Abah yang garang: Nak kena cakap berapa kali nih?

#entrikelabbloggerbenashaari #kelabbloggerbenashaari

Hujung Minggu lepas semasa dalam kereta balik dari open house, Abang, Kakak, Kak Ngah dan Kak Chik buat bising dalam kereta. Bermain-main, gaduh pun yer! Lepas tu Abah pun konon-konon marah laa.. membebel kat diorang nih.

Abah pun suruh senyap, rehat kejap pastu cakap laa, nak kena cakap berapa kali nih dalam nada yang garang laa konon-kononnya.Abah provok lagi.. berapa kali nak kena cakap? Masing-masing dah mula diam. Abah tak puas hati, nak juga bagi diorang jawab. Abah pun provok lagi... Masa tengah diam tu.. tiba-tiba Kak Ngah jerit menjawab Abah
"Sembilan Kali Abah"
Hahahahaha terus Abah terkedu, Mama kat sebelah dah tergelak senyum simpul cover line! Disebabkan taknak kalah, Abah pun layan si Kak Ngah tu, sebut laa sembilan kali ayat Abah tu.. tapi makin lama makin tenggelam suara Abah bila sampai kali ke sembilan tuh..!!

Huh!! Bertuah punya budak! Nasib dia pandai sebut sembilan jer! Kalau dia sebut 9 juta kali! Mau kurus perut Abah nih menyebut 9 juta kali! Hahahaha Baik takAbah nih! Layan anak sebut ayat berulang sampai 9 juta kali! hahahaha

Takpe! takpe! Satu hari nanti mesti Abah balas! Hahahaha




Ulasan

Unknown berkata…
Terbaik laa kak ngah.. lain kali 99 kali pun dah cukup... he he
Mama Kembar Tiga berkata…
hahaha! nak marah pun terbantut camni hehe. nasib baik tak 9 juta kali ehh :-)
PCL berkata…
suka layan anak pompuan dari dulu lagi...(pcl la). yang petah bercakap lagi la best...ada saja idea nak membalas....hurmm.
Dkna Abza berkata…
macam ni gayanya tak jadi nak marah la :)
MasihaSulaimi berkata…
Kalau 9 juta kali..semput abah..hehe
yaya_flanella berkata…
Waaa best best! Good luck abg zaini! Mauskkan yaya dalam list sekali kalau menang tau! hehe
yaya_flanella berkata…
Eh silap tempat komen hari tu. haha. Budak bijak ye kak ngah! terbaik ah

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!