Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 23, 2011

Nama Tumor Deedam

Imej
Assalammualaikum, Semalam punya entri lupa nak beritau nama tumor yang ada pada adik aku Deedam. Lupa langsung nak beritau. Nama tumor dia Vascular Tumor . Tumor dia bahaya juga sebab dekat dengan salur darah besar kat situ. Tapi doktor pakar kata tumor dia masih dikawasan luar selaput otak, belum kacau otak lagi, tapi dalam tempoh 6 bulan kalau tak buat apa-apa, tumor tu boleh kacau otak dan kemungkinan boleh menyebabkan mata buta dan badan lumpuh sebelah kiri... Minta jauh laa semua tu... Aku nak tengok adik aku sihat lebih baik dari sebelum ni! Mak aku cerita... masa ni mak jaga Deedam, doktor cakap dengan Deedam... (Masa tengah taip ni, mak aku kat sebelah aku ni... dia macam editor laa.. hehehehe) Doktor: Awak dah boleh balik hari ni, tapi kena datang balik 12 Feb nak operate 14 Feb 2011 Deedam: Kita taknak datang! Confirm kita taknak datang! Mak: Doktor Ashraf, tolong terang sikit kat dia! Doktor: (Keluarkan gambar scan MRI Deedam, dan tunjuk dan terangkan pada Deedam) ...

Kena bedah bulan Feb nanti

Imej
Assalammualaikum dan selamat pagi, Semalam pagi-pagi aku, mak dan aiza pergi hospital. Macam yang diberitau oleh doktor pagi tu sepatutnya adik aku jalani prosedur CA. Aku nampak muka mak memang risau, takut tak sempat jumpa adik sebelum dia masuk bilik buat prosedur, aku hanya mampu berdoa dalam hati agar adik aku dikuatkan semangat dan boleh harungi ujian ini. Perjalanan dari rumah mak cik aku ke hospital taklah jauh, lebih kurang 15km jer... tapi disebabkan jem, maka kami sampai lewat sedikit di hospital. Sampai hospital, mak terus naik ke atas. Aku pergi parking kereta. Lepas tu aku dan Aiza naik atas. Adik aku ditempatkan di tingkat 4 wad Neurology katill no. 12. Sebenarnya kalau pagi ni tak boleh masuk ada guard jaga sebab bukan waktu melawat, tapi aku beritau mak guard erkk.. boleh ekk guna mak guard? hehehe boleh aa... paham kan?! aku nak jumpa adik aku sebab nak kena operate pagi ni... Sampai kat atas, mak aku tunggu depan pintu lift. Mak cakap adik masih tidur. So, aku ma...

Confirm ada tumor...

Imej
Pagi tadi aku dan mak pergi tengok adik aku Deedam.. Kami pergi lepas sarapan mee goreng di rumah makcik aku. Mak cik aku ada bekalkan mee untuk adik aku. Semasa tengah makan kawan mak aku beritau mak aku di telefon bahawa doktor kat HSA cari mak aku nak beritau something... Sampai di hospital aku tengok keadaan adik aku seperti biasa, macam takde sakit... ceria jer.. Lepas beri bekal mee tu, dia pun makan. Lepas dia makan tu aku turun bawah nak belikan dia air dan barang mandian dia.. Tiba-tiba mak aku datang cari aku, cakap doktor dah ada nak jumpa nak beritau pasal keadaan adik aku selepas buat MRI scan semalam. Aku dah berdebar-debar... Sampai ke atas, mak aku beritau aku, "Mak rasa kepala adik memang ada benda laa.. sebab tu nak buat prosedur tu... Mak aku dah bergenang air mata... aku dah sebak... tapi tahan... lepas tu kami kuatkan semangat jumpa doktor, Doktor bawa kami ke tempat tengok x-ray adik aku kebetulan berhadapan dengan katil adik aku... Doktor beritau aku dan m...

