Jadi angkasawan pula?!!

Selepas Abang Aqil jadi artis hari tu.. hari yang sama dia boleh jadi angkasawan! Abah tak cakap! Tapi berita nih yang cakap!

Boleh baca baca kat sini yer! Hehehe

Abang kat belakang sekali tengah bagi burung makan - Sumber gambar dari sini

Abah tak kisah Abang nak jadi apa bila besar nanti, asalkan kerja tu elok, baik, berguna kepada diri sendiri dan masyarakat dan yang paling penting kerana Allah SWT. Amin!


TASKA KBS ANJUR LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Oleh : Juliana binti Ramli (Bahagian Khidmat Pengurusan)

juliana@kbs.gov.my

KUALA LUMPUR , 30 November 2011 - Jawatankuasa Pengurusan TASKA Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diberi tanggungjawab menguruskan TASKA KBS di Blok Podium, Menara KBS telah menganjurkan satu sesi lawatan sambil belajar ke Planetarium Negara dan Taman Burung Kuala Lumpur pada hari ini.

Program tahunan ini disertai seramai 20 orang kanak-kanak yang berumur di antara tiga dan empat tahun serta tujuh guru pengiring. Objektif utama lawatan ini adalah untuk memupuk minat anak-anak dalam bidang aero angkasa dan cintakan alam semulajadi, selaras dengan taraf TASKA KBS yang telah diberikan status PERMATA NEGARA.

Di sepanjang lawatan ini, kanak-kanak keliharan amat terhibur dan seronok melihat tayangan video earo angkasa serta pertunjukan burung dari pelbagai spesis.

Menurut salah seorang bapa kepada kanak-kanak yang mengikuti lawatan ini, pengalaman sebegini sedikit sebanyak dapat mendedahkan anak-anak terhadap pendidikan awal kepada kanak-kanak.

Program tahunan ini menjadikan tempat-tempat bersejarah dan menarik untuk dilawati sebagai pendedahan awal kepada peserta sebagai mengisi slot pembelajaran dan pengajaran awal kepada mereka.


Disunting oleh : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat)

razali_m@kbs.gov.my


Sumber: Website KBS


Ulasan

ida berkata…
jadik pengerusi pun boleh abang Aqil heheheh..tapi tu sambilan jer la ek..semoga Aqil dapat mencapai apa saja yang dicita..amin!!!
Izan Ishak berkata…
syoknya abg aqil jalan2 ngan kawan2 ye...
anis berkata…
abang aqil ni muke dia macam penah tengok kat iklan tv lah..muke macam muke model iklan..

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!