Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sakit

Wordless Wednesday: Abang yang sakit mata! Dapat spek baru!

Imej
#entrikelabbloggerbenashaari #kelabbloggerbenashaari

Ya Allah! Kaki Amni!

Imej
Pagi kelmarin (Jumaat lepas) semasa di highway dalam perjalanan ke pejabat, Mama call Abah, menangis nangis, alamak!!! kenapa pula nih! Masa tu Abah baru jer lepas R n R Seremban, jadi takde tempat nak berhenti, suara Mama pula, putus-putus tak jelas! Abah dah tak senang duduk, kenapa pula nih! Ya Allah!! Bagilah aku ketenangan! Yang Abah dengar Mama suruh Abah balik cepat! Abah takde pilihan lain, kena keluar tol Seremban dan patah balik ke Putrajaya, alamak masa nih baru teringat, minyak tak isi lagi, lampu amaran dah kelip kelip, touch n go tak top up lagi! Abah nekad, bawa jer kereta terus, harap-harap tak habis minyak tengah highway, tol boleh pakai cash. Pasang lampu besar kereta, pasang signal kecemasan, Abah terus pecut kereta, nasib baik kereta tak banyak hala ke KL. Dalam perjalanan tu, Abah cuba call jiran depan rumah, tapi tak dapat. Lepas tu cuba call jiran lain pula, Alhamdullillah dapat, terus pesan kat dia tolong tengokkan Mama dan Amni sementara Abah nak sampai sana,...

Sakit gile! Atau gile sakit!

Imej
Haishh tak kisahlah mana satu betul. Hari ni macam biasa laa pergi cuci luka kat jari tengah tu. Pas tu terperasan macam ada benang. Bila tengok bebetul kompom ada satu lagi benang tertinggal. Alamak... Benang nih jenis kekal bukan yang boleh serap tu, nak tak nak kena keluarkan. Kalau tak boleh jadi nanah. Perghh masa MA tu nak keluarkan kena cungkil kat celah kuping darah yang dah kering tu, nak meleleh air mata nih!! Kaki ni kejung kejung tahan sakit, tetiba perut jadi kurus sebab tahan nafas nak tahan sakit!! Tiga empat kali laa MA berenti cungkil sebab cakap dengan dia sakit. Taulah kan hujung jari kan banyak saraf lagi laa dalam proses nak baik nih! Nak tak nak tahan juga sakit, pastu MA tu potong benang tu. Huhuhu berdenyut denyut ko!! Dekat 10 minit tak hilang denyut! Tapi tak nangis lagi ehh! Huhuhu Kalau tak, luka jari tengah tu dah kering, tapi sebab cabut benang tadi, berdarah balik. Kena balut balik dua dua jari. Ermm.. jadi jumlah jahitan kat jari nih adalah 12 la...

Ambulan datang ambil Mama!

Imej
Petang kelmarin Abah dapat mesej dari Mama. Dia beritau dia jatuh tangga tergelincir suruh Abah balik cepat. Abah dapat baca pun selepas sampai rumah lepas parking motor. Tiba-tiba teringat pula nak tengok mesej. Bila baca Abah terus dapatkan Mama, tengok-tengok dia dah terbaring kat tilam tak bergerak tapi tengah cakap dengan telefon laa.. Agaknya cakap dengan opah kot..  Bila Abah nak bawa dia pergi hospital dia kata, takpe-takpe takde apa-apa kot... uishhh... maunya tak risau dah jatuh terduduk bahawa woo... lagi laa risau... tambah-tambah lagi ada baby dalam perut Mama tuh.. dah empat bulan dah.. risau wooo... APA!! ada baby dah!! Alamak! kena tuka nama blog ker haah?? hehehehe Abah saje jer tanak cerita sebelum nih sebab Mama pesan jangan tulis kat blog.. tapi memandangkan Mama sendiri dan umumkan kat FB dia.. ahhh Abah nak cerita laa kat sini! hehehe Ok sambung balik cerita Mama jatuh. Lepas tak tau nak buat apa tu, Abah teringat jiran depan rumah Abah tu seorang jurur...

Sakit!

