Berat hati ini...

Hari ini jam 6 petang Abah akan bergerak balik ke Kota Tinggi. Tadi dah beli tiket bas dengan AMRAFAHAN.. angkut sekali hehehe.. InsyaAllah Mama dan AMRAFAHAN akan hantar Abah ke ERL dan dari situ Abah terus ke TBS.

Perancangan awalnya, abah nak balik semalam lagi.. tapi barang-barang pun tak kemas.. Belum tinggalkan diorang, dah rasa rindu sangat-sangat.. tiba-tiba hari ini jadi cepat sebak.. Abah cakap dengan Abang, Abah nak pergi Mekah.. Abang kata dia nak ikut.. Abah kata tak boleh.. Jangan tinggalkan Abang bawa laa Abang sekali... nanti Abang sedih macam mana... kata Abang.. Aduhh... sebak terus..

Tadi bila Abang menangis mengadu pada Abah.. Abah pun sebak juga.. haaaaaaaaa..... apa kena dengan Abah nih?!!! Berat hati Abah ini nak tinggalkan AMRAFAHAN dan Mama... belum pernah nak berjauhan macam ini lama-lama.. Yelahh.. hari-hari cari Abah... semua Abah buat... Abah pula yang sedih nak tinggalkan diorang.. Semalam masa Abah mandikan dan siapkan diorang... Abah peluk sorang-sorang lama-lama... sayang sangat... rasa macam tak nak berpisah jer dengan diorang nih.. walaupun 2 minggu.. tapi bagi Abah itu cukup lama.. Abah berharap perjalanan Abah menunaikan ibadah umrah ini lancar, berjaya dan diterima oleh Allah SWT. Ini adalah pengorbanan yang Abah perlu buat.. Ini juga pengorbanan Mama untuk jaga AMRAFAHAN sorang-sorang semasa ketiadaan Abah nanti.. Harap-harap AMRAFAHAN tak buat Mama tensen dan marah... moga-moga semuanya dengar cakap Mama.. Abah harap Mama tabah dan kuat untuk jaga AMRAFAHAN nanti...

Untuk pengetahuan pembaca setia blog Abah.. erkk!!! Ada ke? hehehe.. malas update post.. nak ada pembaca setia.. aparaaa.. perasan Abah nih! hehehe... InsyaAllah Abah akan menunaikan umrah bersama Mak, Makcik, Tok dan Adik lelaki Abah pada 18 April hingga 2 Mei 2012 ini.. Waktu itu mungkin blog ini akan sepi lagi... harapan Abah... bila blog dah sepi, jangan laa lari terus yer pembaca!! hehehe...

Dikesempatan ini Abah nak mohon ampun dan maaf dari semua saudara-mara dan sahabat handai, andai ada kata-kata abah yang menyinggung perasaan korang.. maafkan Abah yer! kira 0-0 laa yerk!!! Andai kata Abah ada berhutang dengan kome semua.. kot-kot Abah terlupa.. bolehlah bitau Abah sebelum Abah bergerak ke sana yer..

Doakan Abah dan sekeluarga selamat pergi dan balik yer serta dapat menunaikan ibadah dengan sempurna! InsyaAllah!!


Ulasan

Sharifah Nadzarah berkata…
alhamdulillah...
insyaallah sy doakan dari sini..semoga abah &keluarga selamat pergi & balik...amin3..
Rayha Rozi berkata…
semoga selamat perjalanan abah..
amiin
nafaz lynn berkata…
sedihnye.. semoga abah selamt pergi dan slmat pulang ye abah..
MamaFarhan berkata…
kita pulak yang sebak... heheheh... selamat pegi dan selamat pulang abah... moga perjalanan abah dan sekeluarga di permudahkan... amin
Zakiyah Zainon berkata…
alhamdulillah dan tahniah..
moga Allah permudahkan segala urusan di sana nanti..
doa-doakan rezeki saya pula ke sana nanti....
Unknown berkata…
semoga perjalanan dipermudahkan.. selamat pergi dan kembali...
MommyIZZ5 berkata…
Alhamdulillah semoga ibadah kamu mendapat keredhaanNya,sy pembaca setia blog ni,tp, kadang2 ter miss jugak..

semoga selamat pergi dan balik.. InsyaAllah mama n amrafahan sentiasa dalam lindungan Allah.
MommyIZZ5 berkata…
Kita nak buat ibadah jgn berat hati untuk tinggalkan isteri dan anak2,bila hati kita hanya fikirkan isteri n anak2, takut kat sana kita tak dapat nak lakukan ibadah dgn sempurna..
Tawakal kat Tuhan n serah segalanya Pada yang Esa. InsyaAllah Tuhan akan pelihara mama n AMRAFAHAN.
terima kasih semua! tak malu nak mengaku... mengalir air mata jantan dipipi abah lepas baca komen korang semua!!! huhuhuu.....
syiela berkata…
moga segala urusan semasa di sana dipermudahkan olehNYA
NorrShakor berkata…
Semoga dipermudahkan segalanya.. Insyallah mama leh handle semuanya tu..kan mama kan...
Jue berkata…
semoga dipermudahkan semua urusan...
akudarikayangan berkata…
assalamualaikum abah.....mudah-mudahan abah & keluarga selamat pergi dan balik......doakn kami plak dpt menjejakkan kaki ke sana pula.....
Nur Aini berkata…
semoga beroleh ketenangan di sana....jgn lupa doakan kami2 di sini...semoga selamat pergi dan kembali

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!