Betul ke korang nak kembar? sambungan..

Assalammualaikum dan salam petang.. aku nak sambung pasal entri aku hari tu. Klik sini untuk baca.

Macam mana dari segi kewangan, bila ada anak kembar ni?
Terus terang dari segi kewangan untuk orang macam aku kerja kontrak gomen ni, agak terhad. Pernah terfikir semasa wife aku mengandungkan kembar, nanti nak hantar anak ke mana? taska ke? pengasuh ke? jaga sendiri ke? Disebabkan wife aku kerja tetap gomen, sayang laa nak suruh dia berhenti untuk jaga anak empat orang.. baik aku yang berhenti kerja sebab aku kerja kontrak jer.. bila bila masa aku boleh diberhentikan. Untuk pengetahuan korang, aku dan wife kurang mempercayai orang gaji, betul duit taska yang aku bayar sekarang boleh bayar untuk dua orang gaji.. kalau amik sorang orang gaji betul ke dia boleh jaga anak kita empat orang nih? kembar lak tu.. kadang kadang kita sebagai mak bapak nih pun terlepas juga ketensenannya apa lagi orang lain yang tiada kaitan.. Jadi aku decide baik hantar ke taska tempat aqil bersekolah. setakat hari ni aku berpuas hati dengan khidmat diorang. Kalau anak ada kena gigit ke calar calar ke terhantuk ke tu biasalah.. aku boleh terima.. aku anggap baik jer.. benda tu bukan disengajakan. kadang-kadang budak tengah aktif macam tu lah.. sama juga kat rumah.. kita pun terlepas pandang juga.. tak perlu marah marah tanya jer elok elok. lagipun kat taska ramai penjaganya.. makan ikut waktu, tidur ikut waktu, ada belajar.. takpelah.. kuar duit lebih sikit takpe.. asalkan aku puas hati dengan khidmat diorang. 
Berapa aku bayar untuk taska? Dulu masa mula mula hantar, bayaran untuk taska saja ermm... kalau sorang diambil rm230. kalau 4 orang? sebab abang dah besar bayaran kurang rm20. boleh kira bape sebulan? susu pula, untuk sekilo susu boleh bertahan 2 hari. sekilo susu berharga rm24 lebih kurang susu dutch lady jer..sebulan berapa? untuk pampers pula, aku guna CD dan brand petpet. sebab sebelum ni guna yang lain naik ruam dan ada laa 2 3 benda yang tak best... untuk petpet seorang guna 4 ke 6 keping sehari. sebungkus saiz L ada 60 keping kalau tak silap berharga dalam rm34. Itu aku campur dengan CD tu.. kalau pampers semata mata? haa bape? itu untuk kembar untuk abang pula? itu perkara asas yang patut kami sediakan untuk anak anak. macam mandian ke bedak ke losyen ke tak termasuk lagi. aku tulis ni bukan merungut ke apa tapi aku nak share pengalaman aku dengan korang yang bakal dapat kembar atau nak anak kembar.. ini untuk orang yang bergaji ciput macam aku ni tau.. kalau korang ada rezeki lebih alhamdulllillah boleh abaikan semua nih..

Macam mana perbelanjaan lain? Belanja rumah? Petrol? ansuran kereta?Letrik? Air? Internet? err.. internet perlu ada biar takde astro asalkan internet ada.. lagi pun kami dah bertahun tak pakai astro.. bil telefon lagi? credit card lagi? aku mengaku kadang kadang terbabas perbelanjaan tu, Alhamdullillah wife aku sangat banyak membantu.. syukur aku dikurniakan isteri yang baik, memahami dan membantu aku. tanpa dia mungkin moral aku dah down.. dia banyak support aku walaupun kadang kadang dengar dia membebel telinga ni merah jer kekeke.. jangan marah aa sayang..takmo membebel lagi tau! hehehehe.. sayanggg, sayanggg sayangggggg, sayang ketat ketat hehehe nasib laa sayang tak jadi siang.. hehehe kalo tak kena siang aku.. 

Lebih kurang macam tu laa kewangan kami. Sebab tu kita kena rajin cari wang tambahan untuk tampung semua perbelanjaan nih.. Allah tu pemberi rezeki, percayalah.. jangan takut nak ada anak, lagi lagi kembar.. Allah dah susun jalan hidup kita, cuma kita yang tak tau macam mana cerita dia.. Hidup mesti diteruskan, walau apa pun kesusahan kita berdoa, solat InsyaAllah rezeki tu ada untuk anak anak... sebab setiap anak tu ada rezeki masing masing.. kita sebenarnya nih tumpang rezeki anak anak kita... Kita berkerja pun sebab nak bagi diorang makan.. 

Pada sahabat aku yang belum ada anak, janganlah berputus asa berusaha. InsyaAllah ada rezeki cuma terlambat jer.. sahabat aku 14 tahun berkahwin, Alhamdullillah baru baru ni dah dapat anak sendiri setelah membela 2 orang anak angkat.. Cepat lambat tu kerja Allah.. kita usaha jer.. InsyaAllah ada.. sepupu aku rasanya dah lebih lima tahun berkahwin Alhamdullillah sekarang tengah mengandungkan anak pertama.. pakcik aku sendiri lebih 10 tahun berkahwin Alhamdullillah dah hampir 3 tahun punyai anak sendiri. 

