Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Happy 7th Anniversary Mama!!

Imej
Alhamdullillah hari ini genap 7 tahun perkahwinan antara Abah dan Mama. Dalam tempoh tersebut kami dikurniakan 5 orang cahaya mata yang comel dan handsome syukur Alhamdullillah. Abah bukalah seorang yang pandai bermain dengan kata-kata manis nak buat ucapan pada Mama, cuma Abah nak Mama tau, Abah sayangkan Mama dan AMRAFAHAN sangat-sangat, semoga Allah SWT memberkati ikatan kita dan mengekalkan hingga ke akhir hayat dan juga keluarga kita dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat tak kisahlah dalam apa jua bentuk pun. Sama-samalah kita membentuk anak-anak kita menjadi insan yang berguna kepada Allah SWT. Kalau nak cerita pahit masin manis tu.. rasanya terlalu biasa kerana bukan kita sahaja yang menghadapinya, mungkin ada lagi orang lain yang lebih dasyat dari dugaan yang kita hadapi. Moga Mama akan menjadi Ketua Bidadari kepada Abah di syurga nanti! Amin!! Permata hati Abah dan Mama yang terbaru! hehehe... AMR Junior

Kakak terjatuh!

Imej
Semalam petang, lepas ambil AMRAFAHAN balik dari sekolah, Abah bawa diorang ke Taman Permainan kat Taman Canselari, Presint Diplomatik. Hehehe taman bersejarah tempat pertama kali geng kembar bertemu dan Auni Auni Auni masuk berita Harian Metro bersama kawan-kawan kembar yang lain. Dulu datang sini kecil jer, nak berjalan pun terkedik-kedik.. Sekarang dah boleh berlari memanjat semua! Tapi tulah bila dah boleh berlari nih, si Kakak pula tergolek tergelincir sebab terpijak tanah lumpur yang ada kat taman tu... Masa tu baru jer sampai taman. Abah tak sempat nak berangan si kakak dah datang mengadu menangis-nangis... nak ajak Abah balik sebab dia jatuh lepas tu baju seluar kaki tangan habis terpalit lumpur! Abah kata kat dia.. takpe sikit jer.. main lagi.. hehehe dia taknak... ajak juga balik nak bersihkan badan dan salin baju dia. Lepas tu Abah pancing laa dia, tunjuk tempat dia jatuh.. masa nih dah ok sikit. Lepas tu mama pun sampai, pujuk kakak lagi.. bila dah pujuk dia dah ok sikit

Wordless Wednesday: Pergi Kenduri Kawin Abah Ehh Errr.. Kawan Abah!

Imej
Bergambar selepas balik kenduri! Bergambar dengan kedua mempelai Kawan Abah si Pengantin Lelaki En Farid

Nak kek princess!

Imej
Alhamdullillah! tercapai cita-cita Mama nak sediakan kek princess kepada puteri-puteri Mama! Semalam lepas solat Isyak, Mama sediakan jamuan untuk kami sekeluarga meraikan secara kecil-kecilan. Kek princess yang ditempah Mama amatlah mengujakan Auni Auni Auni! hehehe! Mana taknya masing-masing sibuk nak colek kek tuh! Bila dah dapat colek, masing-masing berebut nak makan patung princess tu dulu! Lagi-lagi si Kak Ngah (gelaran dah bertukar sejak dapat AMR junior hehehe). Mama! Angah (masih bahasakan diri sebagai Angah) nak makan princess nih! Maka, dicabutnya badan princess tu dan terus menjilat! Kekeke Bila sorang dah buat, yang lain pun ikut jerlah! Hadoih!! Anak-anak! tak kisahlah janji gembira! Si Kak Cik (dulu dikenali sebagai Adik hehehe) makan habis comot baju dia! Mana taknya! Masing-masing sibuk nak makan kek punya krim err icing ke apa tah... ratah yang tu jer! Pastu hiasan tepi kek tu pun kena ratah gak! Keknya makan sikit jer pun! Tu pun sebab kena paksa dengan Abah! heheh

Kakak Merajuk!