Dah buat scan MRI

Imej
Assalammualaikum.. Ermm... aku sekarang kat rumah mak cik aku kat JB. Aku sampai malam tadi pukul 1240am lebih kurang... adik aku Aiza datang ambil aku kat Shell Batu 5, dekat dengan Plaza Angsana... Lepas tu aku ajak dia makan, petang semalam aku makan roti je sebelum naik bas... punya laa lapar bila dah turun bas tu.. Masa tengah makan tu aku dan Aiza bersembang pasal keadaan adik aku... Adik aku Deedam dah buat scan MRI petang semalam... keputusan dia mungkin hari ni... Aiza cakap mak aku dah tengok x-ray adik aku... dia kata memang ada retak sikit kat kepala dia. Memang ada nampak macam tumor... or darah beku... tapi kena tunggu juga keputusan MRI macam mana... Dari apa yang Aiza cerita pada aku, luka Deedam kat badan dia ni teruk juga... dagu habis luka... kepala benjol... tangan luka.. ermm... kasihan aku pada Deedam... Abang doakan adik ok yer.. abang risau sebenarnya... Masa sebelum aku datang JB aku dapat cakap dengan Deedam, masa tu dia baru habis buat scan MRI. Dari ...

Tengah X-ray...

Imej
Deedam dan Auni Naqibah Assalammualaikum... pagi tadi punya entri memang aku emo sangat-sangat... sedih tak boleh fikir secara waras... Tadi baru lepas call mak aku, adik aku Deedam tengah di x-ray... Belum keluar lagi dari bilik X-ray.. Aku berdoa harap-harap takde apa-apa tumor... berharap.. doktor salah... aku nak adik aku sihat jer... Sekarang ni, aku dah tenang sikit, terima kasih pada wife dan sepupu-sepupu aku, sebab dia orang bercakap dengan aku dan menenangkan aku... Pendaftaran masuk ke sekolah vokasional untuk adik aku dah ditangguhkan... cuma pihak sekolah tunggu surat dari doktor untuk mengesahkan adik aku ni, boleh ke tidak untuk mengikuti kursus yang di minta di sekolah tu... Aku harap Deedam dapat bersekolah di situ sebab itu minat dia... InsyaAllah.... InsyaAllah aku akan balik ke JB malam ni naik bas, aku ingat nak balik dengan anak dan wife aku, tapi keadaan rumah di sana sedang dalam pembinaan dengan habuknya dan bersepahnya, so aku balik seorang dulu.....

Adik saya ada tumor...

Imej
Assalammualaikum... Pagi tadi pukul 7.30 lebih kurang aa... ada dapat mesej dari adik perempuan aku, katanya "Adik masuk ward. Kena sawan. Mungkin ada tumor" Ini adik aku yang bongsu nama dia Muhammad Dee Hadzdam Bin Haron umur 16 tahun... aku panggil dia Deedam... aku dan deedam Arghhh.... terus aku call mak aku, aku tanya macam mana boleh jadi? Mak aku cerita.. adik aku main basikal, lepas tu terjatuh basikal.. Mak cakap habis luka-luka calar-balar badan dia.. kepala benjul... tapi dia ok jer masa tuh... Lepas tu malam tu, adik aku tidur sebilik dengan mak aku sebab rumah tengah renovate. Lebih kurang pukul 2 pagi tu, mak aku tersedar tengok adik aku, dah biru-biru badan dia... mak aku terus call ambulan datang ambil, ambulan terus hantar ke HSA JB. Masa cakap dengan mak aku ni, aku dah menangis dah... sedih dan kasihan kat adik aku... Bila kat sana doktor buat scan, kot-kot ada darah beku ke kat kepala adik aku sebab terhantuk masa jatuh tu, tapi doktor jump...

Main futsal!

