Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 2, 2011

Kanak Kanak Hilang! Bantuan anda diperlukan!

Imej
Salam semua blogger....kat sini saya nak mintak tolong skit sebarkan poster missing child nih. Harap-harap dengan menyebarkan gambarnya mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang. Hanya ini yang dapat kita buat...please!!! Kalau ade ape-ape info, contact this person in FB ' Norazuin Munaji ' incase u have any news about this handsome boy...harap semua dapat membantu...insyallah.-ATP My prayers for him n his family **Info dari Ben Ashaari & Abg Teror Moga Adik Adam ni dapat di jumpa dengan cepat!! Amin...

Aku seorang ULTRAMAN ehh!! babysitter lahh!!

Imej
Selamat tengahari pembaca! Hari ni hari sabtu... kau orang pun tau kan.. bagi pekerja gomen, bermaksud cuti lah... tapi untuk pejabat wife aku, deme-deme semua kena kerojer... Bila deme kena kerojer... maka secara automatiknya aku akan menjelmakan diri aku jadi babysitter... kena jaga AMRAFAHAN .... kang kalau jadi ultraman susah pula nak jaga anak aku... dah lah besar tak muat masuk rumah, lepas tu kalau marah anak aku takkan aku nak fire dia orang pula! Lepas tu susah nak bercakap jadi ultraman takde mulut, lepas tu kalau tiba-tiba ada resakse gorgon tak pasal-pasal kena menyelamatkan bumi pula! Habis tu sapa nak jaga anak aku! Lepas tu, nanti macam mana aku nak suap makan kat anak aku, bagi susu kat anak aku cuci berak anak aku... kan susah tu jadi ultraman... hehehe... baik aku jadi babysitter jer.., hehehe Bersedia untuk fire!! Err.. merapu dah.. sambung balik.. Jadi wife aku pun kena kerja, tinggallah aku dengan anak-anak, bila aku jadi babysitter jawabnya rumah tunggang...

Aku tergolek dog!! hadoii!!! sakit!!

Imej
Huhuhuhu.... sakitnya.... Semalam aku main futsal... al maklumlah nak menambah stamina serta menguruskan badan juga menjadikan perut ini kembali kepada six pac... sekarang one pac! hadoii!! hahahaha... Entah bila laa boleh dapat six pac tuh! berangan jer!! Semasa main futsal... aku bermainlah bersungguh-sungguh! Penuh dengan komitmen! Ceewahh!! Main 3 minit dah semput bagai... kekeke... Semasa saya sedang membawa bola, saya digelecek oleh pihak lawan iaitu budak sepejabat aku... lalu aku pun tersadung dan terjatuh kat permukaan court futsal yang amat keras itu... aku main kat presint 18 putrajaya, open court jadi permukaan dia simen jer.. lepas tu dii cat biru.. Perghh!! Masa jatuh tu aku sempat tahan dengan tapak tangan aku... tapi muka aku still tersembam kat lantai tu... Ya Allah... masa tu dia punya sakit............ perghh Tuhan saje yang tahu.. nasib laa aku tak tersembam direct ke batang hidung yang tak berapa nak mancung nih... kalau kena.. hadoii.. penyet teruss... tapi ...

Kemenangan yang ke 3!

Imej
AllahuAkbar.... Alhamdullillah... Terima kasih pada sahabat-sahabat, rakan-rakan blogger, pembaca, pengkritik blog AMRAFAHAN ni... dengan sokongan kau orang maka aku memperolehi BE yang ke 3 pada bulan ini... rezeki anak-anak... Terima kasih kepada Nuffnang sebab sudi mengesyorkan blog saya kepada pengiklan iaitu Buena Vista The Green Hornet Happy lah!!! hehehe.... Haa nihlah iklan dia... macam menarik jer!! Dulu Bruce Lee pelakon asal dia... kenal ke Bruce Lee? Ala yang terrer kungfu tu.. dia keluar dulu baru Jackie Chan keluar... tau ke? hehehe... Biasalah kanak-kanak 80an mesti tau.. B.E ketiga AMRAFAHAN Alhamdullillah rezeki anak-anak **Nota kaki Abah Moga bertambah rezeki pembaca sekalian... Amin...

Pertama kali mandi laut!

Imej
Hari Ahad lepas, aku bawa AMRAFAHAN mandi laut, main pasir kat pantai di Port Dickson. Alaa bukan jauh pun, dekat jer dengan Putrajaya. Aku pergi 1 famili dan dengan member office dengan adik dia. Untuk si Abang dah 2 3 kali laa main kat pasir pantai nih... tapi untuk si Auni Auni Auni adalah pertama kali untuk dia orang... Si Abang paling takut masuk air laa... dia nak main tepi-tepi jer.... hehehe aparaa... Si Auni Faqihah paling berani laa.. rilex jer dia... siap boleh ketawa-ketawa lagi... Si Auni Haziqah takut-takut berani... bila bawa kat air laut tu, dia berdiri tegak jer... tengok jer air laut tu... Si Auni Naqibah takut air, duduk kat pasir tu menangis jer... hehehe... aku tak boleh tengok dia orang macam nih... sian jer... lalu aku pun angkat tiga-tiga masuk air laut... hahahah... baru puas hati den!! Maka berlakulah kejadian yang aku jangkakan... iaitu menangis dan aksi takut air!! Kekekeke... sukanya saya!!! Lepas mandikan dia orang, aku angkat pula si Abang ma...

