Ku sangkakan lepas.. rupanya...

Assalammualaikum semua, wahh!! lamanya Abah tidak menaip di Blog AMRAFAHAN ini! Hampir 2 tahun rasanya! Kenapa lama tak menulis? Kenapa  lama tak update? Jangan di tanya kenapa! Hehehe

Hari ini Abah nak cerita pasal polis trafik yang selalu buat rondaan di highway itu! Pada awal bulan Julai lepas, alaa lepas raya tu, minggu pertama orang naik kerja lepas seminggu beraya, Abah masih ingat lagi hari itu hari Rabu, Abah balik kerja dengan menaiki motorsikal kapcai Abah itu! Tiba-tiba lagi sekilometer lebih nak sampai ke rumah, sewaktu berhenti di trafik light simpang tiga nak ke rumah Abah, ekzos motor Abah bunyi lain macam... pom pom pom bunyi dia! Macam cerita P Ramlee  Seniman Bujang Lapok tuh! Sekali bunyi motobot daa... Waktu tuh sudah hampir pukul 7 malam, kedai motor pun dah tutup, nak tak nak terpaksa laa bawa motobot tuh balik ke rumah.

Jadi keesokkan harinya, Abah nak pergi kerja kenalah bawa kereta, bila bawa kereta ini, belanja dia lebih laa sikit dari motor sebab itu Abah suka bawa motor lagi, jimat sikit! Pada pagi tuh Abah nak pergi kerja, kompiden jer bawa kereta. Sewaktu di highway Plus Arah Nilai ke Seremban, ada satu patrol car trafik yang bawa sederhana laju, masa tu Abah nak exit Tol Bandar Ainsdale, jimat sikit kos. Masa lalu sebelah kereta polis tuh Abah bawa perlahan jer lah.. pastu Abah potong depan kereta polis itu sebab nak keluar tol bandar Ainsdale, tiba-tiba kereta polis tuh bagi lampu tinggi kat Abah, nak tak nak kena laaa berenti tepi.

Abang polis yang keluar dari kereta polis tuh terus tuju ke cermin depan tengok roadtax kereta Abah. Terus dia panggil Abah keluar dari kereta, dia cakap roadtax kereta encik nih dah mati nih!! ALAMAK!! terkulat-kulat Abah kat depan polis tuh, baru jer mati roadtax tuh, 29 Jun 2017, Abah pun terus minta maaf kat polis tuh dengan alasan lepas raya nih kalut-kalut sampai terlepas pandang nak renew roadtax kereta, Abah cakap kat polis tuh, "Wah! terus dapat detect yer tuan!" "Haah" Kita online jer sekarang! Minta lesen awak nak tengok saman" balas polis tuh! Adoih... masa tuh Abah berharap takde laa saman baru sebab sebelum nih dah pernah kena saman tapi dah bayar dah!

Lepas bagi lesen kat polis tuh, dia keluarkan smartphone dan cek saman Abah! Lama juga laa dia belek... nasib tak de saman tertunggak, kalau ada mau kena tahan terus agaknya! Fuhh!! Lega saman clear, tapi roadtax tak clear lagi nih! Polis tuh tanya Abah nak ke mana? Abah jawab laa nak ke pejabat kerja ulang alik dari Putrajaya ke Seremban, polis tuh cakap kat Abah, ini kali amaran, kena pastikan roadtax hidup kalau nak bawa kereta. Fuuhhhhh Abah punya lega.... Tuhan aje yang tau.. kalau tak, tak pasal-pasal kena saman lagi!

Sampai jer ke opis, terus Abah buka insuran online untuk renew. Senang jer renew insuran online siap dapat diskaun 10% lagi! Lepas tuh Online chat customer service dia banyak membantu Abah, terasa macam chat zaman-zaman Yahoo Messenger dulu-dulu! Hehehe. Tak payah penat-penat nak call tunggu diorang jawab. Mana-mana term atau ayat Abah tak faham semasa isi form untuk renew insuran tuh, Abah copy dan paste jer kat chat tuh, terus diorang reply. Memang puas hati laa, senang jer nak buat insuran online tuh melalui website Motor Takaful .com . Bayaran boleh dibuat secara online transfer, credit / debit card. (bukan iklan berbayar tau, share pengalaman sendiri sebab puashati). 

Bila dah siap terus website nih email ke kita salinan insuran kita tuh. Abah tak print pun untuk buat roadtax, mula-mula pergi Pejabat POS nak buat roadtax sebab dekat dengan pejabat Abah, tapi kat pintu masuk pejabat pos dah tertulis kertas LKM (kertas cetak roadtax) dah habis. Nak tak nak kena la buat kat JPJ, jauh sikit jer dari pejabat Abah. Masa di kaunter tuh, cuma tunjukkan kad pengenalan jer, dia detect no. polisi insuran kereta kita, lepas tu terus kaunter print kan roadtax kereta. Untuk kereta Abah yang bawah 1.6 cc bayar RM90, tiada caj lain, dah jimat RM2 kalau buat di pejabat pos kena caj.



Fuhhh lega selesai satu masalah! Balik kerja hari tuh pun lebih senang hati jer sebab tak risau dah nak kena tahan dengan polis lagi! Hehehe.

Selang beberapa hari itu, Abah tak lekatkan roadtax ini ke cermin kereta, konon-konon nak cari masa sesuai, nak tampal elok-elok kat cermin. Masa dalam perjalanan nak buat kerja luar hari tuh, tiba-tiba pula ada roadblock JPJ di tempat Abah nak tuju nih, adoihhh!! Roadtax aku tak tampal lagi! getus hati Abah! Masa tengah jem tuh laa Abah cepat cepat kopek sticker roadtax tuh nak tampal kat cermin, masa tuh lah nak terkoyak sikit roadtax tuh! Grrr... hangin jer... tapi nasib baik masa tuh kereta Abah belakang lori, jadi sempat laa tampal kat cermin sebelah kiri kereta. Kalau tak silap Abah, menjadi satu kesalahan jika tidak menampal roadtax tuh, betulkan Abah kalau tersilap! Masa sampai giliran Abah, Abang JPJ tuh terus tuju tengok roadtax kereta, fuhh lagi sekali! Alhamdullillah lepas... kalau tidak panjang cerita lagi.. huhuhuhu...

Kesimpulannya.. kalau roadtax kereta ke motor korang dah mati, lekas pi hidupkan cepat-cepat, tak payah nak bawa lagi, sebab sekarang semua dah boleh cek online. Mana tau bila jalan berselisih dengan abam polis, kot terniat dia nak cek no plat kenderaan korang... naya jer!
Bila dah ada roadtax tuh, cepat-cepat laa tampal kat cermin kereta! hehehe kalau tak mungkin jadi macam Abah punya cerita nih! Hehehe

Ulasan

AziRahmanDot Com berkata…
Sama macam saya jugak..selalu lambat tampal cuma pamerkan saja di depan. Bila nampak polis atau jpj mula kelam kabut
Huszaini Haron berkata…
Kan! Hehehe ramai rupanya yang buat camni! Hehehe
Lisa Nurulain berkata…
welcomeback to dunia blog hahahaa. oh ya.. biasanya roadtax moto je yg orang lupa .. hahahaha ni kereta pun lupa ehhh . naseb abik kan terlepasss
Dewi Aja berkata…
Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!