Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel accident

Hari ke 5 cuci luka

Imej
Sedar tak sedar dah hari ke lima pergi cuci luka. Abah kena buat sampai 2 minggu. Lepas tu jumpa doktor untuk buka jahit. Sakit kat jari tu ada masa berdenyut denyut. Kaki kiri nih lepas accident nampak macam makin naik bengkak. Semalam dah jumpa doktor ambil ubat susut bengkak. Harap-harap makin kurang laa sakitnya. Tadi baru lepas minta bank hantar salinan geran kereta ke bengkel tempat Abah hantar kereta. Harap-harap boleh siap cepat. Mati kutu nih takde transport. Cuma motor jer belum hantar ke bengkel lagi untuk repair. Tak larat pula nak tolak motor sorang-sorang, kang tak pasal kurus hehehe. Jauh gak laa bengkel motor tu, ada laa dalam 1.8km+-. Nasib repot polis dah buat. Nantilah bila kaki dah ok sikit baru hantar motor claim insuran. Ni gambar cuci hari ni. Tapi bahagian tak ngeri laa. Bahagian ngeri takmo tunjuk lagi... Huhuhu posted from Bloggeroid

Alhamdulilah! Insyaallah boleh balik hari ini!

Imej
Pagi tadi doktor dah datang melawat. Doktor cakap lepas cuci luka, tengahari nanti boleh balik rumah. Tapi setiap hari kena buat dressing kat klinik kesihatan yang berdekatan. Lepas 2 minggu kena datang balik klinik pakar ortopedik hospital putrajaya. Tadi masa doktor buka balutan luka kat jari nih, Abah sempat laa tengok tempat diorang jahit jari tu, ngeri juga laa huhuhu! Doktor cakap tulang jari hancur tapi diorang buat cuba maintain panjang jari tu. Mungkin kuku yang tumbuh akan jadi sedikit tak hensem laa (ayat sedap hati abah. Doktor cakap tak cantik! hehehe). Tapi Alhamdulilah, Abah redha atas semua yang terjadi. Ada laa salah Abah dengan Allah tu. Sebab tu ada orang datang melawat Abah kena ceria, tak nak bagi keluarga risau. Sakit tu kenalah tahan walaupun tengah sakit sangat. Rindu dah kat AMRAFAHAN ni, 3 hari tak jumpa. Mama pun sibuk kena ke sana ke mari melayan kerenah kami sekeluarga. Harap Mama kuat dan bertabah laa yer! Jutaan Terima kasih Abah ucapkan pada semu...

Abah accident motor pulak!

Imej
Ringkasnya, mesej Mama pada kawan kawan abah, Assalamulaikum, sori ganggu, Jari manis kiri Zaini dah dioperate pkl 12 td Skrg dah selesai n dah sampai wad Dia mamai n tgh tdo Nanti kalau dpt further info dr doctor sy kabokan Tq atas doa dan perhatian semua Hanya ucapan terima kasih dpt kami sekeluarga berikan Assalamulaikum semua, ni wife dier, sori, Zaini eksiden masa dah sampai putrajaya, depan inspen Dia naik moto Td doc oto tgh tgk dia, sy blom jumpa dia lg Ada jari yg patah, Rasanya dia ngantuk, terbabas n langgar keta yg park tepi jln, tak sure kepala kena tak, tp dia tak ingat apa yg berlaku. Sy tya pada doc in charge td. Ni mesej Abah reply pada kawan kawan pagi tadi... Alhamdulilah saya dah ok sikit. Dah segar sikit. Sakit sakit badan. Tengah tahan sakit kat jari tangan kiri. Kaki kiri bengkak kat tulang keting n lutut. Dah operate jari, doc jahit sambung. Nak monitor jari yang jahit tu hidup ke tak. Harap anak anak Abah ok duduk dengan mama. Sian ...

Abah accident lagi!

Imej
Sreeeettttttttttt!!!!! Bunyi tayar kereta wira abah! Berasap asap putih keluar! Bangggg!!! Langgar kereta depan! Hadoihhh! Masak aku! Langgar kereta rcz! Nasib bro tu tak marah marah! Kami sama sama buat reports kat balai nilai. Kena kat km 282 arah utara highway plus, sebelum exit nilai. Lebih kurang jam 6.45 petang. Alhamdulilah Abah tak de apa-apa. Cuma tangan kanan rasa lenguh bila bangun pagi nih. Hari nih takde transport nak ke workshop. Hari isnin nanti lah pergi tengok kereta. posted from Bloggeroid