Nora Danish suka Khairul Fahmi Che Mat!?

Imej
Kiri Khairul Fahmi Che Mat kanan Nora Danish -sumber Google Perghh!!! Tetiba cerita pasal artis lak.... kekekeke.. bukan itu maksud aku.. aku nak cerita pasal Khairul Fahmi Che Mat penjaga gol kebangsaan yang menang Piala Suzuki AFF hari tu... Hehehe saja bikin panas.. Nora Danish tu cuma tweet Khairul Fahmi Che Mat jer.. tengok printscreen bawah tu... Aku tau pun dari satu blog nih!! Terbaik dari ladang!!! Dalam blog nih KFCM aka Apex ditemuramah oleh SokerLeaks. Lagi ganas dari WikiLeaks nih... Perghh!!! Semua soalan sensasi gila!! Tak jumpa kat mana-mana majalah sukan, berita tv, suratkhabar perdana hatta tabloid sekalipun!! Sampai soalan seluar dalam pun ada!!!! Perrghh!!! Dia orang nih memang berani mati punya wartawan!!! Semasa diinterview teman wanita / girlfriend / bakal tunang KFCM iaitu Elia pun ada kat sebelah!! Aku dah baca interview tuh! Memang kelakar lahh!! dan sempoi!! Kat sini aku print screen kan soalan tu! Ini antara soalan maut yang ditanya ol...

Ben Ashaari pun datang laa!!

Imej
Kepada peminat atau pembaca blog Ben Ashaari yang teringin nak jumpa beliau bolehlah datang ke event ni. Hehehe... aku pun tak pernah jumpa dia.. kalau jumpa dia nak gak sembang dengan Bro Ben yang peramah ini! Maklumat event boleh baca kat sini . Marilah kita sama-sama memeriahkan gathering ini!! Hooyeehh!! Terima kasih Bro Ben sebab sudi nak hadir event ni... :)

Kita beroleh kemenangan yang KEDUA!!

Imej
Ya!! Kita beroleh kemenangan yang kedua!! Kata Sultan Shahrulnizam kepada rakyatnya! Dalam cerita Nujum Pak Belalang.... Hehehe... bukan nak cerita pasal kemenangan... tapi pasal aku baru dapat B.E yang kedua ! Alhamdullillah!! Syukur rezeki di tahun baru!! Alaa.... tak banyak pun... lepas lah beli cekelat hacks! hehehe Terima kasih kepada En. Nuffnang dan Cik Penaja Bizzy Body  kerana sudi menaja blog AMRAFAHAN ni... Singgah laa sini lama-lama tau! hehehe Okeh kita layan clip Nujum Pak Belalang nih.. Watch P. Ramlee - Nujum Pak Belalang 5.MPG in Entertainment   |  View More Free Videos Online at Veoh.com Hehehe... sampai bila-bila aku akan suka cerita P.Ramlee ni... lagi-lagi cerita yang kelakar!! Alhamdullillah rezeki di awal tahun **Nota Kaki Abah En. Nuffnang dan En. Penaja.. rajinlah singgah kat blog ni yer! Dok lama-lama tau!! hehehe

Gambar Auni Auni Auni umur 3 bulan

Imej
Assalammualaikum dan salam sejahtera.. Gambar ni aku ambil semasa dia orang umur 3 bulan. Masa ni nak balik rasanya selepas jumpat doktor kat hospital. Mula-mula nak letak dalam stroller tu jenuh fikir macam mana nak buat... yang stroller single tu senang laa.. sebab memang sesuai letak baby, (stroller abang punya) yang jadi masalah twin stroller tu, masa tu budak-budak ni kecil sangat... tulang tak kuat lagi.... risau gak sebab stroller tu tak berapa sesuai untuk baby... Sudahnya dapat idea letak tilam dia orang kat situ... Oklah lah takde lah nak tergolek kiri kanan pastu menggelungsur ke bawah... Sekarang Alhamdullilah dah boleh berdiri dah atas stroller tu... meh tengok kat sini ... Macam-macam dah perangai dia orang sekarang... Masa ni baik jer.. hehehe sampai bila-bila pun baiklah Abah!!!  Sessi bertemu peminat kuhik kuhik kuhik!! yang belakang tu tau bukan yang depan nih! Ok dari kiri Auni yang tengah Auni yang kanan Auni! Kenal dah? hehehe

Alhamdullilah dah makin sembuh!