Imej
Abah sempat ambil gambar kakak merajuk sebab Abah tak bagi dia ambil bekas makanan dia. Masa nih nak hantar diorang ke sekolah. Abah dah lambat!! Bila nak sampai sekolah, Abah pujuk kakak, tapi masih merajuk, tapi bila Abah sua duit syiling suruh dia beli donut barulah dia tersenyum, ceria sikit! hehehe

Happy 4th Birthday Auni Auni Auni!!!

Imej
Selamat Hari Lahir Sayang sayang sayang Abah dan Mama!  Moga menjadi anak-anak yang solehah! Moga dimurahkan rezeki dan diberkati Allah SWT Abah dan Mama sentiasa mendoakan kebaikan untuk semua anak-anak Abah dan Mama Abah sayang anak anak anak anak anak semuanya!!! Gambar AF AH AN bersama-sama sepupunya dan auntienya! Punya laa susah nak cari gambar depa bertiga! Jumpa yang ini paling baru! Gambar masa kat rumah kenduri di Felda Layang-layang Johor hari tu! Gambar dalam kereta on the way balik Johor

Macam Suka Jer! Macam suka jer! Macam suka jer! Terima kasih Sinar Harian!!

Imej
Alhamdullillah syukur pada Allah, cerita Kelab Kembar Malaysia telah keluar di akhbar Sinar Harian bertarikh 11 Nov 2013. Diharapkan ada pihak dapat membuka mata dan memberi sokongan kepada Kelab Kembar ini dalam membantu keluarga-keluarga kembar yang memerlukan pertolongan. Ini kerana tidak semua keluarga kembar hidup senang. Kebanyakkannya dari golongan sederhana. Cabaran membesarkan anak kembar memang berbeza dari biasa. Perbelanjaan pun ganda dua atau tiga atau empat! Tapi itu semua tak menghalang kami ibubapa kembar membesarkan anak-anak kembar secukup yang boleh sama seperti ibu bapa yang lain. Apa yang penting keseronokkan dalam membesarkan anak-anak kembar yang berbagai kerenah nih! Hihihi Ok jom baca cerita di akhbar Sinar Harian Klik Sini Untuk Berita Sinar Harian Online Di samping itu marilah kita bersama-sama sedekah Al Fatihah untuk kembar siam Nur Shazwanie dan Nur Shazrinie yang meninggal dunia semalam akibat komplikasi jantung. Al Fatihah.. Klik sini unt

Wordless Wednesday: Selamat Hari Raya AidilAdha! ehhh! ye ke nih?!!

Imej
****************** Maaf gambar tiada kaitan dengan tajuk! Huhuhu gambar raya hari tu terlupa nak ambil!!! Apa lah Abah nih! Haishhh!!! Tajuk sebenar apa ekk! kekeke

Wordless Wednesday: Auni Auni Auni yang mana satu nih?!

Imej
Caption:  Err.... dari kiri tu Auni errr Adik kot... ehh angah nih... ehhh errr adik kot... yang tengah tu errr Auni errr kakak kot err adik kot... yang kanan tu Auni err angah kot ehh adik kot! errrr hehehehe kompius Abah!!

Perkara yang paling menggembirakan AMRAFAHAN bila balik kampung!!

Imej
Hanya gambar yang mampu berbicara! :) Main pasir beramai-ramai Dialog abah dengan diorang: AMRAFAHAN: Abah marah tak kalau main pasir? Abah: Tak!! Mainlah! Abah tak marah! AMRAFAHAN: Yeyy!! Abah tak marah!! Abah: (dalam hati) Mainlah nak.. bila lagi nak main sementara belum mandi nih.. dah mandi nanti tak boleh main! Merempit dengan motor kapcai tok wan! Makan durian beramai-ramai di belakang rumah! Abah! Cover sikit perut tuh! huhuhu (gambar ini sengaja dibiarkan kecik! kekeke)

Selamat Hari Raya Semua! Tahun ni kami beraya dengan orang baru!!