Hari ni Abah tak update cerita Amrafahan. Otak blur! Huhuhu. Pagi tadi tadi lepas Abah mandikan Kakak, Angah dan Adik, Abah bangun laa dari duduk kerusi kecil kat toilet tu. Tiba-tiba masa nak bangun terasa sakit kat pinggang sebelah kiri. Ingatkan tak de apa-apa jadi Abah terus laa bersiap nak pergi kerja. Masa angkat beg letak kat motor tu macam dah rasa sakit lagi. Tapi buat tak tau jer sebab nak pergi kerja dah lambat. Masa dalam perjalanan ke opis tak de laa rasa sakit sebab menunduk sikit bawa motor tu. Bila dah sampai parking motor, lepas tu tongkatkan motor, sakit makin kuat, tapi lawan juga laa cuba tak berdiri tegak. Bila angkat jer beg dari box motor terus sakit kuat sangat sampai kena duduk mencangkung sebab nak bagi lega. Adoihh masa tu tak boleh tahan dah sakit tu, ada laa makcik cleaner tu nak tulun call ambulans, ehhh Abah kata tak payah, buka tak boleh bangun pun, cuma kena jalan tunduk sikit, tapi tak boleh bawa beg sekali sebab beg laptop Abah tu berat. Abah call m...

Doakan pakcik Abah!

Imej
Mohon doa AlFatihah untuk pakcik Abah yang sedang sakit ketika ini, keadaan pakcik Abah bernama Ahmad Bakri Bin Khalid sekarang nih boleh dikatakan tidak berapa ok, kena guna oksigen sebab petang tadi nafas dia tercungap cungap. Abah panggil pakcik Abah ni Alang, abang kepada arwah ayah Abah. Bila tengok muka dia teringat Abah kat ayah Abah yang tengah sakit dulu. Alang sakit kanser hati. Arwah Ayah Abah dulu kanser kat bahagian kerongkong. Mudah mudahan Allah permudahkan segalanya. Amin. InsyaAllah. Al fatihah... Published with Blogger-droid v2.0.9

Sekeluarga tak sihat!

Imej
Balik dari Pangkor hari tu, Abah demam dengan batuk-batuk. Kat rumah AMRAFAHAN dan Mama pun demam dan batuk. Cuti Sabtu Ahad yang lepas nih, semua orang melepek kat rumah jer. AMRAFAHAN demam bergilir-gilir. Lepas sorang, sorang lagi demam panas. Semalam si Adik demam panas. Jumpa doktor dah minggu lepas, cuma sekarang nih makan ubat yang doktor beri jerlah. Sekarang ini Abah kat Klinik Kesihatan P9, baru lepas kena x-ray dada. Dah 3 hari batuk teruk, sampai sakit dada. Abah syak macam kena jangkitan kuman, sebab dulu pernah kena. Tapi tak tau laa tunggu doktor cakap apa. Ni nak sampai no giliran ada +- 200 nombor lagi. Sabar jerlah. Walaupun kena tunggu, klinik gomen kat sini servis dia ok lagi berbanding swasta. Sebab pernah terkena, pergi 2 3 kali, caj mahal, ubat sama jer, baiknya tak juga. Tapi ini pengalaman Abah laa, korang mungkin lain. Isunya kena tunggu lama jer kalau ke klinik gomen nih. Bila Abah tengok x-ray Abah nih, macam kena pneumonia jer. Harap-harap bukan batuk ker...

Lena seorang abah

Sekarang nih pukul 3.15 pagi baru lepas buatkan AMRAFAHAN susu, susah pula nak lena balik. Semalam dapat call dari taska dalam pukul 4 petang, cikgu beritahu abang demam panas. Dah 2 hari dia demam. Abah tak senang duduk, dah lah semalam sampai opis pukul 10 lebih... Sebab hantar AMRAFAHAN ke taska, mama kat rumah sakit mata. Bila dapat call tu terus rasa nak balik. Jumpa bos minta izin balik awal. Alhamdullillah bos paham dan bagi balik awal. Nasib semalam bawa kereta jadi bolehlah sampai cepat sikit kat taska. Bila sampai jer, tengok abang dah lemah. Lepas ambil AMRAFAHAN dari taska, hantar Auni Auni Auni ke rumah dulu lepas tu baru keluar balik. Mama dalam keadaan tak larat kena laa jaga AFAHAN. Kat klinik abang lemah jer, sebelum keluar dia ada muntah, kesian tengokkannya.. Doktor kata tonsil abang bengkak, jadi bila muntah akan sakit, doktor nasihatkan makan aiskrim vanilla. Abang happy jer sebab dengar dapat makan aiskrim. Lepas jumpa Doktor, abang kena masukkan ubat bon...

Kompomlah! Sakit kaki tangan dan mulut!!