Imej
Kawan aku yang terbakar kat pelantar Bekok C di Terengganu dah makin sembuh... Lepas dia update kat FB aku rasa lega sikit aa... dia dah semakin ok! Hari ni aku tengok gambar-gambar terkini dia... aku tumpang gembira, kawan aku bukan saja dah semakin pulih, tapi siap boleh ber FB lagi.. Cayalah Jawa!! Apa yang diberitahu oleh tuan punya badan, dia melecur 3/4 badan dah duduk wad 20 hari dan semakin sembuh! kulit baru pun dah keluar... Alhamdullilah... Aku dan kawan-kawan kat sini doakan ko cepat sembuh... InsyaAllah kalau tiada aral melintang, kami kawan-kawan ITM kau, akan datang melawat kau kat sana.. Mohon share gambar kau, aku ambil dari FB kau... Tengah main FB nih aku rasa.... Dah berbalut macam ni pun sempat main PC... Ko memang kuat semangat lah!  Gambar ni antara gambar terawal selepas terkena kebakaran hari tu... Pedihnya aku tengok! Sian ko! Bengkak menahan air bisa! Ngeri nyer!! Moga kau tabah ye kawan! Tak pe! Lepas pulih nih, ko ak...

Bertambah kasih dan sayang bila...

Imej
Hari ni kami plan nak main pasir dan air laut kat Port Dickson, saja bawa anak-anak kenal pasir dan laut... Mama siapkan barang-barang nak bawa gi PD, aku pula siapkan anak-anak. Aku rasa kasih bila aku sikatkan rambut anak-anak, aku rasa aku makin sayang kat dia orang... belai rambut dia.. kiss dia orang... sayang sayang sangat lah!! Tak tau nak gambarkan perasaan nih macam mana... Pastu bila aku dapat berjalan pimpin tangan dengan anak aku... happy sangat! Bahagia!! Seronok!! Lepas tu dengar si Abang berceloteh tanya macam-macam.... walaupun kadang-kadang soalannya aku tak paham... tapi aku cuba jawab juga! Si Abang pantang nampak aku bersiap... kalau dia nampak aku pakai jeans jer.. dia datang kat aku.. tanya.. "Kita nak pergi mana ni?" hehehe... macam tau jer nak pergi jalan-jalan! Hehehe Walaupun aku tak jumpa dia 8 jam sebab hantar kat taska, aku dah mula rindu dia orang... Sampai taska si Abang kalau nampak aku akan jerit "ABAHHHHH!!!!" Lepas tu lar...

Nama Harimau Malaya dikekalkan!!

Imej
Kenapa nak tukar-tukar nama nih? Kekalkan sudah.... Nak juga dipolitikkan nama nih... Itu sebab menang Piala Suzuki AFF tu yang keluar macam-macam cerita... Kalau Malaysia kalah... hapah idak... (err.. bahasa perak... arwah abah teman orang perak hehehe), lagi kena kutuk ada agaknya... kutuk itulah kutuk inilah... ermm... Nak mencari nama ke orang tu? Ermm.. entah... kalau kita tahu sejarah macam mana dapat nama Harimau Malaya mesti kita nak kekalkan... Sebabnya... tak tahu... pastu bising itu ini... nak tarik perhatian seseorang ke? Entahlah... hanya orang itu yang mengetahui... Siapa tak tahu sejarah nama Harimau Malaya meh baca kat sini .... Kredit to Princess Momoy dan Bro Meor 'Ballack' Azmil. Aku rasa patut subjek sejarah kena ada bab sukan lah... barulah lengkap sejarah tanah Melayu menjadi Malaysia :) **Nota kaki Abah Sukan lain pun kena menang juga! Barulah Sukan Olimpik Malaysia dapat banyak emas!! :)

Saya Blogger Putrajaya

Imej
Alamanda ni dekat dengan rumah aku :Sumber Google Salam Sejahtera... Pertama kali aku nak join segmen anjuran BPM 2010 . Macam menarik jer! Yelah boleh tambah kawan-kawan lagi kan!! Ramai ke blogger Putrajaya nih? Macam ramai.. macam tak ramai!! huhuhu... entah tak perasan pula aku.. Syarat-syarat dia mudah jer... Tajuk entri.. dah siap dah... Link ke blog BPM bila masa sesuai aku letak... Nama.. boleh panggil Huszaini Status.. Sudah berkahwin, anak setakat nih baru 1+3 orang (Seorang anak lelaki dan 3 kembar perempuan), isteri pun setakat nih masih lagi seorang... :), cukuplah seorang heheheh... Cara hubungi.. boleh melalui blog ini atau email ke aseng1@gmail.com Daerah / Jajahan... Sekarang tinggal di Putrajaya bersama anak dan isteri... mak kat Kota Tinggi, Johor.. :) Tempat Tinggal... Saya tinggal di Presint 14... selalu melepak di Ali 1 Bistro.... siapa nak join melepak?! Apa yang menarik di tempat saya... ermm.. ada tempat lepak yang best sebab ada wifi g...