Sunday, May 18, 2014

Cara pilih Jam Tangan yang sesuai untuk Lelaki

As salam dan salam sejahtera, korang tau tak antara hadiah yang popular selalu diberi kepada seorang lelaki adalah JAM TANGAN. Sebab tu dalam post Abah yang awal-awal dulu, Abah letak jam tangan di tempat yang pertama. 

Jam tangan amat disukai oleh lelaki kerana kaum Adam menganggapnya sebagai sebahagian daripada cara untuk beraksesori. Tidak kiralah sama ada korang suka analogue display yang klasik ataupun digital display yang tampak lebih moden, semuanya ada untuk anda. Jam tangan kini boleh dibeli secara online kerana terdapat banyak online shopping website Malaysia atau blogshop yang menawarkan koleksi jam tangan lelaki terdiri daripada jenama-jenama antarabangsa dan tempatan yang berpatutan harganya. Namun korang sendiri haruslah tahu jenis jam bagaimanakah yang korang suka? 

Pemilihan seutas jam tangan sepatutnya berdasarkan beberapa syarat. Sebagai contoh, ramai yang lebih suka akan jam yang mempunyai rekaan lebih ringkas, versatile dan boleh dibeli dengan harga yang cukup berpatutan dan murah. Dalam masa yang sama jam tangan anda hendaklah selesa bila dipakai. Ini adalah penting kerana jika tersalah pilih akan membuatkan anda tidak selesa bila memakainya dan pasti akan membuatkan anda rasa janggal.

Size jam juga adalah penting. Pilih jam tangan yang mmempunyai ukuran dan lilitan serta size yang bersesuaian dengan tangan korang. Ini pastinya akan melibatkan keselesaan ketika memakainya. Cuba fikirkan jika korang beli jam bersaiz terlalu besar berbanding pergelangan tangan korang, pastinya ia akan tampak pelik dan mencacatkan penampilan korang. Logiknya korang pasti hanya akan jadi bahan ketawa oleh mereka yang memerhati. Untuk mengelakkan situasi ini haruslah beringat bahawa size jam itu sendiri penting.

Lihat website Zalora Malaysia, mereka menawarkan koleksi timepiece yang cukup menarik untuk korang. Rasai sendiri pengalaman online shopping terbaik bila membeli-belah dengan mereka. Procedure pembelian yang begitu mudah namun selamat telah memberikan jaminan bahawa segala maklumat peribadi dan akaun anda adalah terjada rapi. Online shopping akan menjimatkan masa dan wang anda kerana tidak lagi perlu keluar untuk membuat pembelian.

Tak lama lagi kan Hari Bapa. Bolehlah korang belikan jam tangan untuk ayah, suami, ayah mertua atau sesiapa saja rakan atau saudara korang yang bergelar bapa. Oh ya! Hari Bapa jatuh pada minggu ketiga bulan Jun setiap tahun.

2 comments:

AkuBiomed said...

Saya suka jam analog tetapi tidak suka yang mengunakan bateri. Samada dikuasakan kinetik atau solar

AkuBiomed said...

Teringin memiliki pasangan kembar tidak kembar seiras atau tidak.

Tak sabar hendak baca soal jawab seterusnya. Pandai pancing yer. :-)

exabytes unlimited