Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 15, 2012

Selamat Berpuasa Sahabat!

Imej
Assalammualaikum dan salam sejahtera! Sempena nak sambut Ramadhan pada keesokkan harinya, Abah, Mama dan AMRAFAHAN mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia dan berkah ini, semoga kita dapat berebut semua peluang beribadah di bulan yang mulia ini. Bukan setakat berpuasa jer, sedekah, zakat, baca Al Quran dan lain-lain ibadat yang dapat kita lakukan. Pahalanya berlipat kali ganda jika kita dapat lakukannya, InsyaAllah. Disamping itu, Abah memohon ampun dan maaf, atas apa jua kesalahan Abah pada korang semua samada secara langsung atau tidak, samada sedar atau tidak, dengan kata-kata atau perbuatan.. apa jua lah.. Mohon ampun dan maaf. Moga ibadat puasa ini kita dapat lakukan dengan tenang dan sempurna tanpa memikirkan kesilapan kita pada orang lain. Selamat berpuasa semua!!! Ais krim Mekah! hehehe Selamat Berpuasa Uncle n Auntie semua!!!   Mutiara kata Ulamak JANGAN JADI HAMBA RAMADHAN, JADILAH HAMBA ALLAH!!! SELAMAT BERAMAL!!!

WW: Kakak bersolat!

Imej
Kakak solat pakai kain pelikat Abang!

Surat Kebenaran Memohon Sumbangan untuk RALK

Imej
Assalammualaikum dan salam sejahtera, Di bawah ini Abah sertakan surat kebenaran memohon sumbangan dari pihak Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK). Pengurus RALK telah bersetuju untuk membenarkan Kelab Kembar Malaysia memohon sumbangan kepada mana-mana pihak yang berkenaan. Semoga usaha kecil Kelab kami ini diberkati dan diredhai Allah SWT. InsyaAllah Para sahabat bolehlah merujuk post terdahulu untuk maklumat lanjut. Klik Sini Klik pada gambar untuk lebih jelas. Semoga sumbangan Tuan / Puan dapat meringankan beban pihak RALK. Di samping itu dapat menambah amal jariah Tuan / Puan dan semoga Allah Melimpah ruahkan rezeki buat anda semua. InsyaAllah. Sekian terima kasih

Al Fatihah untuk sahabat Abah!

Imej
Pagi tadi Abah dikejutkan dengan berita kehilangan 3 orang sahabat Abah sekaligus. Mereka semua adalah rakan sepejabat Abah di JKKP Negeri Sembilan. Terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku. Tetapi ini semua ketentuan Allah. Masa  kita akan tiba jua, siapa yang tahu bila, di mana dan macam mana?!! Moga pemergian ketiga-tiga sahabat Abah ini, membawa keinsafan dalam diri kita yang masih hidup ini. Salam takziah buat buat keluarga arwah. Marilah kita sedekahkan Al Fatihah untuk ketiga-tiga sahabat Abah ni Muhammad Shah Rizal Bin Ngah, Muhammad Nazri Bin Baharudin dan Muhammad Azrul bin Abd Rahman. Semoga arwah semua ditempatkan dikalangan orang yang beriman. InsyaAllah Mereka dikhabarkan kemalangan kereta di Jalan Pantai, Seremban, Negeri Sembilan lebih kurang jam 10.50 pm 16 Julai 2012, diberitahu rakan pejabat Abah yang lain semasa mereka hendak pergi minum. Berita terkini yang Abah terima, mereka akan dikebumikan 1.    Muhammad Azrul bin Abd Rahman (J29) Jenaz...

Cerita tipon dan AMRAFAHAN

Imej
Cerita tipon lagi .. Abah dah bawa kat kedai tipon tempat Abah beli tu, try laa tanya-tanya kot boleh repair ke haper ke.. Humang hai... bila diberitahu Abah yang harga repair tu, soribu lobih.. baiklah Abah beli tipon baru... sedih juga laa tak dapat repair.. bukan tak dapat.. tapi tak berbaloi.. lagipun repair.. bukan replace new set.. kalau replace new set best laa juga.. Sabar jerlah hati.. Bila tengok kat kedai tipon, tipon cap lain macam dah tak best jer.. tipon cap ayam yang Abah suka tulah yang berado di hati ini.. Nantilah nak kumpul duit balik, nak beli balik tipon cap ayam tu.. Cukup setahun dapatlah kot beli.. huhuhuhu Cerita AMRAFAHAN pula, hari ini Mama ada kursus 3 hari kat INTAN wilayah tengah, jadi dia kena keluar rumah awal sebab nak naik transport office ke sana. Jadi, Abahlah kena hantar diorang ke taska. Perghh.. hari ini boleh terlambat pula.. macam-macam kerenah diorang yang membuatkan Abah tersenyum sendiri dan kadang-kadang jadi resakse gorgon! hehehe....