Selamat Hari Raya semua!!!
Dikesempatan ini Abah mewakili AMRAFAHAN dan Mama mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua adik-beradik yang dikasihi dan dirindui selalu, Mak yang tercinta, dirindu dan dikasihi, saudara mara jauh dekat, rakan taulan, kawan-kawan FB dan blog, pembaca senyap blog, ahli-ahli Kelab Kembar Malaysia , kawan-kawan masa sekolah, kawan masa belajar, sesiapa jua yang kenal diri kami sekeluarga dan semua-semualah!!! Maaf Zahir Batin atas semua salah silap kami samada pertuturan, percakapan, pertaipan dan lain-lain lah yer dari hujung rambut sampai laa ke hujung kaki! Raya nanti kami beraya di kampung Mama di Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kepada kawan-kawan yang berhampiran jemputlah ke rumah yer! Nak datang rumah Putrajaya pun boleh tapi seminggu selepas raya laa yer! hehehe