Abahhh!! Jom laa mandi!!!

Okeh! Dah beberapa kali dalam minggu nih Abah kena kejut dengan Adik lepas tu ajak Abah mandi, mula-mula tu macam malas laa sebab mengantuk sangat, tapi bila Kakak, Angah dan Adik sama-sama tarik tangan Abah ajak pergi mandi macam pagi tadi diorang buat, nak tak nak kena bangun juga laa.. Bila Abah bangun dan duduk kat tilam tu, Auni Auni Auni akan panjat peha Abah suruh dukung masuk ke bilik air... waaaaaaaaaaa........ tengah mamai-mamai tu.. kena dukung diorang.. Abah pun suruh diorang jalan jer... dekat jer pun... 4 langkah abah, 20 langkah Auni Auni Auni dah sampai dah bilik air.. hehehe...

Pagi tadi diorang kejut Abah dengan pakai pampers jer, dah bersedia nak mandi. Lepas masuk bilik mandi berebut pula si Kakak dengan Angah kepala shower air panas tu, nasib laa Abah tak on lagi heater dia, masing-masing nak buat sendiri, lagi-lagi si Kakak nih! Kalau boleh semua barang dapat kat dia dulu, lepas tu buat muka nakal ketawa nakal... geram macam nak peluk jer dia masa tu.. tapi Abah sebagai Gaban yang mamai dipagi hari... terus ambil shower tu, dahhh menangis pula masing-masing. Hadoih... Abah siram diorang lepas tu bagi diorang sabun suruh sabun badan sendiri.. hermm memang kegemaran diorang laa... sikit-sikit, Abah nak lagi, nak sabun lagi... Abah bagi jerlah dalam kuantiti yang sikit, dapat main sabun baru diorang berenti menangis. Syampu rambut pun nak buat sendiri, kalau Abah yang buat kena marah, tak bagi.. tapi Abah tenyeh jer.. hahahaha puas hati Abah!!! Lepas tu gosok gigi pula! Abah panggil kakak " Kakak, gosok gigi" si Kakak jawab "Kakak pulak!!" lepas tu si Angah "Angah pulak!!" Adik pun sama "Adik pulak!!" Beratur laa diorang nih tunggu giliran Abah gosokkan gigi diorang. Bila gosok gigi tu, diorang pandai ludah balik ubat gigi yang dah digosok tu, tapi ada juga yang diorang telan, adooihhh sedap agaknya ubat gigi perisa oren tu..

Lepas mandi, berebut tuala pula!! haisshh... tak nak lap badan, nak terus pakai towel balut badan.. Abah buat tak tau jerlah diorang menangis.. buat sorang-sorang... Lepas tu pakai pampers pula. Pagi tadi si Kakak tak bagi Abah buat pakaikan pampers dia. Dia nak buat sendiri. Dia ambil pampers tu lepas tu dia pakai dalam keadaan berdiri, terkengkang-kengkang dia nak tapekan pampers tu, sudahnya dapat buat sebelah kanan jer, sebelah kiri suruh Abah buat. Si Angah dengan Adik, Abah yang pakaikan, pakai vicks pun diorang nak buat sendiri nak celup sendiri dalam botol tu.. haiii laa anak... layan jerlah.. cuma tak bagi diorang sapu banyak-banyak laa dan yang menjadi masalah bila nak pakaikan diorang baju terutamanya si Angah, sebab dia nak sendiri pilih baju dia yang nak dipakai, kalau tak, memang dia buka baju tuu... Abah suka tengok diorang butang baju sendiri. Tekun jerrr!! hehehe... tapi takde laa ambil gambar.. sebabnya kat sini..

Oklah itu jer Abah nak cerita.. Wassalam

Ulasan

ria berkata…
kelakar la depa nie. . hehe
YaYaNsMuM berkata…
siap nak pakai pampers sendiri tuh...ekeke...klakar
MUMMYIZZ berkata…
abah amrafahan cepat beli hp baru..rindu nak tgok gambar anak4 abah yg cute2 itu ^_^
mama maman aka yana berkata…
aduhai... meriah kannn... seronok melayan anak2 yg bijak nih..:)
anis berkata…
Comel..untung anak2
Lily Jaafar berkata…
ya Allah ..comeinyaaa.
Acik Mano berkata…
masing-masing nak tunjuk bakat le ..dah boleh buat benda sendiri

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!