Percutian di Agrofarmstay menyeronokkan!! (entri gambar banyak giler)



Pada Jumaat lepas Abah bersama kawan-kawan blogger dari #KelabBloggerBenAshaari pergi bercuti di Melaka setelah menerima jemputan dari pihak AgroFarmStay.


Gambar muka sendiri kecil-kecil sudah! hehehe



Ini peluang keemasan Abah nak bawa AMRAFAHAN bercuti dan berseronok dengan suasana luar bandar. Kami tiba pun dah lewat tapi masih sempat untuk dengar taklimat dan makan malam!

Taklimat ringkas itu disampaikan oleh En. Ahmad Bashiruddin pemilik AgroFarmStay. Dari taklimat tu, kami para blogger dah tak sabar nak tunggu untuk aktiviti seterusnya yang akan diadakan pada keesokkan harinya.




Abah dan keluarga bersama 5 keluarga blogger dan blogger bujang lelaki yang lain dapat tinggal di Villa yang ada 7 bilik! Besar gila!! hahaha! Puas AMRAFAHAN berlari keliling rumah dari hall sampai laa ke dapur!! Dapur dia pun besar juga!! Seronoknya!!! hahahaha. Dalam kepada otak Abah ni, seronok kalau bawa keluarga adik beradik buat gathering ke lepak-lepak kat sini!!! Kat ruang tamu saje kipas siling ada 4 dan ada air con! Haaa  besar tak?!! Yang buat Abah kagum, perabut dalam rumah nih kebanyakkannya dari kayu jati! Cantik ko!!!! dari ruang tamu sampai laa ke bilik, semua kayu jati. Abah diberitahu kayu nih semua dibawa khas dari Indonesia. Siaran Astro pun ada. Superpack 1 HD lak tuh pakej dia. Nak tengok movie boleh nak tengok kartun ada, nak layan sukan pun ada... memang puas hati!!

Waktu sampai! Berlari AMRAFAHAN nak masuk Villa!
Pintu depan Villa! Ada kolam ikan tepi tuh!
Dalam bilik yang kami dapat! Ehh! Ada Qhaliff laa!
Bilik nih sebelah bilik Abah, Ada pintu tengah-tengah. Anak ramai elok pakai kedua-dua bilik nih sebab sebelah menyebelah
Ini ruang makan! Guna perabot jati! Cantik!! Luas!!
Ruang tamu yang luas giler! Nampak tak si Auni tu tengah berlari! Kipas siling kat sini jer ada 4! Punya laa luas!
Hah! Berlari lagi Auni Auni nih! Meja makan di ruang tamu! besar kan!!
Sakan budak-budak nih memanjat berlari!
Sukanya si Qhaliff tengok kakak kakak dia berlari-lari!
Tangga naik ke atas
Dapur. Sebelah dapur nih pun ada bilik! Luas juga boleh muat 2 katil bujang.
Boleh memasak kat sini! Microwave ada! Water filter ada, heater ada!
Pinggan mangkuk periuk belanga, periuk nasi pun ada!
Peti sejuk pun ada! 2 pintu lagi!
Ini ruang keluarga di tingkat atas. Boleh muat 3 ke 4 tilam bujang tambahan! Bawa ramai-ramai keluarga pun boleh! Kat atas ini ada 4 bilik lagi!
Bilik bilik yang ada di tingkat atas
Bilik kat tingkat atas lagi!
Kerusi rehat dan meja kopi di tingkat atas



Hari Kedua di Agrofarmstay

Suasana pagi di sini memang best! Segar dan sejuk jer! Keliling penuh dengan pokok buah-buahan! Pokok kurma pun ada!

