Jumaat, 23 Mac 2012

AMRAFAHAN di NONA hujung minggu nih!

Assamualaikum, maaf yer lama tak update blog! Bz a.k.a malas! Hehehe


InsyaAllah AMRAFAHAN akan keluar di rancangan NONA pada 25 Mac 2012 jam 2 petang untuk cover cerita pasal kembar. Abah difahamkan, pada hari tu ada kembar pemain bola sepak negara Aidil Zakuan tu, kembar siam Ahmad Muhammad, kawan saya keluarga 2 kali dapat anak kembar En. Din dan Pn. Ayu dan kami sekeluarga.


Kawan kami tu di interview oleh Fara Fauzana, kami oleh wartawan NONA. Masa rakaman berlangsung tu, mula-mula wartawan tu minta kami duduk sekeluarga dekat-dekat. Buat kat taman permainan belakang rumah jer. Mula-mula tu bolehlah si AMRAFAHAN nih dok diam, lepas tu masing-masing nak turun main kat taman. Memang tak boleh kawal la.. Yang kelakarnya masa tengah rakam tu, tiba-tiba si Abang jerit "Abah!! Nak berak" hahaha banyak kali pula tu dia ulang cakap! Terus stop record! Potong betullah abang nih!! Kami tahan gelak jer!!! Hadoihh!!! Lepas tu suruh si Abang main kat taman, baru ok sikit. Tapi sebelum tu panjat meja lepas tu main rambut abah! Hadoihh!! Sabar jerlah!


Rakaman tu buat dalam 15 minit jer lepas tu ambil gambar AMRAFAHAN main kat taman. Haiii tak tau macam mana hasilnya nanti!! Mesti macam hapa jer!! Hahaha


Nota kaki Abah:


Kalau nampak perut abah tu, buat- buat tak nampak laa yer!! Baju kelab tu dah mengecut!! Kekeke Perut abah dah kecut dah!! Puas ko! Abah tahan nafas hari tu!! Hahaha


Published with Blogger-droid v2.0.1

9 ulasan:

nafaz lynn berkata...

wah.. tak sabar nak tengok ni.. memang akan stay depan tv ni..

me suya berkata...

wahh kena nengok ni.. geng kembar :)

cinnamon.com berkata...

suka tgok nona ttg family aje..

nanti nak tgok..harap2 tak ke mana2 la.

ADEEYA berkata...

Must see! :D

Sharifah Nadzarah berkata...

wah mesti tgok ni...
last week tunggu jugak..rupanyer this week..ok abah tq

mas saari berkata...

saya tgk tadi! memang comellah diaorang bertiga...hehehee

coklet chenta berkata...

alaaa taksempat tengok, ada rakam tak? kot2 bole post kat blog

MUMMYIZZ berkata...

tak sempat nak tgok,sbb time tu on the way balik kg...

LIND JOHARI (UMMI 3R) berkata...

auniauniauni yang cantik...lain muke dorg bile dh besar

exabytes unlimited