Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 21, 2011

Nak dukum!! Tak yayah! Tak mest!!

Imej
Pagi tadi Auni Auni Auni bangun awal seperti biasa... Abah baru lepas solat subuh. Sekarang nih bila dorang nampak abah kat tangga nak turun bawah, tiga tiga akan jerit minta dukung!! Nak dukum! nak dukum! hehehe elok elok dukung, jadi dukum!! Tak kisahlah! janji abah paham!! Bila abah buat tak tau jer, mula laa masing masing menjerit nangis!! huhuhuhu... Pagi ni sempatlah suruh mama snap gambar abah tengah dukung dorang! Err... semua muka tak mandi lagi termasuklah yang tukang ambil gambar tu! hahahaha!!! Bila nak ambil gambar jer, otomatik tangan terus buat peace sign!! Gambar kabur! Sori aa!! Masing masing masih mengantuk! Semalam punya cerita pula! Biasanya bila waktu berbuka, AMRAFAHAN akan join sekali laa.. semalam Auni Auni Auni duduk dengan abah. Sorang kat peha kiri dua lagi kat peha kanan... huhuhu... abang duduk dengan mama, lepas tu mama suap dorang dengan bubur lambuk. Mama suap dorang jer, mama tak suap abah pun! hehehe... Bila dah lepas makan tu, AF d...

Abang dan troli

Imej
Hari tu abang ikut abah pergi beli susu. Sambil sambil tu nak cari lampu lip lap tu... Abah pun tak tahu apa yang abang fikir tapi abang seronok duduk dalam troli kecil nih! Suka hati abanglah janji abang tak lari lari keliling Kepor nih... Senang abah nak control! ** Update melalui email!

Belum dapat tune!

Sejak aku masuk kerja baru nih, jalan hidup aku berubah terus! Waktu pergi kerja dah lain, cara pergi kerja dah lain, balik kerja pun dah lain, jadi waktu tidur pun lain! Memang lari habislah tune! Kalau gitar nih, dah sengau bunyinya! Errr... Disebabkan itu, pengupdatean blog menjadi tidak teratur... Hadoihh... Dah berapa hari dah aku tak update blog.. Inginkan bila dah balik kerja lepas tu malamnya pergi terawih lepas tu nak update blog tapi biasanya aku akan tertidur awal. Sedar sedar dah waktu sahur, lepas sahur memang tak sempat laa nak update.. Kat opis pun belum ada tempat sendiri lagipun banyak bende baru nak belajar. Apa apa pun, terima kasih sangat sangat kepada korang semua yang sudi melawat blog Amrafahan dan bagi sokongan kepada blog ini. Aku juga mohon maaf sebab tak dapat melawat blog korang. Insyaallah lepas tune aku dah ok, aku kembali seperti biasa. Jangan lari aa... Hehehe Published with Blogger-droid v1.7.4

Jumpa kembar sepasang di pasar karat

Imej
Seperti biasa, hari Ahad ni aku tolong sepupu berniaga. Tengah sibuk layan customer, ada laa seorang brother ni. parking stroller depan gerai. Mula mula tu aku tak perasan sebab tengah layan customers, lepas tu akak customer tu tegur, ehh ada kembar laa.. Haa aku apa lagi teruslah terjah! Tanya nama anak dengan FB ayahnya, terus ajak join gathering kembar. Nama anaknya bermula dengan huruf Z. Err.. Tak ingat nama penuh. Kembar sepasang baru berusia 5 bulan. Ayahnya nama Nizam. Insyaallah ada rezeki boleh jumpa lagi. Harap harap dapat laa jumpa lagi keluarga kembar kat sini.