahkan lah al fatihah...

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!