Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kemalangan

Sakit gile! Atau gile sakit!

Imej
Haishh tak kisahlah mana satu betul. Hari ni macam biasa laa pergi cuci luka kat jari tengah tu. Pas tu terperasan macam ada benang. Bila tengok bebetul kompom ada satu lagi benang tertinggal. Alamak... Benang nih jenis kekal bukan yang boleh serap tu, nak tak nak kena keluarkan. Kalau tak boleh jadi nanah. Perghh masa MA tu nak keluarkan kena cungkil kat celah kuping darah yang dah kering tu, nak meleleh air mata nih!! Kaki ni kejung kejung tahan sakit, tetiba perut jadi kurus sebab tahan nafas nak tahan sakit!! Tiga empat kali laa MA berenti cungkil sebab cakap dengan dia sakit. Taulah kan hujung jari kan banyak saraf lagi laa dalam proses nak baik nih! Nak tak nak tahan juga sakit, pastu MA tu potong benang tu. Huhuhu berdenyut denyut ko!! Dekat 10 minit tak hilang denyut! Tapi tak nangis lagi ehh! Huhuhu Kalau tak, luka jari tengah tu dah kering, tapi sebab cabut benang tadi, berdarah balik. Kena balut balik dua dua jari. Ermm.. jadi jumlah jahitan kat jari nih adalah 12 la...

Lepak ED lagi!

Imej
Hehehe tau tak ED apa? Best woo tempat nih! Ramai orang!! Happening giler!! Tu laa.. asal boring menunggu jer.. mesti update blog! Dah macam blog Abah jer! Padahal blog untuk anak-anak. Huhuhu. Pagi tadi macam biasa laa pergi cuci luka kat jari nih. Alhamdulilah dah makin kering. Minggu depan nak buka jahit dah. Lepas tu, abah cakap laa dengan Nurse tu nak jumpa doktor sebab bengkak kat kaki kiri nih tak susut pula lepas keluar hospital hari tu. Ahad lepas dah pergi klinik minta ubat susut bengkak tapi macam takde apa-apa jadi masih bengkak lagi. Bila jumpa doktor klinik, dia suspek ada urat tersumbat atau apa tah lupa! Hehehe. Harap harap takde apa yang teruk, risau gak! Kaki nih tak boleh bengkok sangat, nak solat pun kena duduk. Lepas tu doktor buat surat refer terus ke ED Hospital Putrajaya. Sampai sini seperti biasa menunggu laa giliran kad hijau. Sebab doktor kat triage kata kat Nurse tu masuk G1, lepas tu Nurse bagi laa Abah kat hijau. Masa tu berharap buka sesuatu yang t...

Hari ke 5 cuci luka

Imej
Sedar tak sedar dah hari ke lima pergi cuci luka. Abah kena buat sampai 2 minggu. Lepas tu jumpa doktor untuk buka jahit. Sakit kat jari tu ada masa berdenyut denyut. Kaki kiri nih lepas accident nampak macam makin naik bengkak. Semalam dah jumpa doktor ambil ubat susut bengkak. Harap-harap makin kurang laa sakitnya. Tadi baru lepas minta bank hantar salinan geran kereta ke bengkel tempat Abah hantar kereta. Harap-harap boleh siap cepat. Mati kutu nih takde transport. Cuma motor jer belum hantar ke bengkel lagi untuk repair. Tak larat pula nak tolak motor sorang-sorang, kang tak pasal kurus hehehe. Jauh gak laa bengkel motor tu, ada laa dalam 1.8km+-. Nasib repot polis dah buat. Nantilah bila kaki dah ok sikit baru hantar motor claim insuran. Ni gambar cuci hari ni. Tapi bahagian tak ngeri laa. Bahagian ngeri takmo tunjuk lagi... Huhuhu posted from Bloggeroid

Alhamdulilah! Insyaallah boleh balik hari ini!

Imej
Pagi tadi doktor dah datang melawat. Doktor cakap lepas cuci luka, tengahari nanti boleh balik rumah. Tapi setiap hari kena buat dressing kat klinik kesihatan yang berdekatan. Lepas 2 minggu kena datang balik klinik pakar ortopedik hospital putrajaya. Tadi masa doktor buka balutan luka kat jari nih, Abah sempat laa tengok tempat diorang jahit jari tu, ngeri juga laa huhuhu! Doktor cakap tulang jari hancur tapi diorang buat cuba maintain panjang jari tu. Mungkin kuku yang tumbuh akan jadi sedikit tak hensem laa (ayat sedap hati abah. Doktor cakap tak cantik! hehehe). Tapi Alhamdulilah, Abah redha atas semua yang terjadi. Ada laa salah Abah dengan Allah tu. Sebab tu ada orang datang melawat Abah kena ceria, tak nak bagi keluarga risau. Sakit tu kenalah tahan walaupun tengah sakit sangat. Rindu dah kat AMRAFAHAN ni, 3 hari tak jumpa. Mama pun sibuk kena ke sana ke mari melayan kerenah kami sekeluarga. Harap Mama kuat dan bertabah laa yer! Jutaan Terima kasih Abah ucapkan pada semu...

