Bahaya timang bayi!! Penting! Kena baca! PENTING!!
Perkongsian dari Facebook. Info ini Abah ada terbaca di Klinik Kesihatan masa bawa AMRAFAHAN check up dulu-dulu. Alang-alang dah ada artikel ni, Abah share laa dengan korang... *************** SAYANG ANAK TIMANG-TIMANGKAN Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan. Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan). Scan otak men...