Thursday, May 8, 2014

Sedapnya pizza kambing!!

Petang semalam, Abah ajak Mama makan kat luar saje jer lah, kebetulan pula kawan-kawan blogger yang lain pun ajak jumpa sesaja dan nak teman Ben yang tengah tunggu wife dia nak bersalin.

Diorang plan nak ke Mr Kabab & Briyani, Presint Diplomatik, Putrajaya tu, Abah pun memang nak bawa AMRAFAHAN kat sana sebab teringatkan pizza kambing dia yang sedap tu!! Sebelum nih pernah try kat situ terus terpikat! Haishhh! Abah nih apa yang tak terpikat?!! Semua terpikat asalkan makanan tu sedap! hehehe

Menu malam tu untuk AMRAFAHAN, Abah order Lamb Pizza atau cakap melayunya Pizza Kambing! Buruk bunyinya kan! hahaha, Fish Finger, Lamb Mendee Rice. Err... nasi nih untuk Abah aaa... Mama dia order burger pastu cancel, dia share dengan AMRAFAHAN jer, dia tak makan malam sekarang nih... diet katanya... huhuhu... dia dah kurus, Abah tak kurus-kurus lagi!

Mula-mula sampai Fish Finger dan Nasi Mendee Kambing, Fish finger dia, Abah try memang sedap! besar lak tuh! AMRAFAHAN suka! Yey!! Nasi dia pun sedap, kambing dia takde bau lepas tu isi dia senang terlerai dari tulang, portion kambing tu bolh makan dua orang laa. Tengah makan nai, pizza pun sampai! Memang di tunggu! Bila Mama potong dan angkat letak kat pinggan diorang, perghhhh!! dia punya cheese melekat meleleh menggiurkan! hahaha Roti dia pun sedap dan lembut, tak tau nak cakap camner! tapi memang Abah, Mama dan AMRAFAHAN pun suka! Geng blogger pun order pizza yang sama gak! Rasanya pizza yang popular tu takde pizza kambing nih... (err... ke ada dah? sebab lama dah tak pergi makan! hahaha)

Tapi disebabkan dah melewati waktu makan AMRAFAHAN, masa tu pukul 10.30 malam dah, AMRAFAHAN biasanya makan malam pukul 7 petang ke atas, pukul 9 dah tidur atau kena paksa tidur! hehehe, jadinya diorang makan sikit jer.. habis yang banyak-banyak tu , Abahlah kena makan! hahahaha... tak lah!! Bungkus bawa balik jer, sian diorang dah mengantuk.

Harga pizza tu RM15, nasi tu RM19, Fish Finger tu RM12. Sesekali makan makanan Arab best juga kan! Korang boleh try laa kalau datang Putrajaya. Nak senang cari tempat tu, cari Mydin Putrajaya, restoran ni berhampiran Bank Muamalat di situ.


 

Terima kasih kawan kawan blogger Ben, Ujang, Caer, Adi, Yana, Najeeb, Sue, Yanty, Mieza, Fauzi dan Shawn. Harap lepas nih dapat jumpa lagi!

6 comments:

careno said...

Patut tak nmpak... dok meja lain rupenyer...

Cik Ngah said...

alaaaaa dah terliur balik pizza kambing tu...ishhhhh

ria said...

sedapnya

Amanda Suria said...

amboiiii...sedapnya la semua tu....well sikembar tu dah besar eh....macam cepat jer masa berlalu...

Izzati Amira said...

perghhh.. kecuq liur betoi. hee

fizafantagirO said...

yang sebelah adi tu sape? . bilaa la leh jumpe si comel tiga org ni :)

exabytes unlimited