Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 22, 2011

Kau tampar aku, aku tampar kau, dia tampar...

Pagi tadi sebelum Auni Auni Auni tidur.. sempat laa aku bergurau dengan diorang...Biasalah abah main dengan anak-anak.. semua gurau-gurau manja... garang garang manja... Lepas tu Auni Auni Auni ni  pakat pakat laa nak duduk sebelah aku, masa tu aku tengah bersila... yang  2 orang tu duduk kat kat sila aku yang sorang lagi duduk sebelah aku.. lepas tu yang duduk atas sila aku nih err.. aku tak ingat sapa dah... kekeke... pun bergaduh main  tampar-tampar.. yang sorang ni tampar orang ni.. orang nih balas.. tiba-tiba yang tak join tu pergi tampar muka aku... hadoii... ada ke patut? sian abah nih... huhuhu.. nasib laa tak sakit sangat.. tapi pedih laa.. tu belum kira tampar-tampar perut aku yang tuff nih.. kekeke... habis kemerah merahan perut aii!! kekeke Oklah... misi nak mengvakum rumah masih tak terlaksana lagi nih... kemalasan melanda.. kui kui kui.. harap-harap lepas ni berjaya laa errkk....

Auni Auni Auni dah tidur!!

Barulah boleh mengadap pc nih.. tadi dah buat susu bagi Auni Auni Auni.. sekarang diorang dah tidur kat atas.. Abang ikut mama bersukan.. Abah dok rumah main tenet.. sambil pikir... eee... bersepahnya rumah.. nanti anak anak aku kutip masuk mulut benda benda nih.. tapi... malasnya nak kemas nak vakum... aarghhh!!! malasnya... Kalau diorang dah bangun nanti... APA PUN TAK BOLEY buat.. hehehehe.. oklah.. nanti mencari kekuatan mengatasi kemalasan nih... err.. ada idea tak? Yang benar, Saya yang malas.. abah amrafahan... huhuhu...

Layan JAMBU Maharaja Lawak pula!!

Imej
Terbaiklah JAMBU minggu ke 9 nih!!! Aku suka diorang sejak dari minggu pertama  lagi!!! APA PUN TAK BOLEY!!!

Melayan Sepah di malam minggu!!!

Imej
Memang lawak laa diorang nih!! hehehe.. Lepas ni nak tunggu Jambu pula... Sepah maintain lawak di minggu  ke 9  nih!!! Korang nak makan free tak? Jom undi Ben Ashaari kat sini !! Nanti kalau menang dia nak open table besar besaran nih!!!

Superdad kerrr??!!!!

Petang jap lagi balik kerja nak pergi ambil AMRAFAHAN... macam biasalah.. pergi ambil sorang-sorang.. lepas tu nanti masing-masing semua tak nak dukung.. nak jalan sendiri.. kalau semua arah yang sama tak per juga.. senang nak kontrol.. ni masing-masing ada arah haluan masing-masing.. Abah kena jadi resakse gorgon baru boleh mengawal keadaan... huhuhu... sorang nak turun ikut tangga, sorang nak turun ikut ram.. sorang nak jalan ke arah lain.. bila kejar sorang nih.. sorang nih lari ke lain pula... huhuhu.. lepas tu bila dah dapat tangkap semua.. er... bukan tangkap.. tapi kawal kot.. jalan dengan kita tak nak pegang tangan pula.. semua nak sendiri.. nak tak nak kena dukung tiga tiga sekali.. itu kalau abang diaorang tak join.. biasanya dia join laa.. kena angkat empat empat sekali.. huhuhu... betapa gagahnya abah AMRAFAHAN nih.. nasib laa ada perut tempat menahan diorang dari melorot.. kekeke... sila jangan bayangkan betapa tuff nya perut abah diorang nih yer... kekeke... ahaa.. jangan...

Sampai juga aku kat sini!

Imej
Alhamdullillah sampai juga aku kat Masjid Wilayah Kuala Lumpur ni... Bertahun juga simpan azam nak sampai sini. Hari ni sampai juga. Lepas ni jika diizinkan Allah sampai ke Masjidil Haram pula.. Jeles dengan kawan kawan yang dah sampai sana... Moga ada rezeki aku dan keluargaku sampai ke sana InsyaAllah. Moga kawan kawan yang belum sampai ke sana ada simpan niat untuk pergi ke sana. Sama sama lah kita berdoa kepada Allah dilapangkan masa dimurahkan rezeki untuk sampai ke sana suatu hari nanti InsyaAllah Amin.. Hari ni dapatlah aku bersolat Jumaat di Masjid ni. Khutbah pasal belia. Aku dengar khutbah tau! Heee.. Sebelum solat tadi aku dan kawan aku makan nasi kukuh ayam berempah kat bawah pokok.. Memang santai laa.. Lagipun cuaca tak panas sangat jadi takdelah berpeluh sangat berbumbungkan langit.. Oklah nak drive balik putrajaya nih.. Daa.. Makan bawah pokok beramai ramai Published with Blogger-droid v1.6.9

Bila semua nak duduk depan!!

