Catatan

Kami Covid-19 fighter...

Imej
Abah dan Amni positif Covid-19, Abah dah hari ke 2, Amni baru hari pertama. Dari malam tadi Amni muntah-muntah. Tadi pergi CAC Putrajaya, Doktor cek nadi Amni tinggi. Kena masuk air juga, sebab nampak lesu sebab muntah banyak kali.  Doktor nak refer ke kecemasan dan masuk wad, nak pantau. Harap-harap tak lah serius sangat. Amni belum sempat ambil vaksin lagi. Mama dan abang kakak kembar Amni setakat pagi tadi, buat saliva test result masih negetif. Moga mereka tak dijangkiti lah hendaknya... Insya-Allah Aaminn

Happy Birthday Amni! dan Selamat Hari Raya Aidiladha 2021!

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ini hari paling istimewa buat #AbahAmrafahan sekeluarga, satu sebab menyambut Hari Raya Aidiladha kat Putrajaya buat kali berapa tah!😅😂, Satu lagi sebab menyambut ulangtahun kelahiran anak bongsu Abah ( setakat hari ini 😁) Amni yang ke 8.  Selamat Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir & Batin Semoga Allah menerima amalan dari kita dan kamu Buat Amni Musfirah Rifqah, Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 8 buat anak bongsu Abah, Amni, moga menjadi anak yang solehah dan bermanfaat kepada orang lain! Abah, Mama, Abang, Kakak, Kak Ngah, Kak Cik sayang Amni sangat-sangat! #Amrafahan  #kembar #kembartiga  #aidiladha #happybirthday #Amni  #8tahun 

Ku sangkakan lepas.. rupanya...

Imej
Assalammualaikum semua, wahh!! lamanya Abah tidak menaip di Blog AMRAFAHAN ini! Hampir 2 tahun rasanya! Kenapa lama tak menulis? Kenapa  lama tak update? Jangan di tanya kenapa! Hehehe Hari ini Abah nak cerita pasal polis trafik yang selalu buat rondaan di highway itu! Pada awal bulan Julai lepas, alaa lepas raya tu, minggu pertama orang naik kerja lepas seminggu beraya, Abah masih ingat lagi hari itu hari Rabu, Abah balik kerja dengan menaiki motorsikal kapcai Abah itu! Tiba-tiba lagi sekilometer lebih nak sampai ke rumah, sewaktu berhenti di trafik light simpang tiga nak ke rumah Abah, ekzos motor Abah bunyi lain macam... pom pom pom bunyi dia! Macam cerita P Ramlee  Seniman Bujang Lapok tuh! Sekali bunyi motobot daa... Waktu tuh sudah hampir pukul 7 malam, kedai motor pun dah tutup, nak tak nak terpaksa laa bawa motobot tuh balik ke rumah. Jadi keesokkan harinya, Abah nak pergi kerja kenalah bawa kereta, bila bawa kereta ini, belanja dia lebih laa sikit dari motor sebab...

Aturcara program di Karnival Kembar Havoc D' Melaka 11-12 Dec 2015

Imej
Karnival Kembar Havoc D' Melaka PERHIMPUNAN YANG MENGUMPULKAN PASANGAN KEMBAR PALING RAMAI DI MALAYSIA Bagi Pasangan kembar yang belum mendaftar, bolehlah mendaftar di sini - Klik Untuk Daftar - OBJEKTIF PROGRAM • Memecahkan Rekod Malaysia Book of Record • Perjumpaan dan sesi beramah mesra di antara ahli KKM & pencarum KOKEMBAR • Pelancaran teaser DIANUGERAHKAN KEMBAR iaitu buku kompilasi tip dan soal jawab menguruskan kembar. • Mengumpul data usahawan negeri Melaka dan kawasan sekitar • Memeriahkan Kota Fesyen, MITC Ayer Keroh, Melaka yang di usahakan oleh KOKEMBAR • Mempromosikan keahlian dan jualan saham KOKEMBAR • Memberi ruang niaga kepada para usahawan dari KKM & KOKEMBAR SYARAT PENYERTAAN  (Menyertai perhimpunan kembar paling ramai di Malaysia untuk dicatatkan di dalam rekod Malaysia Book Of Records (MBOR)) PENYERTAAN ADALAH PERCUMA TERBUKA UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI ANAK KEMBAR, DIRI SENDIRI KEMBAR, ATAUPUN PE...

