Catatan

Tunjukkan catatan dari April 10, 2011

Dilarang Masuk!!

Imej
Aku baru tengok preview filem Dilarang Masuk ni kat TV9 tadi dalam rancangan choopp!! Ermm.. Ingatkan menarik tapi... entahlah... Baik aku tengok cerita RIO laa.. sebab aku dah habis main game dia nih! hehehe.. Ni gara-gara main game Angry Birds RIO laa nih... hehehe... Kalau dalam game, Angry Birds 1 dan Angry Birds Season, burung-burung ni lawan dengan babi hijau ni.. tapi untuk Angry Birds Rio ni, burung lawan burung juga!! Burung kakak tua yang tamak dan jahat!! Best woo main game nih!! Sanggup tak makan sebab nak habiskan level dia! hehehe Err.. berbalik pada tajuk.. harap korang teruskan membaca yer.. heee....

Keputusan Rasmi Pilihan Raya Negeri Sarawak

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK dan SUSAN ALBERT KASSIM KUCHING: Berikut adalah senarai pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak pada pilihan raya negeri yang diumumkan pada Sabtu:

Ermmm sedapnya!!!!

Imej
Saja nak test pic say editor... hehehe

BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK BUDAK SAT

Imej
Kali ni Ben ajak ke zaman budak-budak dulu... sebab aku pun sezaman dengan dia... banyak laa kartun dulu-dulu yang best sekarang tak de... Aku suka semua kartun yang aku sempat senaraikan kat bawah nih sebab aku hidup di zaman tu!!

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Imej
Kerja nak menggegar jer si Ben nih!! Meh terjah sini kalau nak menggegar gak!! Aku rasa dia ada plan baikk punya!!!

Resepi Air Cocktail AMRAFAHAN!

Imej
Yeee puan-puan, hari ini kita akan belajar buat air berkelah yer!! Ramai yang kata sedap!! tapi aku sendiri tak sempat rasa sebab dah habis... huhuhu... Ok tanpa membuang masa lagi.. kita mulakan yer... Err.. letak gambar dulu laa... Gambar ni sempat ambil kat rumah, masa berkelah tak sempat dah!

Alhamdullillah kena saman!

Imej
AF jalan nak ke taska Pagi tadi aku hantar Auni Auni Auni ke taska seperti biasa laa... Hari ini AMRAFAHAN cantik sangat sebab Mama pakaikan baju raya tahun lepas, dulu masa pakai macam besar sangat, tapi hari ni nampak ok dah! Comel jer... Lepas hantar diorang ke taska, Abang Aqil dan Mama pun sampai, sebab tadi masa hantar Mama, Aqil ikut sekali, tapi tak sempat ambil gambar dia. Si abang lagi best, bangun tidur, lepas tu salin pampers lepas tu terus  nak pakai baju melayu, siap sampin lagi... apa daa... jadi mama layan  jerlah... hehehe

Turunnya Bala..

Imej
Banyak antara tanda-tanda akhir zaman nih dah keluar, antara sebab sebab turunnya bala juga dah banyak kelihatan, tak payah tengok kat negara luar, kat negara kita pun dah banyak... Moga kita sentiasa dilindungiNya.. InsyaAllah Antara tanda-tanda tersebut:-

Bila Aqil bekerja di opis abah!

Imej
Hari tu kan aku ada cerita pasal si Aqil datang ke opis aku nih... Dalam tak sedar tu, kawan-kawan aku melayan si Aqil nih... Aku ingatkan takde gambar dia... rupanya ada... Hadoiihh... pening aku tengok gambar si Aqil nih... Ni semua gara-gara mak cik pak cik kat Aqil laa nih...

Pemenang teka teki!

Imej
Terima kasih pada yang sertai teka teki aku nih... aku dah jumpa pemenang nye laa... memenuhi syarat dah kehendak aku.. :) pada yang tidak berjaya, boleh cuba lain kali yer... err.. kalau ada laa.. kalau aku buat lagi... Syarat-syarat nya... jawapan siapa yang tepat, betul, memenuhi kehendak aku dan pantas dikira sebagai pemenang. Boleh teka sekali jer.. dah letak jawapan tak bleh ubah-ubah dah aa.. Err.. sila letak jawapan korang berserta email yer.. senang aku nak contact... tak de email walaupun menang, kira batal laa.. aku amik yang kedua laa... Boleh kan?! hee...