Imej
Hai lah anak-anak... macam macam peel yer.. macam nilah gayanya bila semua nak duduk depan!!! Cuma si AF jer tak sibuk sibuk nak duduk depan.. dia lebih selesa kat belakang.. hehehe dia memang cool!!! Bila dapat duduk depan si AN dapat laa main radio, gear, air con sama lah macam 3F nih... kalau si AH nak duduk dengan abah nak pegang stereng... si AMR dapat main game dia puas hati dah!! AF selesa di belakang sorang-sorang!!

Kenapa ekk!!??

Imej
Persoalan ni timbul bila aku masuk toilet tadi.. kekeke... bukan lucah aa.. tapi cuma nak tau pendapat korang jer... harap-harap sudi laa share pendapat korang kat sini... Masa aku dalam toilet tadi tetiba masuk laa seorang cleaner lelaki.. nampak gaya macam dia nak topup sabun basuh tangan kat toilet tu.. lepas tu boleh pula aku terfikir kenapa cleaner perempuan boleh masuk selamba jer kat toilet lelaki, tapi cleaner lelaki tak boleh masuk selambar jer toilet perempuan? hehehe.. itu jer.. saja jer tanya pendapat korang.. kot kot ada yang logik dan kelakar kan.. hehehe.. Ok tukar topik... nak wish GOOD LUCK pada wife aku and the team, moga berjaya laa menang tournament jabatan antara state ni.. dah 2 bulan praktis.. harap-harap boleh pulang bawa hadiah best best laa yer mama!! Disebabkan wife aku menjadi pengurus dan pemain untuk team netball, aku harap menang jadi juara laa... untuk futsal dan bola tampar dapat nombor satu pun jadilah... hehehe... oklah GOOD LUCK TEAM JAS HQ!! ...

Kami dulu-dulu!

Imej
Kami dulu-dulu masa umur 9 bulan. Comel tak? Hehehe... Mestilah comel sebab abah dia comel gak! Kekeke sila jangan muntah! Nanti lappy or pc korang kotor! Kekeke Published with Blogger-droid v1.6.9

Selamat Datang Kembar 3 Zura dan Mus!! Baru lahir minggu lepas tau!!

Imej
Semalam aku dan wife pergi melawat kembar 3 yang baru lagi Ahad lepas.. Tahniah pada ibu bapa kembar 3 iaitu Wan Azura dan Mustaffa! Macam mana kami boleh kenal pula kan? Haa.. macam ni laa lebih kurang kisahnya.. Lepas kisah AMRAFAHAN keluar di Harian Metro hari tu, Zura masa tu tengah mengandungkan kembar 3, jadi disebabkan dalam berita tu ada diberitahu tempat kerja wife aku,   Zura cari juga nombor telifon untuk bercakap dengan wife aku.. yelah nak minta tips rasanya.. sebab diorang nih kira first baby selepas menunggu selama empat tahun kalau tak silap.. Bila dah dapat berhubung dengan wife aku, Zura dah jadi geng laa dengan wife aku ni walaupun tak pernah berjumpa... Selepas wife aku diberitahu yang Zura dah selamat melahirkan baby kembar 3 nya.. wife aku ajak aku pergi melawat diorang di Hospital Putrajaya... Kami disambut mesra oleh Zura dan Mus bila kami sambil di katil diorang.. Tapi baby kembar diorang masih di NICU masih dalam pemerhatian doktor.. Dalam bilik tu a...

Terima kasih korang semua!!

Imej
Alhamdullillah blog AMRAFAHAN dah capai 100 ribu lebih page view.. Follower pun dah 800 lebih.. Kalau tak kerana korang semua yang datang belek belek kat blog ni, mungkin susah nak capai angka nih.. maklumlah aku baru jer berblog ni sejak 31 Oktober 2010 lepas.. baru sangat.. kalau baby baru pandai meniarap kot.. Cerita pun biasa-biasa jer.. harap korang tak jemu laa melawat blog AMRAFAHAN ni lagi yer!! Terima kasih yang tak terhingga pada korang semua!!! Maafkan aku jika aku tak berkesempatan melawat korang.. InsyaAllah aku akan sampai juga nanti!! Sayang korang semua! Terima kasih support blog AMRAFAHAN ni... TERIMA KASIH!! TERIMA KASIH!! TERIMA KASIH!!  kali 8 billion!

Cubaan menyelamatkan satu nyawa!

Imej
Tadi masa aku sampai opis, aku terserempak dengan satu makhluk Allah ni.. Terkulai layu tanpa diambil peduli oleh orang yang lalu lalang ditepinya.. Kasihan dia.. dibiarkan mati kekeringan... Lalu aku dengan hati yang bertaman ni, cuba menyelematkan nyawa itu.. Tak sampai hati aku nak biarkan dia mati macam tu.. Aku cuba selamatkan dia dengan memberi harapan baru.. supaya dia dapat bernyawa kembali dan bernafas di bumi Allah nih..