Imej
Selamat Hari Raya Aidilfitri  Maaf Zahir dan Batin kepada semua sahabat handai, saudara mara, adik beradik, ipar duai, mak, abah, pembaca blog dan semua-semua sekali lahh tak kira kat mana korang berada atas semua salah dan silap kami pada korang semua dari kami bertujuh!! Terpaksa guna balik gambar tahun lepas. Tahun nih punya gambar belum ada lagi. dan orang baru dalam keluarga kami AMR junior - Amni Musfirah Rifqah Tahun nih, Abah dan si Abang beraya dahulu di rumah nenek kat Kota Tinggi, lepas tu raya dua ke raya ketiga balik Perak, Penang dan Kedah. Mama bersama-sama Auni Auni Auni dan Amni berpantang dan beraya di rumah Opah di Kubang Semang Bukit Mertajam.  Sebenarnya nih dah rindu sangat kat diorang-diorang nih! Bila bercakap dalam telefon selalu si Kakak, Angah dan Adik tanya bila Abah dan Abang nak balik rumah Opah! huhuhu Sabar yer anak-anak! InsyaAllah nanti Abah sampai dengan Abang! Boleh kita beraya bersama-sama!! Nota Kaki Abah: Nampak

Kejutan!!!!!!

Alhamdulillah Mama dah selamat melahirkan baby girl pukul 6.52 petang tadi secara normal. Berat baby 2.85 kg. Tak sangka sebelum keluar ukur berat baby 2.5 kg jer tapi bila dah keluar bertambah berat dia! Baby nih memang beri kejutan pada kami! Seronok nya!!!!!! Nanti Abah cerita detail yer!! Gambar Abah letak kat Instagam!!! KEJUTAN !!! (surprise ikut cerita banana in pyjamas)

Debaran memuncak!

Tengah sembang sembang dengan Mama waktu melawat tadi, segerombolan Doktor datang melawat. Alaa doktor pakar bersama pelatih pelatihnya laaa. Tengok doktor yang datang macam terkejut pun ada excited pun ada sebab doktor yang sama operate Mama masa mengandung kembar 3 hampir empat tahun yang lepas. Mama minta kat doktor nak buat cesarean tapi kena membebel dengan doktor. Hehehe kelakar pun ada masa tu tapi dia lebih pakar kita ikut jerlah cakap dia. Macam macam laa dia membebel. Lepas membebel tu dia buat check nak tengok bukaan dah berapa. Lepas doktor cek Mama cakap doktor nak pecahkan ketuban. Tiba - tiba sampai laa nurse bawa kerusi roda. Kami macam terpinga? ! Uik cepat sangat. Tanya dengan nurse nak pergi mana? Dia kata nak pergi labour room. Uihhh... masa tu jantung terus laju nebes terus cakap jawa nya! Abah pula berpeluh tangan dan kaki. Lepas nurse beri arahan Abah, terus ke Labour room! Alamak!!! nurse dah panggil nak teman Mama nih! Nanti sambung lagi yer! Nebessss nyerr

Dugaan!

Dari malam tadi Abah masih kat hospital. Pukul 9 malam masih takde call dari Mama, pukul 10 malam pun sama. Abah tunggu sampai terlelap lelap. Pukul 12 lebih tersedar, cepat-cepat tengok hand phone takut takut terlepas panggilan dari Mama. Cek mesej cek miss call. Masih tak de. Tapi Abah tak nak ganggu Mama,  mungkin dia tengah tidur. Dalam hati, takpelah mungkin belum masanya. Terlelap lagi! Setiap jam tersedar dan buat perkara yang sama. Masih takde panggilan dari Mama. Uihh!! Lambat laaa pula! Takkan belum lagi? Dah lebih 12 jam nih. Mak Abah cakap biasanya kalau dah sakit setiap 5 minit tu, tanda nya dah dekat. Memang Abah ajak sebelum pukul 12 malam tadi Mama akan melahirkan bayi kami. Tiba-tiba teringat, nurse ada beritahu Mama kadang kadang ada orang yang sampai 3 kali kena indius dekat 3 hari menunggu. Harap harap Mama tak macam tu. Kesian dia nak menanggung sakit. Pukul 5.15 pagi tadi Abah tersedar lagi! Ehh nak sahur. Mama masih belum call. Takpelah cari makanan dulu. Nasib

Masih menanti! Masih menunggu!