Macam aku sendiri, wife aku 2 kali keguguran, barulah dapat Aqil lepas tu Auni Auni Auni.. itu ujian aku... mungkin ujian korang lebih hebat pada nih.. moga korang hadapi dengan tenang dan saksama.. jangan lupa doa kita pada Nya.. insyaAllah ada rezeki kita...

Huihh.. panjangnya aku membebel.. jangan bosan yer!! 

err... Mama.. kesian kan AMRAFAHAN takde adik lelaki? hik hik hik.... berangan.. mode: kalau ada adik lelaki nama blog ni kena ubah laa.. hehehe 

Ulasan

Unknown berkata…
husband aku pun jenis tak percaya org gaji..baby sitter kalau sebarangan org pun dia tak berapa nak percaya..

betul tu..rezeki ni Allah da limpahkan atas muka bumi. Tinggal kita je nak cari.
rokayah berkata…
Betul tu en.hus..... setiap anak ada rezeki masing2 Allah tentukan.. Setiap ibubapa pun ada rezeki masing2... amin..
misz myza berkata…
bila baca entri ni, wat sy x sbr lak nak tau kehidupan sy akn dtg... ape cabaran nye, sbr ke x menghadapi dugaan.. hehehehhehe...
rai: setuju!

rokayah: Aminn

misz myza: haaa... kena cepat tu hehehe paksa si dia masuk minang cepat2
Mama Kembar Tiga berkata…
sama la kita, tak percaya maid leh handle triplets. Slalu terpk, if maid tetiba lari camna? If maid pukul anak camna? Bkn ada org kat umah nak pantau apa maid tu buat. Bila hantar ke taska at least ramai pengasuh/cikgu, boleh tengok tengok kan sesama sendiri. Walaupun till tak lah lepas tgn percaya 100%, tp konfiden laa skit. And yes, belanja bila ada anak kembar mmg banyak, tp berbaloi baloi :-)
Nur Aini berkata…
betul tu en.huszaini...yg anak sorang ni pon terasa duit pengasuh, susu, pampers...ini kan kembar 3 and aqil....tapi mmg tabik spring la en.huszaini and wife boleh jaga depa semua ni...semoga tuhan sentiasa melimpah rezeki untuk encik sekeluarga...amin...
:|: TinTa Kibod :|: berkata…
ready for kembar..huahua..
tp tu la keturunan tade kembar..hakhak..

boleh tuju lagu? eh silap..*larikkk!
hanyzaini berkata…
Allah pilih kita sebab Allah Maha Mengetahui kebolehan kita.. Alhamdulillah dan Bersyukur..sebab tak semua dapat anugerah paling indah ini.. anak2 itu rezeki, anak2 juga amanah dan dugaan tapi yang paling penting anak2 anugerah paling indah yang tak ada nilainya..SUBHANALLAH...
hanyzaini berkata…
aaaaaaannnnnnnnnnndddddddddd lagi sekali nak bitau ni... PRODUCTION has been stop. beralih kepada fasa pembangunan SAHAJA..miahhaha... nak kena briefing ke? apa pun tak buleh!! TAHUN NI KALER PINK...hihihihhi
Ema Mokzima berkata…
memang byk belanja... seorg pun banyak ini kan 4 org.. tambah kembar lak tu... tp kalau Allah dh bagi kembar kita terima je kan... cuma kita lak yg kena beringat utk simpan duit lebih bila dh tahu mengandung kembar kan.... insyallah..rezeki anak2 pasti ada...
Mk3: sangat berbaloi baloi!!

Nur Aini: terima kasih. Moga kita semua dimurahkan rezeki dari Nya

Tinta: InsyaAllah boleh. Selalu doa InsyaAllah ada. Woo.... Penyokong jambu! Hehehe... Boleh boleh boleh

Hanyzaini: oh tidak pink!!! Terlalu ayu!! Huhuhu. Anak = rezeki, ramai = banyak, ramai anak = banyak rezeki. Amin... Hehehehe

Ema: mudah mudahan dapat kembar, bertambah rezeki tu amin..
bersusah skit sok daa besooo tentu senanggggg amen..amen..
Unknown berkata…
...apa pun tak bleh....apa pun tak bleh..apa pun tak bleh..apa pun tak bleh..apa pun tak bleh..apa pun tak bleh.....wakakaka~~


p/s : wonder if kembar sy still 'ada' lagi...mesti seronok kan pakai baju raya sama.. (T_T)
Mya: InsyaAllah amin,,

Najeeb: ko ada kembar ke? ooo kisahnya... takpe2 nanti kawin mesti dapat kembar sebab ko dah ada gen kembar nih
Unknown berkata…
hehehe...yup, mama kata dia meninggal masa umur 18 bulan sbb demam panas...kubur kat s'pore, tu yg ralat sikit sebab jauh. klu masih ada lagi mesti dah besar hensem mcm sy ek.. LOL! hahaha!
mimmie berkata…
dh lama tak komen..selalu baca je..hihihi
sy kagum ngan semangat abg n kakak...bukan senang nk jaga kembar 3 kan..alhamdulillah akak n abg insan terpilih..oahit manis hanya korang je yang tahu kan.sy doakan auni,auni,auni dan aqi menjadi anak yg soleh dan solehah pada masa akan datang...

*..HANYA UNTUK FASA PEMBANGUNAN SAHAJA..hahahaha..akak dh warning..kesian la auni auni n auni takde adik laki pasni.. ;)

Catatan popular daripada blog ini

Hadiah Untuk Lelaki!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Awekku bagi badan sebagai hadiah!!