Tadi tengahari jumpa doktor, doktor cek Auni Auni Auni.. lepas tu dia suruh ambil darah... bila dah keluar result darah tu, doktor kata memang ada virus laa.. cumanya tak teruk. jadi dia keluarkan surat suruh kuarantin kat rumah.. Nanti akan ada pegawai kesihatan datang ke rumah untuk cek Auni Auni Auni... Hermm... Lepas cek tu doktor bagi ubat untuk ulcer dalam mulut, sebab hari tu takde pun MA tu bagi. Dari pemerhatian aku, AN macam dah nak baik, AH pun tengah kena nak baik.. AF baru kena.. harap harap diorang semua cepat cepat sihat lah... dari segi luaran nampak aktif tapi dorang kurang minum susu kecuali AN dah ada selera sikit.. Terima kasih pada korang semua yang tolong doakan kesihatan AMRAFAHAN. Moga korang semua dilimpahi rahmat dan diberkati Allah senantiasa.. Amin..

Nampak macam dah ok!

Alhamdullillah.. anak-anak abah nampak macam dah ok semua, abang pun nampak macam dah sihat, cuma pagi tadi taknak mandi jer.. lepas mama ugut taknak bawa dia pergi opis mama, baru dia nak mandi.. jadi abah ler yang kena bagi mandi, aku dah siap pakai baju kerja, habis basah kena air mandikan si Abang.. Harap-harap diorang kat taska nanti, takde muntah-muntah atau demam-demam lagi laa.. InsyaAllah..

Sabar jer lah...

Imej
Pagi tadi aku pergi klinik ambil darah. Ditemani wife aku. Lepas register kena tunggu kat kaunter triage pula. Badan rasa lemau jer... mengantuk... sengal-sengal kat pinggang... Lepas no. giliran aku dipanggil aku pergi laa kat triage tu. Tunjuk kad temujanji tu dengan borang untuk buat ultra sound. Nurse tu cakap dengan aku, darah ambil kat lab, ultra sound buat temujanji dengan hospital. Err.. bukan klinik yang buatkan ke? aku tanya dia.. Eh.. taklah.. Encik terus jer pergi kaunter pendaftaran hospital nanti dia orang buatkan. kata nurse tu. OO.. ok.. aku pun iyakanlah.. mana pergi aku buat.. tapi setahu aku kalau kes macam ni, klinik yang akan buat temujanji dengan hospital untuk pesakit dia.

Giliran aku pula ke?

Semalam petang aku sakit pinggang sebelah kiri. Sakitnya kejap datang kejap tak. Hati aku rasa lain macam. Datang balik ke  sakit aku ni? Dah lama tak kena ni.. Aku sedapkan hati, bukan ni, mungkin angin ni.. salah makan... Teringat malam sebelum tu aku ada makan lala. Jarang aku makan lala sebanyak itu, risau sakit aku datang kembali. Tapi malam tu aku bedal juga! Tak tahan! Sudahnya aku terima padah, aku rasa tak selesa, Semasa tunggu jenazah aku aku semalam baru aku teringat aku tak boleh duduk diam lama-lama, kena bersimpuh nak bagi selesa, aku kerap kencing, tapi tak lawas..

Alhamdullillah Udo dah stabil

Imej
Alhamdulllilah pakcik aku Udo dah stabil. Semalam aku dapat lawat di kat Hospital Ipoh bersama-sama dengan sepupu aku, lega hati ni tengok dia dah boleh makan, dah boleh bersembang... walaupun nampak lemah, tapi aku nampak ada kekuatan disitu, ditemani oleh isteri dan anak beliau... InsyaAllah hari Isnin ni, Udo akan dihantar ke IJN. Nanti bolehlah kami melawat lagi... Sempat juga laa aku snap gambar dia.. pada saudara-mara aku yang tak dapat pulang tengok dia, harap gambar ni jadi pengubat rindu kepada pakcik kita... Lega tengok Udo dah boleh senyum Selera makan pun dah ada Depan pintu masuk Wad CCU Hospital Ipoh

Kat Perak sekarang ni..

Kami nak pergi lawat Udo kat Hospital Ipoh.. tak sempat nak update panjang.. nanti aku update lagi... Udo semalam tak stabil lagi.. tak boleh hantar ke IJN. So kami decide datang lawat dia kat Ipoh.. Nanti aku update lagi la yer..