Villa nih terletak di atas bukit, lebih kurang 100 meter dari reception dan bangunan utama. Kat bawah sikit dari villa nih ada tempat untuk haiwan belaan seperti Kuda, kambing, burung merak, landak kecil, arnab gebu, dan ayam err.. apa nama tah.. tapi bukan ayam biasa yang kita tengok kat kampung tuh.. ayam dia kecil jer lepas tu ada bulu kat kaki. Ayam serama kot! hehehe
Kawasan parking yang luas!
Kuda nih nama dia Bujang, sejenis kuda half pony
Ada merak!
Surau Teratai, surau diatas kolam teratai! Bunga teratai tengah berkembang! Cantik!!
Dapat juga snap bunga teratai nih! Kena snap pagi-pagi! Petang dia dah layu!
Masing-masing menunggu isyarat untuk terjun ke kolam! Tapi kena sarapan dulu! Nampak tak penjaga belakang tuh!!
Sebelum mula kan aktiviti pagi kami bersenam dulu dikendalikan oleh En. Johar


Selepas bersenam kami dibawa untuk bermain sukaneka. Sukaneka nih untuk orang tua cam Abah nih! Budak-budak tengok jer! Gila penat main! Dah dekat 20 tahun tak main sukaneka nih! Tiup belon laa, baling belon air laa! Kepit buah kelapa laa! Bowling buah kelapa lagi.. bawa bola pingpong dalam sudu! Perghhh!! Terasa kurus sekejap masa tuh! Turun 20kg!! Tak caya tengok gambar! Lebih kurus daripada biasa! kekeke

Selepas aktiviti sukaneka, kami pun meneruskan aktiviti idaman iaitu mandi kolam! yeyeyeye! Abah mandi sikit-sikit jer! Layan anak-anak kata orang!! Kawan-kawan blogger lain semua dah lupa diri terus terjun tiruk kat kolam tuh! hehehe.

Selepas mandi sampai sunburn bak kata omputih, kami balik bilik dan salin baju sebab lepas tuh acara makan-makan. Alhamdullillah makanan kat sini sedap-sedap! Nasib berat Abah naik 300 gram jer! Huhuhu.. Lagi pun dah turun 20kg masa sukaneka tuh! Apalah sangat 300 gram! hahaha.

Pada sebelah petang pula kami di bawa keliling Agrofarmstay yang berkeluasan 30 ekar sebagai aktiviti petang kami. Kebetulan pada waktu kami disana terdapat pelajar sekolah Kolej Vokasional mana tah buat kem motivasi kat sini. Macam-macam boleh buat seperti lari berhalangan, water confident, berkayak, jungle trekking dan memancing! ikan paling rare bak kata En. Ahmad yang ada kat tasik kacang nih ialah ikan ketutu. Kalau kaki pancing tu tau laa kot! Kat sini kalau nak memancing tu percuma jer, tapi kena bawa joran sendiri dan menetap di Agrofarmstay. Tapi kalau dapat ikan, kena bayar pada pihak Agrofarmstay sebanyak RM10/kg. Ok kan? Mengikut cerita En. Ahmad kebanyakkan pemancing yang datang buat catch and release jer. Mungkin untuk kepuasan diorang.

Masa Abah berkayak dan bawa bot keliling tasik tuh, Abah perhatikan banyak juga buih-buih ikan yang besar-besar timbul dipermukaan air. Tapi tak tau laa ikan apa. tak sempat jeling, dah tinggal gelombang air jer..

Kat sini ada lebih 50 jenis pokok durian, durian belanda dan tanaman yang lain. Kalau musim buah tuh, staf kat sini tak larat nak makan dah! banyak sangat buahnya! haaa!! Jadi kalau korang nak datang sini, pastikan dah musim buah! Jadi boleh makan sepuas hati segar dari ladang lagi! hehehe

Pihak Agrofarmstay juga menternak lembu untuk dibuat korban dan aqiqah. Pada tahun ini InsyaAllah seekor lembu akan dikorbankan disini. Para tetamu yang menginap dijemput hadir bersama-sama memeriahkan majlis. Untuk cuti hari raya korban nih, tempahan bilik telah penuh. Mungkin korang boleh tempah untuk raya tahun depan atau hari yang lain.



