Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Harian Metro

Doktor menyatakan akan dapat kembar 5....

Imej
Doktor laa yang cakap... Meh baca keratan Metro Ahad hari nih... Masa interview tu macam banyak maklumat, bergambar bagai. Siap panggil family kembar 3 yang lain, mula-mula ingat tak keluar dah cerita nih sebab dari tahun lepas interview. Lepas buat tak tau laa. Tup tup dapat mesej kata keluar hari nih. Oklah tu, Tapi Abah rasa diorang patut siarkan gambar beramai-ramai tu, sebab semua famili kembar ada, kembar 3 ada 3 famili, kembar 4 dan kembar 2 pasang. Apapun terima kasih buat wartawan harian metro yang sudi interview kami semua. posted from Bloggeroid

AMRAFAHAN di Harian Metro lagi!! Edisi Raya pula!

Imej
Alhamdullillah kisah AMRAFAHAN keluar di Harian Metro lagi! Kali ini kisah pasal raya pula! Meh baca kat sini! Terima kasih Harian Metro! Harian Metro 22 Ogos 2012 Sempena Raya ni... Beli smartphone baru jom... Offer offer! Melayan kembar tiga SELAIN perasaan bahagia dan ceria memiliki anak kembar, menyediakan keperluan raya tentunya memberi cabaran kepada ibu bapa terutama bagi pasangan suami isteri yang memiliki anak kembar tiga. Bagi Noorhany Ishak, 33, dan Huszaini Haron, 33, yang memiliki kembar tiga perempuan seiras, seperti tahun sebelumnya, mereka mula membuat persiapan menjelang pertengahan Ramadan. Ini bagi memastikan semua keperluan dapat disediakan mengikut waktunya. “Biasanya untuk suami dan anak sulung (Aqil Muhammad Rayyan) menempah baju Melayu kerana lebih mudah mendapatkan rona yang sama manakala untuk anak kembar saya lebih suka membeli menerusi talian kerana menjimatkan masa,” kata Noorhany. Namun cabarannya apabila terpaksa menyediakan pakaian...

Beli Harian Metro hari ini tau! ada cerita kembar 3!

Imej
Haaa..... saja laa nak tolong promote nih! Nanti belilah Harian Metro hari ini yer (22 Ogos 2012)!! Ada cerita raya pasal kembar 3. Cerita AMRAFAHAN pun termasuk sekali! Abah pun tak sabar nak baca cerita-cerita kembar 3 yang lain! Abah tak tau siapa kembar tiga yang di interview lagi?! Kalau orang baru bolehlah berkenalan, kalau dah memang geng kembar dalam Kelab, memang surprise laa! Nanti korang beli ekk!! Beli tau!!! heheehe (Entri ini ditaip pukul 2.15 pagi, jadi Abah tak beli lagi laa HM untuk hari ini... Wartawan tu beritau Abah cerita kembar 3 berhari raya akan keluar hari ini :) )

AMRAFAHAN ber photo shoot raya!

Imej
Sebabnya... jeng... jeng.. jenggg..... nanti Abah cerita yer! Tengok gambar diorang dulu! Gambar ini diambil tadi lepas berbuka. Kami buat anak beranak jer. Set kat kamera, timer 10s dan guna tripod jer! Dari kiri AN, AH dan AF InsyaAllah kalau tiada aral melintang nanti cerita diorang ini keluar laa hari Rabu 22 Ogos 2012 hari raya keempat nanti di Harian Metro. InsyaAllah! Jangan lupa beli tau! Ermm... tak tau gambar mana satu yang keluar nanti! Sebab banyak juga Abah hantar gambar kat wartawan tu. Kita tunggu jerlah yer!!

Gambar AMRAFAHAN di padang depan Maybank Putrajaya

Imej
Kelmarin masa tunggu mama dia orang balik kerja, aku bawa laa anak-anak aku ni pergi padang depan Maybank Putrajaya tu.. ala yang depan Istana Kehakiman tu! Ingatkan nak bagi dia orang jalan-jalan laa.. sudahnya aku sendiri yang kelam kabut nak control dia orang.. masing-masing tak nak kena pimpin tangan.. semua nak jalan sendiri.. hadoii laa... Sudahnya bagi jalan-jalan lebih kurang, aku angkat jer tiga-tiga serentak.. si Abang aku suruh jalan sendiri.. mana ada tempat kalau nak dukung dia sekali.. nanti tak pasal-pasal badan aku ketak-ketak macam Ben.. huhuhuhu...

AMRAFAHAN Di Harian Metro

Imej
Alhamdullillah, pagi tadi masa aku hantar anak-anak aku di Taska KBS, aku dapat panggilan dari member sekolah aku, dia kata gambar anak-anak aku ada dalam metro. Oh! Baru aku teringat! Masa gathering dengan geng kembar wartawan harian metro ada datang. Lama dah rasa gathering tu! Baru hari ini keluar harian metro. Bukan anak-anak aku jer yang keluar harian metro, geng-geng kembar lain pun ada!  Hanani ,  Ummie ,  Eida ,  Nur & Rozi ,  Qis   dan  Nisa   tapi sampai lambat sikit masa gathering tu. Yat   pun ada sekali! Ben Ashaari pun datang dan juga Ida  serta  Aqien . Terima kasih yer semua pada yang datang gathering hari tu! Nanti kita buat gathering lagi yer! Kumpul lagi ramai geng-geng kembar!! InsyaAllah Kalau nak baca online boleh klik bawah ni:-  Petanda Alahan 5 Bulan Keinginan firasat akhirnya jadi kenyataan Berkat susuan ibu Gambar dari Harian Metro Online