Kena hantar ke IJN

Imej
Tadi aku baru bercakap dengan wife aku, ingat nak halfday hari ni, nak balik Ipoh kejap nak lawat Udo, tapi tak jadi balik. Sepupu aku baru je lepas call aku, beritau pak cik aku Udo akan dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ni. Mak cik aku tengah ready kat hospital Ipoh untuk ikut Udo naik ambulan di hantar ke IJN. Keadaan Udo tadi dah stabil, jadi doktor beri pelepasan... Aku berdoa dan berharap keadaan Udo terus stabil agar tiada kesulitan semasa nak menghantar beliau ke IJN. Perjalanan ke IJN ambil masa lebih kurang 3 jam dari Ipoh. Lama juga tu.. Nanti aku dan famili nak melawat dia di IJN bila dia dah sampai sini... Last aku jumpa masa majlis pertunangan sepupu aku hari tu, sihat walafiat jer Udo... rindu gurauan dia main-main dengan anak-anak aku... :) Moga Udo cepat sembuh yer! Kami anak-anak buah Udo, doakan Udo cepat sihat dan sembuh dari sakit Udo ni... Amin... Arba'i Bin Mohd Khalid a.k.a Udo (kanan sekali baju putih tu) Cerita sebelumnya Berita ...

Berita sedih lagi..

Pagi ni aku dikejutkan dengan berita sedih lagi... Sepupu aku beritau aku pakcik aku yang aku panggil Udo, abang ke 4 kepada arwah abah aku dimasukkan ke hospital sebab sesak nafas... Dari apa yang diberitahu oleh sepupu aku tu, Udo dimasukkan di Wad CCU di Hospital Ipoh, kelmarin. Jantung di Hospital Ipoh belum beri kebenaran kepada Udo untuk dibawa ke IJN KL. Lepas tu, aku terus call sepupu aku yang dah pergi melawat Udo kat Hospital Ipoh tu, keadaan Udo pada masa tu lemah, banyak tidur jer.. mungkin disebabkan ubat yang diberikan doktor. Dia juga memakai topeng bantuan oksigen. Sepupu aku mengajak aku melawat Udo jika aku berkesempatan. Hati ini teringin nak balik melawat Udo, mungkin balik naik ETS KTMB sekejap jer 2 jam jer.. InsyaAllah jika tiada aral, aku nak balik melawat Udo. Doakan pakcik aku cepat sembuh yer! Aku sentiasa berdoa agar beliau cepat sihat dan sembuh.. Amin...

Tengah X-ray...

Imej
Deedam dan Auni Naqibah Assalammualaikum... pagi tadi punya entri memang aku emo sangat-sangat... sedih tak boleh fikir secara waras... Tadi baru lepas call mak aku, adik aku Deedam tengah di x-ray... Belum keluar lagi dari bilik X-ray.. Aku berdoa harap-harap takde apa-apa tumor... berharap.. doktor salah... aku nak adik aku sihat jer... Sekarang ni, aku dah tenang sikit, terima kasih pada wife dan sepupu-sepupu aku, sebab dia orang bercakap dengan aku dan menenangkan aku... Pendaftaran masuk ke sekolah vokasional untuk adik aku dah ditangguhkan... cuma pihak sekolah tunggu surat dari doktor untuk mengesahkan adik aku ni, boleh ke tidak untuk mengikuti kursus yang di minta di sekolah tu... Aku harap Deedam dapat bersekolah di situ sebab itu minat dia... InsyaAllah.... InsyaAllah aku akan balik ke JB malam ni naik bas, aku ingat nak balik dengan anak dan wife aku, tapi keadaan rumah di sana sedang dalam pembinaan dengan habuknya dan bersepahnya, so aku balik seorang dulu.....

Wad 2C Hospital Putrajaya

Imej
Masuk Wad 2C: 4 Nov 2010 Sedar tak sedar sudah 8 hari anak anak anak aku berada di hospital, Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT dan berkat doa sahabat-sahabat sekalian, anak-anak aku semakin sembuh dari sakitnya... Semalam Auni Naqibah dah boleh keluar hospital, hati mak bapak mana yang tak gembira bila diberitahu oleh doktor yang anaknya dah sihat dan boleh keluar hospital, Syukur Alhamdullillah... InsyaAllah, jika tiada aral, esok Auni Faqihah dan Auni Haziqah pula boleh keluar dari hospital, abah dengan mama, tak sabar nak tengok diorang balik rumah, ketawa, senyum dan lain-lain lah... Semasa aku jaga diorang kat hospital, Aku sampai sakit pinggang laa tidur kat sofa hospital tu, lepas tu nak demam pula, tapi takpe asalkan dapat tengok anak-anak sihat, aku sanggup.. terima kasih pada isteri aku yang beri dorongan kat aku untuk jaga diorang selama ni.. Terima kasih aku ucapkan pada semua doktor dan jururawat yang sudi menjaga dan merawat anak-anak aku sehingga sihat... ...