Acara baling belon air
Tiup gula-gula dalam tepung! habis muka ai putih melepak! Hahahaha
Posing dulu! Menang kalah belakang cerita! hahaha
Semput ko tiup belon sampai pecah!
Pihak lawan yang kalah! Hahaha
Secara keseluruhan kami menang!! Ceewah!! cam dapat medal emas jer kan! Hahaha Ini semua poyo! hahahaha
Selepas main sukaneka, kena laa bersenam balik bagi rest otak!
Kami yang bermain!!
Berendam time! Hik hik hik!!!
Rumah kasut ini adalah bilik karaoke! Best gila baca lirik dalam nih! hehehe
Haa! ni ayam bulu kat kaki!
Merak! ada sepasang!
Salah satu jenis arnab yang ada!
Landak kecil! Rupanya dah dewasa landak nih! Memang besar nih jer!!
Pokok kurma! Kalau ada rezeki dia akan berbuat 6 7 tahun lagi
Salah satu aktiviti naik bot!
Bagus tau penjaga kanak-kanak nih! Hehehehe
Abah kayuh kayah nih macam pro ko!!! Cuma baju oren tuh kecil sangat! huhuhu
 
Abah dapat peluang bawa bot sendiri. Dapat bawa Mama dan Amni!


Dalam bilik menyanyi! Kat sini abah baca lirik secara bersungguh sungguh!
Penyanyi tetap!!
Sambutan hari jadi geng blogger!




Pada sebelah malamnya pula, kami dihidangkan dengan makan malam dan BBQ. Err.. makanan tak sempat snap gambar sebab semua dah simpan dalam satu tempat yang gelap! hahaha

Bila dah kenyang, rumah kasut bagai memanggil-manggil kawan-kawan blogger Abah nih... Abah relax jer! Sembang-sembang dulu! Tambah lauk 2 3 round! Maklumlah pembaca lirik utama memang cenggitu! hehehe takleh menonjol awal-awal! hahaha... Nasib laa ada kawan pembaca lirik yang lain! kalau tak segan abah! Hahaha. Dalam bilik tu sound sistem dan gema memang terbaik! Err... jakun kejap.. sebab tak biasa masuk tempat-tempat cenggitu! kekeke Biasa pembaca lirik lagu nih dia segan nak masuk tempat camtuh. Dia nyanyi ehh baca pun atas motor, dalam kereta sensorang... segan kat orang!

Pada malam tu, Ben Ashaari, Sue Izza, Yanty Lee dan beberapa orang blogger lain ada kejutan birthday untuk Najeeb, Uzu dan Faizal. Selamat hari jadi korang!! Moga bertambah rezeki dan dirahmati Allah selalu!

Pada keesokkan harinya iaitu hari terakhir kami berada di Agrofarmstay, selepas makan pagi, ada sessi penutup pula. Jadi kami para blogger diminta untuk berkongsi rasa bagi menambah baik lagi segala perkhidmatan dan kemudahan yang ada di Agrofarmstay ini. Alhamdullillah pihak pengurusan menerima dengan hati terbuka. Abah terkomen lama sikit dari orang lain! Buka komen buruk tau! Komen yang baik-baik jer! hehehe

Selepas itu diadakan sessi pemberian cenderahati dan bergambar kenangan beramai-ramai dan pulang ke destinasi masing-masing.

Secara keseluruahannya Abah dan kawan-kawan blogger berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan yang baik diberikan kepada kami! terima kasih pihak Agrofarmstay kerana sudi melayan kerenah kami. Err.. kalau musim buah dah dekat tuh! Ajak lah kami lagi yer! Teringin nak makan durian kat Durian Tunggal Melaka! Hahaha alasan bagus kan! kan! kan!

Komen bang jangan tak komen! hehehe
Pemberian cenderahati dari Pengarah Agrofarmstay kepada Ben Ashaari
Kurus tak!? kurus tak?! Hahaha
Kan kurus kan?! kan?!! hahaha
Suruh buat teduh tangan sebab panas, AMRAFAHAN buat tabik pula! Sukahati laa anak! hehehe
Diorang ajak bergambar kat kolam! Abah suka gambar nih! Klasik ko!

