Happy 7th Anniversary Mama!!
Alhamdullillah hari ini genap 7 tahun perkahwinan antara Abah dan Mama. Dalam tempoh tersebut kami dikurniakan 5 orang cahaya mata yang comel dan handsome syukur Alhamdullillah. Abah bukalah seorang yang pandai bermain dengan kata-kata manis nak buat ucapan pada Mama, cuma Abah nak Mama tau, Abah sayangkan Mama dan AMRAFAHAN sangat-sangat, semoga Allah SWT memberkati ikatan kita dan mengekalkan hingga ke akhir hayat dan juga keluarga kita dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat tak kisahlah dalam apa jua bentuk pun. Sama-samalah kita membentuk anak-anak kita menjadi insan yang berguna kepada Allah SWT. Kalau nak cerita pahit masin manis tu.. rasanya terlalu biasa kerana bukan kita sahaja yang menghadapinya, mungkin ada lagi orang lain yang lebih dasyat dari dugaan yang kita hadapi. Moga Mama akan menjadi Ketua Bidadari kepada Abah di syurga nanti! Amin!! Permata hati Abah dan Mama yang terbaru! hehehe... AMR Junior