Kita terjah kembar nih!!!! yeargghh!!!

Imej
Mai kita terjah kembar nih!! Makin ramai geng kembar di blog aku jumpa.. di Facebook lagi laa ramai!! Nanti aku update lagi list kembar aku tu... yearghh!!! Comel kan mereka-mereka ni!!

Nak buat teka teki lah!!

Imej
Aku keboringan dan mengantuk nih... tiba-tiba datang idea nak buat teka teki nih... ada hadiah woo... Alaa saja seronok-seronok... Jawapan boleh letak kat entri ni.. jawapan siapa yang tepat, betul,  memenuhi kehendak aku dan pantas dikira sebagai pemenang. Boleh teka sekali jer.. dah letak jawapan tak bleh ubah-ubah dah aa.. Err.. sila letak jawapan korang berserta email yer.. senang aku nak contact... tak de email walaupun menang, kira batal laa.. aku amik yang kedua laa... Boleh kan?! hee... Tarikh tutup hari ni (13 April 2011) jam 5 petang ... 9 malam.. macam kejap sangat laa pula kalau sampai petang nih.. huhuhu atau ** bila aku dah jumpa pemenang!!   **update 2.42 petang 13/4/11

Auni dan Auni bila ikut abah bekerja....

Imej
Lama dah cerita ni.. 2 3 minggu dah... lupa nak cerita kat blog.. hari ni belek-belek tipon jumpa gambar diorang nih.. boleh lah nak cerita disebalik gambar nih... Hari Ahad duluuuu... heee... lama laa sangat kununn!! Aku dan wife kena kerja... Jadi kami bahagi anak-anak sorang 2... cehh.. macam matematik nak bahagi bahagi nih... hehehe... Mama bawa AMR dan AH, aku bawa AF dan AN.

Aqil Aqil Aqil..... dan Abah Aqil!

Imej
Pagi tadi aku pergi hospital, sebab ada apointment untuk buat ultrasound . Dulu masa wife aku mengandung, aku ingatkan ultrasound ni untuk perempuan jer.. Rupanya untuk laki pun boleh aa.. huhuhuhu... tadi masa menunggu kat unit x-ray, yang masuk bilik ultrasound tu, semua perempuan. Aku jer lelaki.. heee... Wife aku dan Aqil teman aku tadi. Bila nama dipanggil aku pun masuk laa.. bila doktor buat ultrasound, memang ada jumpa batu karang kat pinggang sebelah kiri aku... patut laa asyik sakit pinggang, sengal-sengal jer pinggang aku nih... rupanya ada lagi batu karang yang tak habis keluar hari tu...

Perangai AMRAFAHAN yang terkini

Imej
Perangai terkini anak anak anak aku, si Aqil dan Auni Auni Auni... 1. Auni Faqihah Kalau mengamuk, akan nangis beria-ia sampai aku nak dukung pun dia taknak, nak mama dia pujuk juga.. Dah pandai sikit-sikit menari tapi tak terrer macam Auni Haziqah. Boleh laa angkat-angkat bahu sikit-sikit Suka rebut barang abang Aqil, abang tengah kusyuk menulis, AF datang terus ambil pensil abang dia.. abang dia guling-guling aaa nangis.. tapi kalau dia tak nangis dia rampas balik lepas tu tolak si AF tu.. huhuhu...  Kalau lapar, lambat bagi makan atau susu akan nangis guling-guling Suka makan ubat dari syringe 

Peraba ditangkap!

Imej
Pagi tadi aku pergi tolong sepupu aku berniaga di pasar karat Stadium Shah Alam.. Tau tak tempat tu?! Ada jual macam-macam benda... dari sekecil-kecil pin rambut sampai laa ke sebesar kereta... gajah aku tak jumpa lagi orang jual kat situ.. uhuhu Berbalik pada tajuk aku tu.. tapi masa aku tengah kemas-kemas barang sebelum balik, aku dapat tangkap seorang peraba nih!!! Ada ke patut dia seluk dalam kain baju kurung awek nih!! sungguh kurang sopan!! Nasib laa aku nampak!! Dapat laa aku halang dari kejadian lagi teruk!! Berani betul dia meraba masa orang tengah ramai masa tu!!!