Selamat Hari Jumaat!! Boleh tolong tak?!
Hari ini Abah tersibuk.. kekeke...tak sengaja sibuk.. Sempena hari baik bulan baik nih.. Abah nak kongsi dengan korang laa.. Suatu majlis yang baik.. InsyaAllah pada minggu kedua bulan Ramadhan, Kelab Kembar Malaysia akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak yatim dan Asnaf (anak fakir miskin) di Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK), Puchong, tarikh belum ditetapkan lagi sebab masih menunggu pengesahan dari Pengetua RALK tersebut. Abah dah pun berjumpa dan menghantar surat permohonan kepada Setiausaha RALK Ustaz Usamah. InsyaAllah kalau tiada apa-apa halangan majlis ini dapat dilangsungkan. Tujuannya lebih kepada mendekatkan ahli kelab dengan masyarakat disamping itu sedikit sebanyak dapat kita membantu mereka. Dari apa yang Abah sembang dengan Ustaz, perbelanjaan yang mereka perlukan lebih kurang RM30,000 sebulan untuk menampung segala keperluan anak-anak ini dan termasuk kos pengurusan. Alhamdullillah, RALK ini menerima sukarelawan yang sudi meringankan beban Ustaz dan U...