Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 5, 2011

Cobaannn...

Imej
Cobaan untuk menidurkan Auni Auni Auni sekarang ni masih belum berjaya... Mama sibuk masak.. Jadi untuk tidak menukarkan mama menjadi resakse gorgon, ada baiknya aku bertukar menjadi ultraman si penjaga kanak kanak... Huhuhu... Biji mata sorang sorang nih cerah jer... Bila nak tidur nih... Ermm... Sementara diorang nak memain ni, baik aku curi curi masa update blog.. Hehehe.. Meh tengok gambar diorang sebelum nak tidur ni.. Masa aku ambil gambar ni AF dan AN tengah meraung... AN jer rilexs hehehe AN tak nangis pun AH nangis celah kelangkang aku.. Diorang ni mana sempat landing dorang landing jer.. Biasa perut aku tempat kegemaran AH nih.. Huhuhu AF meraung Published with Blogger-droid v1.7.1

Arghhh!!! Lisa!!!!! arghhh Yusri!!!

Imej
Macam tak boleh terima hakikat jer bila artis yang diminati bercinta!!! Arghh!!! Lisa!!! Takperlah... Kalau ada jodoh ko dengan Yusri moga berkekalan laa... Bercinta juga Lisa Surihani (ehh nama sama dengan wife aku laa!!) dengan Yusri KRU ni.. Huhuhu ikhlas dari peminatmu... Ni gara gara tengok Lisa kat tv9 dalam Galaksi ni... Cair tengok kecomelan dia... Errr... Agak agak wife aku jeles tak? Minta minta dia jeles... Susah betul nak bagi dia jeles nih... Hehehehe... Jangan risau yer mama, abah ada mama sorang jer ehh tambah lagi empat hehehe... Published with Blogger-droid v1.7.1

Yeyy!! Kami menang!!

Imej
Alhamdullillah AMRAFAHAN menang!!! Empat empat orang dapat hadiah... AF dan AN dapat saguhati, AH dapat nombor 2 untuk kategori baby comel dan aktif!! AMR pula dapat nombor satu untuk kategori pakaian beragam!! Terima kasih Aunt Ida!! Sebab bagi baju cowboy nih.. err.. bukan bagi.. err.. pinjam? sewa? beli? hehehe... Sesiapa nak sewa baju beragam bolehlah contact member aku Ida nih.. tak pun boleh tengok kat FB dia klik sini>>  Aina Costume ..Terima kasih pada juri hakim yang bagi AMRAFAHAN menang!! Terima kasih pada semua yang mendoakan Amrafahan menang!!! Yeyy!! Seronoknya!!! Hehehe... Mama dengan Abah pula yang lebey lebey nih... kekekek... nanti aku upload video penyebab kemenangan si Abang.. kat opis tak boleh buka Youtube.. nanti kat rumah baru boleh.. hehehe sementara tu tengok gambar kemenangan lah! hehehehe Bergambar ramai ramai sebelum terima hadiah!  Maaf yer.. gambar tak clear... pakai henpon jer.. :-)

AMRAFAHAN bergaya laa..

Imej
Sekarang nih kami tengah tunggu acara pakaian beragam untuk Amrafahan anjuran Puspanita JAS. Abang pakai pakaian cowboy tapi takde pistol ganti dengan pedang hehehe... Auni Auni Auni pakai pakaian punjabi... Hehehe... Harap harap boleh menang... Hehehe Published with Blogger-droid v1.7.1

Cubaan menguruskan badan!!!

Imej
Aktiviti malam ni adalah menguruskan badan... Errr... Perut actually... Kekekeke... Baru masuk main 2 3 minit jadi keeper dah kena keluar sebab game dah habis... Team mana dapat 2 gol dulu kira menang, kalah kena keluar padang... Huhuhu... Macam mana nak kurus kalau main tak sempat berpeluh nih.. Ermm... Minggu depan pergi menyabit laa pula... Keluar peluh sikit... Hehehe Aqil pun ikut tapi dia main game jer... Ada juga laa tendang tendang bola... Hehehe kena ajar pada sekarang nih biar dia pandai bersukan... Published with Blogger-droid v1.7.1

Terrerr anak abah nih!!!

Imej
Video ni aku amik dari facebook wife aku.. Aqil main Angry Birds lepas tu dapat highscore... Cayalah aqil! Hehehe Tengoklah gelagat dia.. Hehehe comel jer aku rasa... Kalau takleh tengok bitau ekk... Ni aku copy link dia dari tipon haa.. Published with Blogger-droid v1.7.1

Gambar AMRAFAHAN bercuti cuti Malaysia!

Imej
Gambar aku dan famili semasa cuti hari tu... layan jer lah yer.. Gambar di Snowalk I City Shah Alam... akhirnya sampai juga aku kat sini.. hehehe... tapi masa nih AMRAFAHAN tidur.. Snowalk I City Shah Alam

Janganlah jadi macam nih...

Aku tengah tengok rancangan Nanny 911 kat NTV7 sekarang nih... Kali ni pasal keluarga yang ada kembar 3, tapi 3 3 kembar ni tak sehaluan... Bergaduh.. Berebut, tak boleh berkongsi dll... Kesian pula tengok mama diorang ni siap panggil Nanny 911 untuk setelkan masalah dia dengan anak anak... Huhuhu Harap harap anak anak anak anak aku tak macam ni laa bila dah besar nanti... Meh ler tengok macam mana nanny handle kembar 3 nih.. Sekarang nih kat ntv7... Aku nak belajar sikit cara nanny nih.. Hehehe Published with Blogger-droid v1.7.1

Cantik tak? cantik tak?!