Abah masih kat hospital ni. Tadi sebelum berbuka balik kejap berbuka kat surau area rumah pastu mandi dan solat Isyak terus datang balik hospital ni. Tadi sempat hantar kat Mama air zamzam dan kurma ajwa. Harap dia dapat makan untuk tenaga masa nak beranak nanti. Tapi tak tau pukul berapa sebab Mama cakap tadi dah turun darah tapi baru buka 3cm. Harap harap Allah permudahkan segala urusan kami ni. Insya Allah. Risau juga bila kena menunggu nih. Abah pesan kat Mama kalau nak ke dewan bersalin kalau larat ke sempat telefon lah Abah dulu. Kalau sempat dan berpeluang nanti, Abah nak teman Mama masa dia nak bersalin nanti. Macam masa si Abang dulu, Abah dapat masuk temankan Mama. Risau! Harap semuanya berjalan dengan lancar dan selamat! Amin!

Nama blog bakal berubah? Sebab kehadiran orang baru? !

Abah sekarang ni kat hospital Putrajaya. Tengah teman Mama. Mama masuk wad malam tadi sebab baby kecil. Berat bayi menurun dari minggu lepas. Dari 2.8 kg turun ke 2.5 kg. Ingatkan sebab Mama demam minggu lepas jadi berat badan turun. Doktor dah bagi ubat indius kat Mama pagi tadi. Sekarang ni Mama dah sakit setiap 5 minit. Sekarang ini pun doktor tengah monitor jantung baby. Tengah tunggu masa jer kot! Sebenarnya Abah pun berdebar debar gak ni. Bilalah agaknya baby nak keluar. Standby jer kat hospital ni. Harap harap Mama dapat bersalin normal tak payah kena cesarean. Lepas tu jantina baby pun tak dapat nak tengok. Macam kejutan gitu Hehehe. Tapi ikut rasa hati Mama mungkin baby lelaki. Ermm.. tunggu jerlah bila dia dah keluar nanti. Tak kisah lelaki ke perempuan yang penting selamat dan sihat. Disebabkan jantina baby tak berapa nak kompom, jadi nama baby tak kompom lagi. Jadi nama blog kekal lagi. Doakan Mama dan baby selamat dan sihat yer! Insya Allah. Nota kaki Abah : Kalau ba

Website popular Malaysia di hack!

Imej
Wow! baru tau! Kebanyakkan website base dot com dot my di hack oleh hacker dari bangladesh! Tiger Mate! Diorang beri amaran macam ni #Bangladeshi HackeR Hello malaysia,you think you are more advanced than us? Respect our workers,we will respect you! Running it since 2007 :)  Antara website yang di hack ialah http://www.microsoft.com.my/ http://www.bing.com.my/ http://www.skype.com.my/ http://www.kaspersky.com.my/ http://www.msn.com.my/ Rasanya hackers nih nak minta kita respect pekerja bangladesh yang terlalu ramai kat Malaysia nih kan?!

Dapat anak saudara lagi! Baby Ajaib tuh!!

Imej
Wah!! Lama sungguh tak update! Huhuhu... ampun pak! Adik Abah yang tinggal kat Johor Bahru tu baru dikurniakan rezeki seorang anak lelaki, sebelum tu dah dua orang anak perempuan. Bapaknya happy laa sebab dah ada geng! hehehe. Yang ajaibnya tentang baby nih... eerrr.. tak delah ajaib sangat, hehehe saja tajuk buat gempak! Alhamdullillah adik Abah selamat melahirkan bayi lelaki ni pada pukul 3 lebih pagi tadi di HSI. Baby nih lahir dengan berat 4 KILOgram!! secara NORMAL! pula tuh! hebatnya kuat Allah! kuatnya adik Abah nih! Sekarang ini, kedua-duanya masih di hospital. Ibunya di wad bersalin, anaknya di NICU. Masa jumpa dia bulan lepas takde nampak besar mana perut dia tuh. Yelahkan, rezeki tu dari Allah. Dia boleh beri kita dalam macam-macam bentuk yang kadang-kadang kita terlupa tu sebenarnya rezeki kita walaupun bukan datang dalam bentuk wang ringgit! :) Moga kedua-dua ibu dan bayi ini sihat dan selamat serta dilindungi dan diberkati Allah SWT. Amin.. Tengok nih gambar yang di

Abang dah 5 tahun!!

