Selamat Hari Lahir Sayang Sayang Sayang Abah & Mama!!!

Pada 13 November 2010 yang lepas, adalah antara hari paling bermakna buat aku sekeluarga, tarikh keramat ni lah yang mencukupkan umur anak-anak-anak kembar aku setahun.

Terasa kejap jer masa berlalu, setahun yang lepas, tapak kaki diorang besar jari telunjuk aku jer, tu baru tapak kaki, jari-jemari diorang lagilah kecil... Sekarang ni Alhamdullilah sihat walafiat diorang... walaupun baru keluar dari hospital putrajaya pada 12 Nov hari tu.. nyaris menyambut birthday kat wad... doktor-doktor dan nurse semua pakat-pakat nak sambut birthday diorang kat wad. Hehehe... Alhamdullilah berkat doa sahabat-sahabat sekalian, maka dapatlah anak-anak aku keluar wad sehari sebelum birthday diorang...

Setahun yang lepas jam 3.07 petang lahirlah Auni Faqihah, 3.09 petang lahirlah Auni Haziqah, 3.10 petang lahirlah Auni Naqibah, semuanya melalui ceasar operation.. err.. betul ke sebutan aku nih.. ahh lantaklah janji bunyi sama...

Teringat aku masa menunggu kat bilik menunggu dewan bedah HPJ tu, aku dengan beg besarnya, pas tu baju kembar tak berlipat berpasang-pasang disumbat terus dalam beg... Tengah menunggu Mama nak kena bedah, aku pun keluarkanlah baju-baju diorang untuk dilipat elok-elok sebab masa angkut kat rumah tu, semua tengah bersidai... Kat dalam bilik tu ada lah 2 3 keluarga pun menunggu sedara diorang dibedah... tapi mata semua tengok kat aku tengah lipat baju... suasana bilik tu senyap sunyi jer.. aku pun perasan sebab diorang perhatikan aku... yelah.. tetiba lipat baju anak kat bilik menunggu, banyak plak tu... maunya tak buat muka pelik diorang tu.. aku pun senyum lalu buka laa cerita, err... saya dapat anak kembar 3 sebab tu baju banyak nih.... haaa... ambik ko... lepas tu soalan mencurah-curah kat aku, daripada bilik yang senyap terus jadi meriah, yelah anak diorang kena bedah untuk keluarkan seorang bayi, tapi isteri aku TIGA sekali, Alhamdullilah... selepas sessi soal jawab berakhir maka aku pun sambung lipat baju...

Kriookkk... bunyi pintu dewan bedah dibuka, cewah... cam ingat jer bunyi pintu dewan tu... kekeke... saja nak kata pintu dibuka... Seorang jururawat terpacul lalu berkata lebih kurang cam ni la bunyi dia, Suami kepada Pn Noorhany, boleh pergi ke wad bersalin ya, isteri encik telah selamat dibedah, err.. cik (aku la ni nak tanya) anak laki ke perempuan? Perempuan semua encik... Alhamdullilah... Anak-anak encik kita hantar ke NICU, petang nanti boleh tengok...

Huh... aku punya la happy.. kemas barang pastu terus ke wad bersalin pastu tak sabar nak ke NICU nak tengok anak-anak aku, nak iqamat kan diorang...

Selepas jumpa wife, aku pun nak pergi tengok anak, sampai kat NICU.. Maaf Encik... tak boleh masuk lagi, doktor tengah buat prosedur... haduih... lama lagi ke? Maybe lepas maghrib baru boleh...

Sedih aku... risau pun ada.... doktor ni buat apa? yelah aku mana tau benda apa doktor-doktor ni buat kat anak aku... dalam hati aku berdoa agar dipermudahkan segalanya...

Alhamdullillah tu semua setahun yang lepas, hari ni diorang dah boleh ketawa merajuk meniti... Moga semua anak-anak abah dan mama jadi insan yang soleh dan solehah...

klik sini untuk sambungannya...

Hahaha... potong setim kan... nanti la aku sambung cerita lagi... kang panjang-panjang boring pula nak baca...
Sabar yer.. :)

Kat bawah ni aku share gambar setahun yang lepas... Gambar birthday diorang kat telefon bimbit mama dia.. tak sempat nak ambil lagi...

Masa ni 3 lebih kurang 3 minggu sebelum Auni's lahir

Yeyy!! Dah boleh keluar NICU! selepas 46 hari

Auni Faqihah

Auni Haziqah

Auni Naqibah



Jenuh juga laa nak susun dalam kereta masa 1st time bawa naik kereta

Ulasan

Sue berkata…
comel je dlm kete tu... jenuh nak susun tu kan?
haah.. jenuh laa nak susun masa mula-mula nak amik dorang dari wad... jenuh pikir dari rumah... sudahnya beli lagi 2 baby car seat... 1 lagi pakai abang dia punya...
Amak Kongsi berkata…
fuh, kene beli kete lg bsr ni. baby seat aje dah memenuh ruang. syoknya. mmg ada genetik kembar eh dlm family?
Kay: Amin.. InsyaAllah ada rezeki.... sebelah wife ada..
Farah Ikin berkata…
wah..memang penuh keta..mesti budget besar kembar kan..baby carrier pun dah tiga..satu je dah berapa RM..fuhhh..

Salam kenalan dari Saya....
ida berkata…
nak masuk kereta memang masalah..i nak susun yang dua orang pun rasa cam pening..abang dia lak tak reti duk diam...tapi sungguh gitu si kecik th dah journey habis dr utara ke selatan, layan cuti2 dengan kami..alhamduliilah semua ok
the triplets berkata…
hu hu penuh kereta, seronok tengok...
FI: Alhamdullilah ada rezeki diorang...

i & tt: orang lain tak bleh tumpang dah kete kami.. hehehhe
MamaFarhan berkata…
penuh yer.... mcm ner nk handle tu...sy yg sorang ni pun tangan dh mcm sotong ini kan pulak 3 + abg huhuhuh...pening...
Unknown berkata…
comel cik-cik kembar ni
MF: memang pening pun! lagi laa skg tanak duduk kat car seat tu! huhuhu semua nak berdiri jer..

Siti: TQ! :)
lady dayana. berkata…
alahaiii cute betul! nk keje kat wad baby lah plak..hehhe :P
Tanpa Nama berkata…
so sweet la..rasa nak kembar la gak ..hehhehe
huda79 berkata…
Kembar 3 syokknya..saya kembar 2 je lelaki. Lahir cukup bulan ke?

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!