Imej
Aunty!! Uncle!! Cantik tak? Cantik tak? Hehehehe... Mode abah perasan... Kekeke Published with Blogger-droid v1.6.9

Korang macam ni tak kalau balik kampung?

Imej
Kalau korang balik kampung 2 3 hari macam kami tak pack barang? huhuhu... ni baru 3 hari punya barang... kalau balik raya seminggu? huhuhu.... Ni tak campur lagi yang kat seat depan lagi nih... hehehe Nak tanya nih.. Korang ada? kekekeke Kasut semua susun kat belakang nih..

Opah dan cucu-cucunya

Imej
Gambar opah dan cucu cucunya... Sekejap jer jadi 6 orang hehehe... Tiga lelaki dan tiga perempuan.. Published with Blogger-droid v1.6.9

Okkk!!! Okkk!!! Abah bangun!!!

Pagi tadi pukul 6 lebih rasa aku... aku tak ingat siapa... mula mula ada orang golek golek kat badan aku, lepas tu aku buat tak tau jerlah.. masa tu pejam mata lagi.. aku boleh agak laa mesti auni auni auni yang golek golek sebab abang bangun lambat.. Aku pun sambung laa tidur.. tiba tiba "klukk!!" bunyi ketuk.. kekeke.. yeyeye jer bunyi macam tu.. ala nak sedapkan cerita.. boleh? hehehe... terus cerah biji mata aku nih.. tengok tengok ada seorang auni ni mengetuk bibir aku dengan botol susu dia..  hadoii nak... sakit bibir abah nih... terus aku bangun.. auni ni buat muka tak bersalah jer... haaa... tensen aku.. terus pergi ambil wuduk dan solat... auni mana yang pukul aku pun aku tak tau.. huhuhu.. Auni Auni Auni!! Abah pesan nih!! Jangan buat lagi tau!! nanti bibir abah jadi hensem!! jangan buat tau!!! abah taknak hensem hensem nih... huhuhu!!!

Berita gembira...

Aku dan famili dan sepupu serta anak buah baru lepas layan cerita kung fu panda... Cerita menarik walaupun tengok sambil pangku auni err haziqah ke faqihah tak ingat sebab gelap hehehe yang pasti bukan AN sebab dia layan cerita ni.. Cuma AF dan AH yang tidur. Berita gembira sempena birthday Aqil ni ialah aku dah lulus temuduga yang aku tempohi hari tu.. Alhamdulillah rezeki anak anak setelah 4 tahun kerja kontrak dengan gomen dapat juga aku kerja tetap, walaupun berlainan bidang insyaAllah aku boleh apply pengalaman (masa ni aku dah tidur.. Bangun tidur sambung balik buat entri nih.. Hehehe) kerja aku sebelum sebelum ni ke dalam bidang baru ni... InsyaAllah.. Errmmm... Dah tua kan baru dapat kerja tetap, takpelah mungkin terlewat sikit bagi aku, tapi sekurang kurangnya aku tak risau sangat bila kontrak nak tamat. Tiap tiap tahun bila sampai masa nak tamat kontrak, mesti fikir dan risau, sambung ke tak kontrak aku ni, kalau tak sambung macam mana pula nanti? Cuma aku percaya rezek...

Mandi air terjun

Imej
Balik dari Bukit Fraser kami singgah mandi di Air Terjun Sungai Semangkok. Terletak antara Jalan Kuala Kubu Baru ke Bukit Fraser, kalau dari Kuala Kubu selepas Empangan Sungai Selangor.. Tempat dia kecil jer.. Tapi bolehlah nak mandi... Err.. Aku tak mandi.. Mama dengan Aqil jer mandi... Baju xde.. Hehehe Published with Blogger-droid v1.6.9

Happy Birthday AMR!

Imej
Hari ni hari jadi anak aku yang sulung Aqil Muhammad Rayyan yang ke 3. Sedar tak sedar dah 3 tahun berlalu.. Abah dan Mama doakan anak abah ni menjadi anak yang soleh, hormati orang tua, tak degil, dengar cakap abah dan mama, berjaya dalam hidup dan dimurahkan rezeki InsyaAllah... Abah dan Mama sayang Abang sangat sangat!! Harap harap lepas ni abang tak payah pakai diapers lagi tau! Huhuhu... Toilet training tak lepas lagi nih.. Tadi bila aku nyanyikan dia lagu happy birthday, si abang malu malu hehehehe... InsyaAllah balik dari Fraser ni kita pergi tengok Kung fu Panda ye abang! Sempena birthday abang ni aku ada lagi berita gembira... Nanti aku cerita kat korang yer... Err... Agak agak korang boleh teka tak berita gembira tu? Published with Blogger-droid v1.6.9

AMR main Mini golf di Fraser's Hill

Imej
AMR main mini golf dengan sepupu sepupu dia... Belasah jerlahh.. Kayu lebih tinggi dari dia hehehe Published with Blogger-droid v1.6.9

Amrafahan di Bukit Fraser

Imej
Semalam lepas kenduri kami bergerak ke bukit fraser.. Lepak bersama sama keluarga wife pula... Masa sekarang ni kami tak sempat nak pusing pusing lagi kat sini.. Lepak kat resort jer ni.. Aku tak dapat nak update panjang nih.. Layan gambar Amrafahan laa yer... Gambar di wife aku yang amik masa aku tengah drive naik bukit fraser nih.. Gambar pintu gerbang jer aku amik.. Hehehe... Published with Blogger-droid v1.6.9