Imej
Semalam selepas Abah ambil AMRAFAHAN dari sekolah, Mama dan Abah dah rancang nak buat KEJUTAN!! hehehe... bahasa banana in pyjamas ala cakap omputihnya SURPRISE!! Bila turun dari kereta jer masuk rumah, alaa... Mama pula duduk kat atas.. tak laa kejutan dari Mama, lepas tu Mama ada sorok kek bawah tudung saji, konon-konon nak kejutan kan Abang.. sekali Abang dah buka tudung saji dulu tengok kek tu.. huhuhu... tak kejutan langsung! Lepas tu berlakulah acara nyanyi lagu happy birthday kat Abang dengan acara potong kek beramai-ramai. Abah jadi tukang ambil gambar dan video jer hehehe.. Kami sambut anak beranak jer, takde ajak orang lain, lagipun dengan keadaan Mama yang selalu tak sihat nih, permintaan Abang nak sambut birthday dia kat tadika dia bersama kawan-kawan dia tak dapat laa nak ditunaikan. InsyaAllah jika ada rezeki lain boleh buat. Hehehe... siap tanya Mama kenapa adik dulu boleh? Ada rezeki insyaAllah tahun depan yer Abang. Apa pun kami sekeluarga gembira atas kurnian Il

Awak silap laa!

Terdengar sembang suami isteri yang baru dapat kembar lelaki kat sebelah katil Mama nih, si isteri tengah menyusukan salah seorang si kembarnya, Suami: Ni siapa nih yer? Isteri: Ni si adik! Suami: Ehh! Ni abang laa.. awak silap laa.. Isteri: Ye laa.. macam mana awak cam ekk?! Abah dengan Mama yang dengar di sebalik tabir tu, pandang sama sendiri lepas tu tersenyum. Teringat masa kami dengan Auni Auni Auni masa baby dulu! Oh yer! Mama masuk wad hari ni hari ketiga. Dah boleh balik dah . Sekarang ni Abah nak bayar bil dulu baru boleh balik.

Happy Birthday Mama AMRAFAHAN!

Happy birthday Mama! Moga dimurahkan rezeki diberkati Allah, sihat sentiasa, dipanjangkan umur dan dapat beribadah kepada Nya dengan selesa, moga baby yang bakal lahir nanti akan lebih mengeratkan hubungan kita sekeluarga. Salam sayang dari Abah dan AMRAFAHAN. Bak kata AMRAFAHAN dalam kereta semalam, Mama jangan garang-garang sangat tau! :)) Maafkan Abah.. Insya Allah ada rezeki nanti kita sambut lebih meriah yer! :(

Happy Birthday Mama AMRAFAHAN!

Happy birthday Mama! Moga dimurahkan rezeki diberkati Allah, sihat sentiasa, dipanjangkan umur dan dapat beribadah kepada Nya dengan selesa, moga baby yang bakal lahir nanti akan lebih mengeratkan hubungan kita sekeluarga. Salam sayang dari Abah dan AMRAFAHAN. Bak kata AMRAFAHAN dalam kereta semalam, Mama jangan garang-garang sangat tau! :)) Maafkan Abah.. Insya Allah ada rezeki nanti kita sambut lebih meriah yer! :(

Pengundi hantu laa sangat berjaya ditangkap!!!

Imej
Dipercayai seorang pengundi hantu laaa sangat berjaya di tangkap gambarnya di pejabat Abah tadi! Hehehe... teka ni sapa? Auni ni ikut Abah ke opis sebab Abah ada kerja sikit. Ehh macam mana ayat nih.. Abah kena bawa Auni ni ke pejabat Abah sebab dia kena demam chicken pox?!! camne eja ekk?!! huhuhu lupa! Atau cakap melayunya cacar air ehh!?! hehehe Minggu lepas seorang Angah dah kena... Mama kena cuti seminggu. Minggu nih nampak gaya Abah pula kena cuti atau bawa ke opis. Diorang nih tak boleh dibawa ke taska nanti jangkit pulak dengan budak lain. Ermmm... baru semalam nampak tanda-tanda cacar air nih, pagi nih dah keluar banyak! Harap-harap keluar banyak lagi biar cepat baik! Nota kaki Abah: Rindu nak update blog! madang tak sempat jer! huhuhu.. Jawapannya ialah Auni Faqihah aka Kakak! Sapa betul? hehehe

Cium perut Mama!