10 sen nyer!!

Imej
10 sen nyer!! 10 sen nyer!!! Tipon nih tak boleh nak hidup pula!! apa kena tah!! bateri kot dah kondem!! Tak mau hidup nih... dah laa kena baling-baling jer dengan Auni Auni Auni... sian tipon aku nih... Nak transfer gambar pun tak boleh!! banyak aksi menarik AMRAFAHAN dalam tipon tu!! Ermm... kena cari card reader nih.. arghhh!!! 10 sen nyer!!! Oklah nak ambil AMRAFAHAN dari taska nih.. daa. .. Gambar takde kaitan! hehehe

Mari mengamuk bertiga-tiga!

Imej
Sambung balik cerita pergi klinik semalam ... Mula-mula AH kena cucuk kat peha, aku yang pegang dia... sebelum tu dia dah mengamuk-ngamuk dah sebab berak... dia tak selesa aaa tu.. tapi kena cucuk dulu baru boleh cuci.. Masa pegang dia tu.. dia punya meronta-ronta tu sampai 3 orang kena pegan dia.. aku peluk dia pegang tangan dia, nurse pegang kaki tempat nak cucuk tu.. sorang lagi nurse cucuk kat peha AH.. waa.. lepas tu... meraung tak hingat donia!!! Lepas kena cucuk tu tak berenti menangis... meronta-ronta tak boleh nak pegang.. orang-orang kat situ tengok jer.. hehehe.. habis aku nak buat apa.. diorang tengok bukan aku boleh minta duit tiket pun.. huhuhu..  jadi nak pujuk aku dukung laa dia.. berenti laa kejap menangis.. bila nak letak dalam stroller menangis balik.. huhuhu

Menunggu giliran laa..

Sekarang kami kat klinik kesihatan putrajaya tengah tunggu turn nak masuk bilik... Nasib laa orang tak ramai sangat petang petang ni.. Rasanya tak tunggu lama sangat kot.. Hari ni sepatutnya checkup AMR, tapi bawa sekali AFAHAN sebab diorang terlepas checkup yang lepas.. Hari ni bawa terus untuk checkup umur setahun setengah.. Hari ni nak kena cucuk.. Harap harap tak demam laa... Oklah nanti cerita lagi.. Diorang nak kena cucuk dah ni.. Published with Blogger-droid v1.6.9

Punya laa payah nak mandi!!

Video ni aku ambil semalam masa nak suruh Auni Auni Auni naik atas rumah nak pergi mandi... mencabar sungguh bila nak suruh diorang nih naik atas... Jenuh nak suruh diorang naik tangga tu.. siap main-main kat tangga.. dah naik tangga lepas tu turun balik... sabar jerlah... Layan jer lah yeeer...

Kasihan anak abah!

Imej
Semalam kita orang (bahasa johor nih) pergi kenduri. Jadi aku susun laa anak anak dalam kereta... mama dan Auni Auni duduk belakang.. si abang dan Auni duduk depan.. (err.. Auni mana abah tak ingat! sebab tu guna nama depan jer!) kekekeke... Bila dah separuh jalan tu, Auni yang duduk depan ni terlelap.. bersandar kat abang dia... sian diaa.. si abang pun redha jer... Lepas tu minta mama baringkan kerusi tu.. bagi dia selesa sikit.. nyenyak tidurnya.. abang pun dah layu gak tu.. tak tahan jer mata dia... hehehe

Kembar 3 jumpa kembar 2! Memang best!!

Imej
Hari tu.. haa.. semua cerita hari tu jer aku nih.. maklumlah.. tanggungjawab sebagai abah kepada 4 orang anak ni membataskan aku meng update entri cepat-cepat!! lebih lebih lagi bila nak transfer gambar dari henpon ke pc.. lupa laa.. kabel takde laa.. aqil nak main game kat pc laa... macam macam aral bila aku nak transfer gambar nih..  err.. ok tak alasan aku? bukan malas tau! kekeke Sambung balik.. hari tu.. aku pergi melawat baby member aku Ida namanya.. nama babynya Aizat.. kecil jer orangnya! hehehe dah nama baby.. pantang pun tak habis lagi.. memang laa  kecil!! apa laa aku nih!! Kebetulan jumpa kembar 2 Damia dan Dania sepupu kepada Aizat nih.. eer.. betul ke Ida? aku tak ingat laa.. hehehe... Relax jer kembar 2 nih dalam katil goyang goyang diorang tu.. er.. aku tak tau nama sebenar katil nih.. tapi tengok jelah gambarnya.. kalau korang tau nama menatang tu.. beritau aku ekk!! Masa nih Amrafahan semua flat.. cuma AF jer dah bangun lepas tu dia paling cergas check ...