Abah accident lagi!

Imej
Sreeeettttttttttt!!!!! Bunyi tayar kereta wira abah! Berasap asap putih keluar! Bangggg!!! Langgar kereta depan! Hadoihhh! Masak aku! Langgar kereta rcz! Nasib bro tu tak marah marah! Kami sama sama buat reports kat balai nilai. Kena kat km 282 arah utara highway plus, sebelum exit nilai. Lebih kurang jam 6.45 petang. Alhamdulilah Abah tak de apa-apa. Cuma tangan kanan rasa lenguh bila bangun pagi nih. Hari nih takde transport nak ke workshop. Hari isnin nanti lah pergi tengok kereta. posted from Bloggeroid

Bulan ini bulan dugaan buat Abah!

Imej
Hari jadi arwah Abah Hari ini hari jadi arwah Abah Haron yakni bapak kepada Abah. Dapat mesej dari mak tadi mengingatkan supaya sedekahkan Al Fatihah kepada beliau. Tiba-tiba rasa rindu datang membuatkan teringat kenangan bersama arwah Abah. Alhamdullillah hari jadi arwah Abah jatuh pada bulan Ramadhan tahun ini. Semoga arwah Abah tenang dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Doa kami anak-anak Abah dan Mak sentiasa meniti dibibir ini. InsyaAllah. Pada kita yang masih mempunyai kedua ibubapa, hargailah mereka sayangilah mereka... carilah masa dan peluang untuk berjumpa jika duduk berjauhan ataupun berdekatan.. Kita tak tau siapa yang pergi dahulu, samada kita ataupun mereka, sementara kita masih bernafas ini, luahkan perasaan sayang tu pada mereka, mohon ampun dan maaf pada mereka tidak perlu menunggu hari raya. Abah berpesan kerana Abah terkilan kurang melakukan semua tu semasa arwah Abah masih sihat, bila arwah Abah sakit barulah Abah terasa betapa sayangnya Abah pada arwah. B...

Al Fatihah untuk sahabat Abah!

Imej
Pagi tadi Abah dikejutkan dengan berita kehilangan 3 orang sahabat Abah sekaligus. Mereka semua adalah rakan sepejabat Abah di JKKP Negeri Sembilan. Terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku. Tetapi ini semua ketentuan Allah. Masa  kita akan tiba jua, siapa yang tahu bila, di mana dan macam mana?!! Moga pemergian ketiga-tiga sahabat Abah ini, membawa keinsafan dalam diri kita yang masih hidup ini. Salam takziah buat buat keluarga arwah. Marilah kita sedekahkan Al Fatihah untuk ketiga-tiga sahabat Abah ni Muhammad Shah Rizal Bin Ngah, Muhammad Nazri Bin Baharudin dan Muhammad Azrul bin Abd Rahman. Semoga arwah semua ditempatkan dikalangan orang yang beriman. InsyaAllah Mereka dikhabarkan kemalangan kereta di Jalan Pantai, Seremban, Negeri Sembilan lebih kurang jam 10.50 pm 16 Julai 2012, diberitahu rakan pejabat Abah yang lain semasa mereka hendak pergi minum. Berita terkini yang Abah terima, mereka akan dikebumikan 1.    Muhammad Azrul bin Abd Rahman (J29) Jenaz...

Mohon doa sahabat sekalian! Sahabat saya kemalangan...

Imej
Assalammualaikum, Lama sudah tidak buat entry, sibuk sikit, hari ini aku sekeluarga balik ke Putrajaya dari Penang, lebih kurang jam 11:30 malam (14 Dis 2010) tadi sampai rumah, selepas angkat anak dan barang-barang masuk rumah, aku pun buka laa FB, tengok apa cerita menarik... belek punya belek... sekali aku ternampak status sahabat aku beri ucapan takziah pada sahabat aku seorang lagi... rupa-rupanya, kawan aku ni, kemalangan... kebakaran ditempat kerja dia.. Allah!! risaunya aku... terus buka berita harian online cari berita pasal kawan aku nih... Kasihan beliau... moga dia tidak cedera teruk... Sahabat aku ni nama dia Zamri Wagiman, sahabat semasa belajar dia ITM Shah Alam dulu, kami panggil dia Jawa walaupun dia bukan jawa... err.. sebab nama ayah dia nama jawa... tu yang lekat sampai sekarang... Beliau mempunyai isteri dan 2 orang anak setakat yang aku tau laa... Seorang yang happy go lucky dan kelakar... Mohon sahabat-sahabat kat sini, doakan kesihatan  dan cepat sembu...