Imej
Rutin harian abang Aqilrayyan HanyZaini sekarang ni sebelum kuar rumah, cium perut mama dan cakap dengan baby... Sweet la abang... Tapi pagi tadi, baby dah kena warning " baby, abang nak pegi sekolah ni, baby jangan tendang mama tau !! Tak baik tu, nanti Allah marah.." hehe...abang.. abang.. Muka abang baru bangun tidur! Nota kaki Abah, Abah copy paste dari FB Mama lagi.. ermm.. sejak kebelakangan nih.. idea nak update blog macam kosong jer... huhuhu... nak dapatkan balik mood tuh haihhh... bilalah gamaknya yer?!

Abang malu!

Imej
Cerita nih di copy paste dari FB Mama. Aqil: kat sekolah abang tu, ada friend laki ngan pompuan Mama: ye.. nama saper? Ingat tak? Aqil: ramai sangat.. tak larat la abang nak ingat. Hmmm... tapi ada Alia. Mama: eiii... Sorang je ke larat ingat? Mesti Alia tu cantik kan? Aqil: Haah ... Iyer... Hmmm....cantik cam achu...tapi...dia tak pakai tudung.. Mama: tak pe la... Nanti da besar, dia pakai la tu.. Aqil: hmmm... Abang tanak lah bekawin dengan dia... Mama: laaa... Bekawin? Ambooiii....Awatnya pulak? Aqil: ada lagi friend baru...hmmm...dia cantik... Mama: Alia dah tak cantik pulak ke? Sape nama friend baru yg cantik tu.. Aqil: alaaa... Abang tak tanya lg... Abang malu... Aissshhhh..... Budak malu konon!

Siapa punya nih?!

Imej
Siapa punya barang baik nih?!! Patutlah Abah buka almari tempat simpan kain pelikat ada bau... hehehe err.. nih cerita minggu lepas.. Abah baru nak cerita.. terlupa! huhuhu... Masa tu pagi sebelum pergi sekolah. Si AMRAFAHAN nih bersiap laa nak pergi mandi sebab malam diorang tidur kena pakai pampers. Biasanya Abah atau Mama akan suruh letak terus dalam tong sampah. Cer bayangkan dia punya bau terperap dari pakai sampai ke malam dengan pintu tertutup... Perrgghhh!!! baik punya!!. Abah tak tau siapa punya tapi antara si Kakak, Angah atau Adik. Hehehe... Abah pun tak tau apa motif diorang letak kat situ? Bila ingat balik memang geleng kepala sambil senyum simpul! Teringat-ingat kelakaran diorang nih! hehehe Lakonan semula oleh En. Pampers dan En. Kain Pelikat. En Bau melakonkan diri sendiri dengan tidak menonjolkan diri dalam gambar nih! huhuhu

Heben nya!!!

Imej
Salah satu sebab kenapa si Abang suka ikut Abah berniaga... heheehe heben (sebutannya heaven) bagi seorang kanak-kanak! Biarlah dia main. Asalkan tak merayap ke tempat lain!

Grrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Imej
Abah suruh si Abang senyum, dia buat garang macam nih pula! hahaha. Rambut tu mula-mula Mama buat pacak, lepas tu pakai helmet ikut Abah niaga. Sampai tempat niaga rambut si Abang dah jadi macam Hulk pun ada! kekeke

Abah kalah! Abah kalah!

Jom tengok video Auni Auni Auni meraikan kemenangan diorang sebab berjaya mengalahkan Abah dalam pertandingan siapa sampai rumah dulu dia yang menang! ********** Abah kalah! Abah kalah! Sebab abah sampai rumah lambat dari diorang! #abah #amrafahan #kembar3 #triplets http://www.keek.com/!osFvbab

Tunjuk Bon!!

