Dah bunyi abah!

Si Abang masa mula-mula nak ajar toilet training agak mencabar sikit laa.. umur dia dah masuk 3 tahun baru ajar... rasa macam lambat pula.. tapi takperlah.. asalkan dia dapat buat sendiri...

Abah selalu pesan kat abang kalau nak berak, cakap dengan abah ke mama ke cikgu ke kalau kat sekolah... tapi biasanya abahlah yang dia jerit... Biasanya bila abah dah letak abang kat toilet bowl, abah tunggu kat luar.. Lepas tu bila abang dah selesai kerjanya abang akan panggil abah laa.. sampai abah cuci bontot dia tu, dia cakap laa, dah bunyi abah... abah pun buat tak tau laa...



Tapi ada satu hari tu... abang nak berak, abah pun angkat laa ke bowl tu.. belum sempat abah keluar dari toilet tu, abang dah cakap pada abah " Abah! Dah bunyi abah! dah bunyi! Tuuu... " Sambil dia tunjuk ke dalam toilet bowl tu.. hehehe... WOOooooo!!! Baru laa abah faham apa yang dimaksudkan abang, dah bunyi tu... rupa-rupanya bunyi tahi dia masuk dalam air! kekeke gelak abah! Abang! abang! hehehe...

PLUUUPPPP!!!!! haa... tu tengah membayangkan macam mana laa tu! kekekeke

Haaa nih lah budak abang tu! kekeke



Ulasan

:|: TinTa Kibod :|: berkata…
hahahahahha
oo itu imaginasi dia bila dah beyak...pluupp...
sudahnya klu tak bunyi=tak kua...mau dia duk lelama dlm toilet ek...
mummyizz berkata…
oklar 3 tahun,tak lambat rasanya...anak saya dah nak masuk 4 tahun..kalau dah berak jer mesti minta pakaikan pampers, suh g toilet,nanti dia cakap 'aik taknak kuar'
DeQWa berkata…
ha..lawak lawak...
Kamalia berkata…
Kahkah..sgt kelakar la abang ni.igtkn bunyi apa td ghupenya bunyi plupp..
Ank saya twins tu lom diapers free lagipun..
Hanis MY berkata…
ahaha adoii lawak la comel pun ada hehe...
Ca Cik Duyung berkata…
hahaha...camtu skali dia 'menikmati' saat tu..haha
PutriesNoora berkata…
hahaha..anak buah noora pulak,lepas ehem je mesti report bapa ketul keluar..hehehe..
mamashikin berkata…
3 thn tu rasanya tak lambat la..jgn tak tahu anak sy nak masuk 5 tahun baru free diapers..hahaha..
pastu skrg kalao dia nk buang air besar mesti suh papa dia basuhkan..sb tak pandai basuh sendiri lagi.
Izan Ishak berkata…
oohhh...barulah aunty faham. ingatkan apa yg dah 'abah dah bunyi' tadi tu... baguslah abg dah mula terer toilet training.

alhamdulillah... kembar pun dah bebas diapers masuk umur 4 thn ni. jalan pi mana2 pun takmau dah pakai...
aizamia3 berkata…
hahaha.. tengok tajuk pun dah boleh agak.. tapi ai si adik takmo babah dia yang cucikan.. mesti nak ai jugak..

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Nak bawa apa yer untuk Berkelah dengan geng kembar nanti!