Antara Kemudahan lain yang ada kat Agrofarmstay ialah Bilik Mesyuarat, Internet, dewan makan, bilik seminar, dewan seminar. Jenis-jenis bilik yang ada ialah Chalet 6 katil, Chalet 8 katil, Bilik Riverview dan Gardenview.

Agrofarmstay juga boleh memuatkan sehingga 50 orang pada satu-satu masa dan jika korang berminat nak berkhemah, tapak perkhemahan juga disediakan. Baru laa adventure!

Pool view VIP Meeting Room

Bilik kuliah

Business center with internet

Kadar Harga

Mesti ramai nak tau harga Villa dan bilik-bilik yang ada.

Untuk Villa yang mempunyai 7 bilik harga RM600 hari biasa dan RM800 musim puncak semalam.

Untuk Chalet 8 katil harga RM300 - RM350 semalam

Untuk Chalet 6 katil harga RM250 - RM300 semalam

Untuk bilik Garden View atau riverview katil twin sharing atau double harga RM98 - RM115 semalam

Murah kan?!! Abah suka Villa tuh sebab boleh bawa kaum keluarga ramai-ramai!! Boleh buat BBQ sendiri! Best woo!!

Lokasi

Agrofarmstay terletak di Durian Tunggal, Ayer Keroh, Melaka. Kalau dari highway keluar di exit Ayer Keroh. Dari situ ke Agrofarmstay lebih kurang 15 ke 20 minit. Tapi kalau set kat gps ke Wave ke mungkin dia bawa lalu shortcut ikut UTEM. Haa ikut situ memang dekat, potong habis! hehehe. Tapi Gate UTEM buka sampai pukul 9 malam jer. Kalau pak guard tanya nak ke mana, cakap jer nak ke Agrofarmstay ikut GPS nih.. Hari tu kami macam tuh lah.. dia bagi  masuk! hehehe. Tapi kalau ikut pekan Sungai Durian pun tak jauh dah. beza 5 - 8 km jer kot!!

Hubungi

Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh hubungi

Encik Bari 012 211 8246
Encik Ahmad Bashiruddin 016 209 8623

Laman Web: http://agrofarmstay.my/

Facebook: http://www.facebook.com/agrofarmstay


Ulasan

Ruby berkata…
wah bestnya abah bercuti. blog pun lengkap dengan informasi Agrofarmstay!
Unknown berkata…
seronoknya tempat ni..pemandangan pun cantik la..
Unknown berkata…
seronoknya tempat ni..pemandangan pun cantik la..
Yanty Lee berkata…
Bila nk karok baca lirik lagi?

Bab komen last day tu panjang gile , hahaha
CIKU berkata…
Best lak tmpt ni..ciku mmg tgh mencari tmpt nk buat famili day.harap tmpt ni jd pilihan semua .tq info padat ni
Mama Kembar Tiga berkata…
nampak best! boleh masuk dlm list places-to-go nih :-)
yaya_flanella berkata…
Ada soul la entri abg zaini ni. Terkenang semula hehe
At-Tarmizi berkata…
Salam ziarah =)

Saya dah follow blog awak...sudi-sudikanlah follow blog saya pula ya :)

http://seronoknyermelukis.blogspot.com/
Sue Izza berkata…
jom baca lirik lagi hahahahhaha
Unknown berkata…
Pemandangan cantik!

Thank you for all the info. Boleh jd rujukan ni nnt kalau pegi jepun. X pernah sampai lg.

btw kami 3 sekawan baru je launch travel blog. Kalau ada masa, singgahla, boleh tinggalkan komen dan feedback ;) blog kami www.thetravelling3o.com kalau dpt exchange link pun ok. 1st entry kami psl backpacking di New Zealand.

Terima kasih ;)
the triplets berkata…
woww bestnyer...budak-budak pun dah besar...
Cik Lily Putih berkata…
bestnye bercuti-cuti malaysia ek..

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!