Solat kangkang!
Update blog sebelum pergi solat Jumaat. Bila Abah solat, biasanya ehh... selalunya si Kakak, Angah, Adik dan Abang akan turut serta sekali. Ermm.. bukan solat sekali, tapi sama-sama masuk bilik pastu main dalam bilik semasa Abah solat. Bukan selalu laa.. tapi boleh dikatakan setiap kali Abah nak solat kat rumah, mesti diorang akan turut serta sama. Disebabkan banyak kali diorang ikut Abah, jadi akan banyak cerita laa jadi. Ada yang Abah ingat ada yang tak. Kadang-kadang macam tak kusyuk pula solat tu! huhuhu... sebenarnya susah tau nak kusyuk dalam solat.. Kita rasa macam dah kusyuk tapi Allah lebih tau kan?!! Err.. sambung balik. Nak kusyuk dalam solat kena tanya orang yang lebih arif. Abah tak arif kang salah lak info.. tak pasal-pasal berdosa... Ehh!.. sambung balik, ada sekali tu, masa Abah tengah solat ni, tengah baca surah laa. si Auni Auni Auni aka Kakak Angah Adik ini main laa berlari-lari dari satu bilik ke bilik pastu pusing-pusing keliling Abah. Entah macam mana salah seor...