Imej
Minggu lepas bawa AMRAFAHAN pergi teman Mama dia orang main futsal dengan budak perempuan opis aku...  Mula-mula perempuan jer yang nak main, lepas tu tak cukup korum, aku dan budak opis aku Daus pun masuk jadi penjaga gol...  Aqil dan Auni Faqihah join sekali.. Auni Haziqah dan Auni Naqibah tidur dalam kereta...  Bersungguh laa si Aqil ni main... habis 1 padang dia pusing... tapi AF jadi penonton jer dia.. hehehe.. tak cukup syarat nak main... kang kalau dah cukup syarat baru boleh join mama main... Sebenarnya aku penat ketawa lagi dari main futsal dengan dia orang nih... Macam semut hurung gula.. kat mana ada bola kat situ ada perempuan-perempuan.. kekekek... Anyway kalau dia orang main lagi, mungkin akan improve skill dia orang aa... ermm sekali tengok macam main netball pun ada... kekekeke puas aa gelak!! Maaf yer korang!! Berlari-lari sekeliling padang! Tunggu bola tak sampai-sampai, ambil gambar dulu! Penyokong mama kepanasan! Abang tendang bola di...

Terkini! Jumpa kembar lagi la!!

Imej
Jumpa kembar 2 lagi laa!! Yang bestnya dia orang pun nak join Jom Berkelah dengan Geng Kembar laa!! Mesti meriah!!! Bestnya!!! Nama kembar ni Adlina dan Ardini dan 2 tahun lebih dah!! Jom tengok kat Senarai Geng Kembar !! Terima kasih ye sudi meramaikan majlis! :)

Aku, Ben Ashaari dan Elee Mardiana

Imej
Aku terjah blog Ben Ashaari pagi tadi... huh.. usaha yang murni... Harap kita dapat memberi bantuan kepada mereka ni.. kesian... Malang tidak berbau.. dan bukan itu yang mereka pinta... Sila sokong usaha Kak Elee Mardiana .. (klik nama untuk maklumat lanjut), kerana sanggup bagi seluruh royalti buku dia kepada Adik Shah dan Hairuman. Sila klik sini  untuk baca kisah Shah dan Hairuman . Semoga rakan-rakan Facebook dan Blog dapat menyokong usaha ini. Semoga sumbangan kecil yang kita lakukan dapat memberi impact yang besar kepada usaha ini! InsyaAllah Hairuman Shah

Terkedek-kedek terkengkang-kengkang!

Imej
Alhamdullillah... kau orang boleh agak kot apa aku nak cerita nih... hehehe... Auni Auni Auni dah boleh jalan dah! tapi terkedek-kedek terkengkang-kengkang aa.. kelakar aa tengok tiga-tiga orang ni berjalan...  Sekarang paling terrer berjalan AF dan AH laa... AN baru jer... moga-moga lepas ni makin terrer laa dia orang nih... InsyaAllah masa gathering Jom Berkelah Dengan Geng Kembar dia orang dah boleh jalan laju-laju aaa... Huhuhu... tak sabar nak kurus! Kekekeke...  Gambar ni masa pergi berkelah kat PD hari tu.. Masa ni AH galak berjalan! Seronok tengok dia berjalan!! Kat R & R Seremban   Auni Naqibah galak berjalan masa ni la!! Abang hensem... kata Aqil... huhuhu....

Auni Haziqah dah tumbuh gigi!

Imej
Selamat pagi! Haa... lama dah nak buat.. asyik terlupa jer... agaknya sebab belum kena gigit kan.. tu yang terlupa tu... kang kalau dah kena gigit baru ingat nak buat entri pasal ni terus.. hehehe Alhamdullillah... AH ni dah tumbuh gigi... sebatang je... sebelah bawah... sekarang dia paling kuat makan! Kalau menganga tu dia paling luas! Seronok suap dia! Cepat sikit habis makanan dia!  Yang lagi 2 tu, gigi dia orang masih dalam pembinaan.. cehh.. macam nak buat sekolah pula! mentang-mentang keje buat sekolah aku nih! hehehe...  Gambar ni jenuh nak ambil masa dia tengah ketawa... tapi tak dapat-dapat.. tensi saya! hehehe Nampak tak?