Nak dukum!! Tak yayah! Tak mest!!

Pagi tadi Auni Auni Auni bangun awal seperti biasa... Abah baru lepas solat subuh. Sekarang nih bila dorang nampak abah kat tangga nak turun bawah, tiga tiga akan jerit minta dukung!! Nak dukum! nak dukum! hehehe elok elok dukung, jadi dukum!! Tak kisahlah! janji abah paham!! Bila abah buat tak tau jer, mula laa masing masing menjerit nangis!! huhuhuhu...

Pagi ni sempatlah suruh mama snap gambar abah tengah dukung dorang! Err... semua muka tak mandi lagi termasuklah yang tukang ambil gambar tu! hahahaha!!!

Bila nak ambil gambar jer, otomatik tangan terus buat peace sign!!

Gambar kabur! Sori aa!! Masing masing masih mengantuk!

Semalam punya cerita pula! Biasanya bila waktu berbuka, AMRAFAHAN akan join sekali laa.. semalam Auni Auni Auni duduk dengan abah. Sorang kat peha kiri dua lagi kat peha kanan... huhuhu... abang duduk dengan mama, lepas tu mama suap dorang dengan bubur lambuk. Mama suap dorang jer, mama tak suap abah pun! hehehe...

Bila dah lepas makan tu, AF dan AN masih duduk dengan abah lagi. Lepas tu mama ajak Auni Auni Auni naik atas, lalu dijawab oleh AN "Tak yayah!" Mama ulang lagi jom naik atas! AN jawab "Tak mest!" hahaha abah mula mula tak paham! Tapi bila dah ditranslatekan oleh mama barulah tau AN cakap tak best!! hehehe...

Alhamdullillah sekarang nih Auni Auni Auni dah banyak cakap. Suka ulang balik apa yang kita cakap.. Lepas tu mama ada ajar diorang cakap ayat Jambu kumpulan Maharaja Lawak "Apa pun tak boleh!" hahaha AF yang selalu mengajuk! Intonasi tu ada, perkataan yang depan tu ada bunyi bunyi sikit, ayat yang last baru ada bunyi perkataan 'boleh' hehehe...

Masa hari Selasa lepas Auni Auni Auni ada appointment dengan pakar kanak-kanak kat Hospital Putrajaya. Pergi untuk check up diorang punya perkembangan. Alhamdullillah doktor kata perkembangan diorang advance. Lega dengar sebab diorang lahir tak cukup bulan, tapi sekarang nih perkembangan diorang advance sama macam kanak-kanak normal yang lain.

Dikesempatan ini aku sekeluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin jika ada bahasa-bahasa aku yang mengecilkan hati korang yer! Hati hati memandu pulang ke kampung halaman masing masing! Moga selamat sampai ke destinasi masing masing jumpa keluarga tersayang!


Ulasan

aizamia3 berkata…
comel auni, auni dan auni itu.. ;)

selamat menyambut syawal yang bakal menjelang tiba tak lama lagi.. moga semua berjalan dengan lancar..
selamat hari raya bro...
mak aiiii GAGAH perkasa si abah dukung si princess ....comey rambut kerinting....
Cik Azizah berkata…
wah comelnya bro baby kembar2 ni..untung..xpe bela sekali terus je kan..

even lahir tak cukup bulan sebab kembar. tp tumbesaran mereka sihat dah cukup baik..
Sharifah Nadzarah berkata…
MESTI DIAORG RINDU KAT ABAH TUUUU..
OKLAH SELAMAT HARI RAYA JUGAK UTK AUNI3 & ABAH SEFAMILY
MAAF ZAHIR & BATIN
Makbed berkata…
Haha.. begitu kerinting skali rambut mereka. Slamat Hari Raya untuk anda sekeluarga.
Mama Kembar 3 berkata…
nasib baik anak dara semua selim melim kan abah, kalau montel mau patah pinggang nak dukum 3 sekali hehehe
che sakinah berkata…
comel nye auni auni auni!! yg menguap tu tak tahan.. hahahha :)

Selamat hari raya juga.. maaf zahir batin :)

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!