Rabu, 31 Ogos 2011

Raya yang kecoh dan cemas!



Selamat hari raya!
Semalam AMRAFAHAN beraya dengan nenek, suruh salam raya dengan nenek, masing masing lari lari, susah nak kawal! Ada yang nak salam, ada yang mengelak haishhh macam macam laa... Bila dah paksa baru nak salam hehehe.
Lepas tu kami semua beraya kat rumah Tok Ngah, haa kat rumah ni penuh dengan barang perhiasan dan kristal. Bekas kuih pun kristal. Hadoihh abah dah risau laa kot kot terlanggar ke terpecah ker, tak pasal pasal bil sampai rumah huhuhu.. Cemas juga bila tengok Auni Auni Auni main penutup kuih kristal tu, tapi nasib baik takde apa apa, ngeri woo kalau terlepas!! Masa diorang main tutup tu orang keliling dah membuat reaksi kecemasan dah!! Nak taknak abah kena jadi penjaga kuih!! Barulah rasa selamat..
Apa pun, aku harap sambutan raya korang tak cemas dan kecoh macam Amrafahan, boleh bikin jantung berhenti woo..

5 ulasan:

Alinlai berkata...

hmmm itulah perasaan kami juga kalau pi rumah kawan2 yg byk perhiasan... seriau!!!

Mama Kembar 3 berkata...

Sama laa kita, cemas tak senang duduk sentiasa bila pi umah orang. And malangnya dalam dok jaga tu pun ada jugak pinggan mangkuk yang berkecai kat umah Opah nih huhuhu... nasib baik umah mak sendiri, tak dak laa bil sampai hehehe

||aLeaSaRa|| berkata...

selamat hari raya untuk abah,mama dan auni auni auni serta aqil!!!perghhh mmg kecut perut gi rumah kawan/jiran/sedara-mara yg penuh dgn balang berkaca!!!

Makbed berkata...

hihii..lawaklak entri ini.

aizamia3 berkata...

anak ai yang bujang tu pun buat ai risau.. baru sorang.. kalau tiga.. fuh2.. bukan cemas dah.. boleh gugur jantung..

exabytes unlimited