Aktiviti AMRAFAHAN pada hari cuti!
Hari Sabtu lepas, Abah bawa AMRAFAHAN naik ERL, ini bukan kali pertama diorang naik tapi kali kedua kalau tak silap bezanya dulu naik masa kecil lagi agaknya tak faham apa-apa, tapi bila bawa masa sekarang nih diorang dah boleh ingat dan enjoy laa. Pagi Sabtu tu dah keluar bersarapan ramai-ramai. Semua orang tak mandi lagi kecuali Abah! hahaha bocor rahsia Mama!! Pergi makan kat Medan Selera Seri Teja atau orang panggil Medan Payung sebab bentuk macam payung kat Presint 9, Putrajaya tu! Ada satu gerai roti canai Brother nih.. sedap dan garing roti dia! Tapi nak order kena ambil nombor giliran dulu! Masa Abah sampai tu dalam pukul 8 pagi giliran Abah yang ke 18, budak tu siap beritau kena tunggu dekat sejam baru dapat! Nak taknak kena juga laaa sebab dah sampai. Masa makan tu macam biasa laa, segala jenis kekecohan akan berlaku! hehehehe. Tapi sebab Mama garang, Abah garang sikit! kekeke dapat laa kawal AMRAFAHAN! Lepas tu balik rumah, bersiap-siap nak pergi kenduri kahwin member ...