Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel umrah

Tengok Abah jumpa siapa?!!

Imej
Hehehe... Mula-mula jumpa kat ladang Tamar kat Madinah. Lepas tu jumpa masa tengah saie, jumpa lagi masa tawaf. Last sekali jumpa kat airport sebelum nak balik. Dia datang dengan famili dia. Dia memang baik peramah dan tak sombong. Terima kasih Ahmad Idham kerana sudi melayan kerenah kumpulan jemaah kami! Nota kaki Abah: Err... Takde laa pula Abah minta nak berlakon dengan dia. Tau memang takde bakat pun. Hehehe

Selepas Potong!!

Imej
Hehehe imej baru Abah! Lebih kurang 30 tahun Abah tak pernah potong rambut botak macam ini. Sejarah dalam hidup Abah nih! Tapi sempena buat Umrah ini, Abah dah berniat nak cukur kepala ini. Mudah-mudahan gugurlah dosa-dosa Abah yang banyak ini. Amin... Lepas botak tu, Abah balik hotel lepas itu masuk bilik mak Abah, yang buka pintu tu makcik Abah... Dia tengok Abah buat muka pelik lepas tu terus gelak berdekah-dekah!! Hehehe lepas tu dia cakap "Haa.. ini barulah Kojack!! Err... Korang tau Kojack?! Kenal?! Google sendiri yer... Nanti baru korang paham agaknya. Untuk pengetahuan korang, Keluarga sebelah abah Abah, memang panggil Abah Kojack dari sejak baby lagi... Panggilan tu membawak laa sampai ke besar ini. Kira gelaran keluarga laa... Tapi korang panggil Abah nama Zaini laa.. hehehe Mengikut cerita mak Abah, sejak lahir sampai umur berapa tah.. lebih laa 4 bulan, kepala Abah takde rambut, ada rambut hauls-halus jer, kebetulan masa tu tengah popular cerita Kojak, heronya...

Sebelum Potong!!!

Imej
Takmau taip bebanyak!! Hehehe... Tunggu... Selepas Potong pula!! Err... Kat sini baru pukul 10.22 malam... Waktu Abah post nih... Korang dah terbongkang baekk punya!!! Hehehe

InsyaAllah aku datang lagi!

Imej
Hari ini Abah dan kumpulan akan bergerak ke Mekah. InsyaAllah dimasa akan datang jika dengan izin Nya Abah nak datang lagi. Berdebar hati ini nak membuat ibadah umrah nih. Mudahan dapat dilakukan dengan sebaiknya. Abah doakan korang semua dapat buat umrah. InsyaAllah

Selamat Tinggal Malaysia!

Imej
Ketika ini Abah dalam bas baru gerak ke Singapore. InsyaAllah boarding pukul 5pm dari Changi Airport. Nanti ada taklimat di RNR Second Link. Lepas tu terus ke airport. Dijangka sampai pukul 10.50pm waktu tempatan. Doakan perjalanan kami semua selamat pergi dan balik. InsyaAllah. Dekat sini Abah letak jadual sepanjang kami berada disana. Pada sahabat Abah yang pergi juga, mudah-mudahan kita ada rezeki jumpa di Saudi. InsyaAllah Nota kaki Abah Rindu AMRAFAHAN & Mama!!

Berat hati ini...

Hari ini jam 6 petang Abah akan bergerak balik ke Kota Tinggi. Tadi dah beli tiket bas dengan AMRAFAHAN.. angkut sekali hehehe.. InsyaAllah Mama dan AMRAFAHAN akan hantar Abah ke ERL dan dari situ Abah terus ke TBS. Perancangan awalnya, abah nak balik semalam lagi.. tapi barang-barang pun tak kemas.. Belum tinggalkan diorang, dah rasa rindu sangat-sangat.. tiba-tiba hari ini jadi cepat sebak.. Abah cakap dengan Abang, Abah nak pergi Mekah.. Abang kata dia nak ikut.. Abah kata tak boleh.. Jangan tinggalkan Abang bawa laa Abang sekali... nanti Abang sedih macam mana... kata Abang.. Aduhh... sebak terus.. Tadi bila Abang menangis mengadu pada Abah.. Abah pun sebak juga.. haaaaaaaaa..... apa kena dengan Abah nih?!!! Berat hati Abah ini nak tinggalkan AMRAFAHAN dan Mama... belum pernah nak berjauhan macam ini lama-lama.. Yelahh.. hari-hari cari Abah... semua Abah buat... Abah pula yang sedih nak tinggalkan diorang.. Semalam masa Abah mandikan dan siapkan diorang... Abah peluk sorang-sor...