Imej
Ceritanya terjadi pagi tadi. Si Kakak, Angah dan Adik tengah bersiap nak ke taska. Baru nak pakai baju masing-masing. Lebih detail lagi baru nak pakai spender masing-masing! hehehe. Kebetulan pula Abah tengah buka pintu almari dan menunduk nak ambil baju. Kena pula masa tu menonggeng ke arah diorang yang ada atas tilam tengah sibuk nak pakai spender tu. Bila seorang Auni (hahaha abah tak ingat siapa!!) nampak Abah tengah menonggeng dia pun jerit "Eeee!! nampak bontot Abah!! Tak malu!!" Dah sudah yang lagi 2 orang Auni tu menjerit sama!! "Abah tak malu nampak bontot!!!" Ishh.. diorang nih.. mana ada Abah tunjuk bontot! Abah masa tu bukannya berbogel pun! Pakai kain pelikat lagi! Haisshhh laaa anak-anak!! Lepas tu Abah balas laaa... "Kakak, Angah, Adik tak de bontot sendiri ke?!" Boleh pula masa tu serentak diorang pusing tunjuk bontot diorang kat Abah! Si Kakak siap selak turunkan spender nak tunjuk bontot dia kat Abah! Si Adik memang tak pakai spend

Berita baik untuk penjawat awam tetap dan kontrak!

Assalammualaikum Abah nak kongsi berita baik nih buat kawan-kawan yang kerja gomen baik yang tetap ataupun kontrak. Kerajaan dah umumkan 9 berita baik untuk penjawat awam. Rezeki nak pilihanraya agaknya! hehehe Ye lahh.. sebelum nih kecoh-kecoh penjawat awam naik gaji tahun 2013 nih, naik elaun perumahan sampai RM400 laa.. maunya tak sabar nak tunggu pengumuman rasmi tu! dan hari ini adalah harinya pengumuman rasmi tu keluar! Antara 9 perkara tu... ************************************* 1 - Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52; 2 - 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajia

Cerita terbaru AMRAFAHAN 2013

Imej
Alhamdullillah dah masuk bulan 3 dah. Sejak awal tahun ni, si Kakak, Angah dan Adik dah mula tak pakai diapers lagi bila pergi ke taska. Cikgu-cikgu taska diorang dah ajar buang air kat tandas. Cuma balik rumah bila nak tidur malam jer kena pakai diapers. Pernah laa terlupa nak pakaikan diorang diapers, kalau diorang dah kencing dulu sebelum tidur, pagi esoknya InsyaAllah laa tilam tak basah. Tapi kalau tak kencing dulu, memang selamatlah tilam tu. Cumanya kalau diorang terkencing diorang akan terus sedar agaknya sebab basah dan tak selesa kot pastu sambil nangis-nangis... Yang bestnya kejut Abah jer.. tak kejut Mama pun.. huhuhu Abah pun terkulat-kulat mamai bersihkan diorang pastu sambung tidur terus... Kalau si Abang pula biasanya ok jer tak pakai pampers, tak kencing tilam pun waktu malam, tapi kencing tilam waktu pagi bila orang lain bersiap-siap nak ke sekolah. Tapi dia sambung jer tidur.. huhuhu tu yang Mama jadi resakse gorgon tu! kekeke Minum susu coklat pun dah tak pakai

Siapa punya kerja nih?!

Imej
Abah buka peti ais tetiba jumpa benda ni?! Patutlah Abah cari tak jumpa! Siapa punya kerja nih? Antara 4 orang budak kecil comel a.k.a AMRAFAHAN yang letak kat dalam nih! Takkan Mama pula yang letak kan?! Haishh.... Sabar jerlah!! Korang tau benda apa nih? Alahh.. yang buat cuci bulu-bulu melekat kat baju ke seluar warna gelap tuh! Apa nama tah Abah tak tau.. tapi tau guna dialah! Korang mesti ada kan bende nih! Kalau takde korang boleh guna selotape macam anak buah Abah buatkan kat Abah.. masa tu seluar hitam Abah berbulu habuk.. tak hensem gitew! kekeke Pastu pergi beli selotape putih besar tu.. pastu roll kan kat seluar! dah hilang dah bulu-bulu itu! Senang jer! Image hasil carian Google