Perhimpunan Pasangan Kembar Paling Ramai di Malaysia!!

Imej
Pra Pendaftaran Untuk Menyertai Karnival Kembar Havoc D' Melaka Kelab Kembar Malaysia akan menganjurkan Perhimpunan Pasangan Kembar Paling Ramai di Malaysia di bawah  Karnival Kembar Havoc D' Melaka   untuk mencipta Rekod di dalam Malaysia Book Of Records.  Perhimpunan ini akan diadakan pada  Tarikh: 12 Dec 2015 Masa: 9.00 pagi Tempat: SDSI Street, Kota Fesyen, MITC, Ayer Keroh, Melaka Penyertaan: PERCUMA (Terbuka kepada semua pasangan kembar seluruh Malaysia Karnival Ini akan berlangsung selama 2 hari iaitu dari 11 hingga 12 Dec 2015. Orang ramai dan juga mereka yang mempunyai anak kembar atau diri sendiri kembar dijemput hadir bagi memeriahkan karnival ini. Banyak aktiviti menarik yang akan diadakan, antaranya pertandingan karaoke, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, sukaneka, booth jualan dan lain-lain lagi. Para peserta adalah diingatkan agar dapat membawa MyKad / MyKid / Surat Beranak Untuk Pengesahan Kembar oleh Pihak Malaysia Book Of ...

Ada bom?!!

Imej
Ada bom?!! Hari ini Abah kena bawa Si Abang dan Kak Ngah ke pejabat. Seperti korang semua sedia maklum, bacaan IPU jerebu kat Putrajaya nih tinggi sama macam tempat-tempat lain dekat Malaysia nih. Lepas Abah ajak diorang pergi sarapan. Tanya Abang dia nak makan, dia beritahu nak makan roti canai. Sampai kedai, Si Abang pesan roti bom, Abah pun pesan roti bom juga untuk Kak Ngah. Masa tengah tunggu roti tuh, Kak Ngah tanya Abah, roti nih dia letak bom ke Abah? Kalau letak matilah kita... Hahaha tergelak Abah. Boleh pula dia terfikir macam tuh! Untuk pengetahuan korang yang tak pernah makan roti bom sebenarnya adalah roti canai yang dalamnya diletakkan planta (majerin) dan gula. Budak-budak suka sebab manis, mak bapak budak pun suka jugak!!  Sekian cerita bom!! Hehehe

Tips untuk Ibu Ayah Kembar!

Imej
Perkongsian ibu yang mempunyai kembar 4 lelaki dan 13 orang anak... oleh Kak Jannah Amjad Untuk semua ibu ayah Kembar.... Tahniah Barakallah. Barakallah atas sifat prihatin para suami/ ayah pada keperluan isteri dan anak2 -Semoga jadi amal soleh. Mohon izin akak kongsi tips & pengalaman . ALLAH anugerahkan akak kembar 4 - quadruplets lelaki. Total anak akak 13 orang dgn 10 dari nya boys. Tip utama: SABAR & SYUKUR. Apa keadaan jua pun. Memang dunia ini Allah jadikan sbg medan ujian. Sabar dan Syukur adalah kayu aras, bukti, komitmen kita sebagai HAMBA ALLAH. ⏩⏩⏩ 1. Mohon lah pertolongan Allah dengan sabar dan solat . banyak kan berselawat, berselawat dan berselawat sebelum meminta/ doa. Kerana firman ALLAH Azzawajalla: " Barangsiapa yang meminta kepada ku dengan hak Muhammad. Nescaya TIDAK AKAN Aku tolak." 2. Anak adalah anugerah paling ajaib dan terindah sekali pun single delivery. Ini rukun iman ke 6. Jadi kan mereka therapy jiwa dan minda untuk dapat hib...