Dua tahun dah anak anak anak abah nih!

Abah terlambat buat entri nih! Maafkan abah yer anak anak anak! Abah dan mama ucapkan Selamat Hari Lahir yang kedua jatuh pada 13 November 2011 lepas! Dari sehari ke sehari abah nak buat entri nih! tapi asyik tertangguh dan terlupa!

Maafkan abah yer sayang! Abah dan Mama berdoa agar anak anak anak anak abah akan membesar dengan sihat, jadi insan yang berguna kepada masyarakat dan memperolehi keberkatan hidup dari Allah SWT dan sentiasa dimurahkan rezeki!



Abah tak tau laa kalau abah berjauhan dengan AMRAFAHAN! mau tak keruan! sedangkan tinggal sehari jer rindu sangat, apa lagi kalau banyak hari! Walaupun bila makin besar perangai anak anak anak anak abah nih semakin terserlah keterroraannya! hehehe... Nama jer kembar seiras! Tapi perangai tak seiras langsung! hehehe apa pun abah masih tersalah panggil korang sampai ke hari nih! tak perlah! abah sebut semua nama! senang cerita! Abang dengan manja lainnya... AF a.k.a Kakak dengan manjanya! AH a.k.a Angah dengan nak dokongnya! AN a.k.a adik dengan nak abah peluk bila tidur! takperlah Abah tetap rela layan semua! hehehe kadang-kadang abah penat dan malas... tapi abah tetap tewas dengan permintaan korang! Abah macam tak sanggup nak biarkan korang menangis lama-lama! huhuhu... kadang-kadang buat juga sebab abah mengantuk! tipulah kalau abah nih perfect! abah pun macam orang lain juga! hehehe Bila abah balik kerja disambut oleh AMRAFAHAN abah rasa happy sangat! hilang rasa penat sekejap! Kadang-kadang abah masuk rumah jer abang terus minta abah buat milo, abah tak boleh nak tolak! beg pun tak sempat letak, stoking pun tak sempat buka, jaket pun sama.. tapi abah layan juga, sebab abah tak kisah! abah sayang anak anak anak anak abah! Bak kata Mama, saat-saat macam nih.. sekali jer jadi dalam hidup kita! Bila AMRAFAHAN dah besar lain pula caranya! Jadi, nikmatilah saat-saat ini walau apa jua keadaan kita! Abah setuju cakap mama tuh! Kalau bukan sekarang, bila lagi kan! Mungkin blog ini boleh mengingatkan abah pada kenangan perangai anak anak anak anak abah tu nanti... mungkin anak anak anak anak abah boleh baca sendiri bila dah besar nanti!

AMRAFAHAN, abah sayang korang semua, moga kalian membesar menjadi anak yang soleh dan solehah yer! Maafkan abah sebab terlambat buat entri kat blog yer!

Peace Abah!

Ulasan

cdah berkata…
NANTI BILE AMRAFAHAN DA BESAR,MESTI DYE TERHARU
[n a j e e b] berkata…
^touched!^
(T__T)

tomei2 angkel dah besar jgn lupa mama dan abah korang ye!!
anis berkata…
saya dah terbayang kalau anak.anak.anak.anak. baca...mesti menitik air mata..saya pon nak menitik dah...comel gambar tu..happy bthday puteri2 papa and mama dia ni
hamizah afifah berkata…
simpan untuk amrafahan ni..kalo diorg nkal2 tnjuk kasi bce, msty x jdy nakal..pengorbanan seorang bapa un..hihi..
mamafarah4 berkata…
betul..time ni la nak kene tahan ngan perangai anak2.. nanti tu semua jadi kenangan...
mummyizz berkata…
tetibe baca entry ni jadi terharu..selamat ulangtahun triplet
Mama Kembar 3 berkata…
agree 110% ngan your wife & u, momen mcm ni kejap je. nnt anak anak dah besar dah tak dependen ngan kita, dah tanak tido peluk peluk dah, konpem kita plak yg sedih hehe
the triplets berkata…
aik...sunyi jer blog amrafaham ni...
suzie rahman berkata…
comel nyer.hepi bufday juga syg.moga jd ank yg soleh & solehah

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!