Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2012

Syabas Malaysia!

Imej
Syabas Malaysia! Walaupun kalah 0-2 kepada Thailand bermain ditempat lawan, Abah rasa pemain Malaysia sudah memberikan aksi yang terbaik! Pada Abah game tadi oklah berdebar juga tunggu gol! Macam game final pula! Yelah.. lawan Thailand kan... antara pasukan terkuat di Asia Tenggara. Tapi malang, pihak lawan yang dapat gol! Abah rasa bukan Abah sorang jer kot yang tak puas hati dengan tindakan pengadil tadi! Ramai lagi rakyat Malaysia yang tengok mesti tak puas hati juga! Rasa macam berat sebelah pun ada! Tak pasal-pasal seorang pemain Malaysia kena buang tadi si Fadli Shas tu... (edited) Takde rezeki tahun ini untuk Malaysia mempertahankan Piala AFF Suzuki 2012. Lain tahunlah kita buru balik! Bagi sama Singapura ataupun Thailand pula! Sang Singa melawan Sang Gajah! Kita tengoklah siapa yang bawa balik Piala tu nanti!!  Syabas Malaysia! Syabas Harimau Malaya! Info lanjut perlawanan klik sini Nota Kaki Abah: Pada pendapat Abah laa.. ranking FIFA tu penting tau! Kalau ...

AMRAFAHAN di Harian Metro lagi!! Edisi Raya pula!

Imej
Alhamdullillah kisah AMRAFAHAN keluar di Harian Metro lagi! Kali ini kisah pasal raya pula! Meh baca kat sini! Terima kasih Harian Metro! Harian Metro 22 Ogos 2012 Sempena Raya ni... Beli smartphone baru jom... Offer offer! Melayan kembar tiga SELAIN perasaan bahagia dan ceria memiliki anak kembar, menyediakan keperluan raya tentunya memberi cabaran kepada ibu bapa terutama bagi pasangan suami isteri yang memiliki anak kembar tiga. Bagi Noorhany Ishak, 33, dan Huszaini Haron, 33, yang memiliki kembar tiga perempuan seiras, seperti tahun sebelumnya, mereka mula membuat persiapan menjelang pertengahan Ramadan. Ini bagi memastikan semua keperluan dapat disediakan mengikut waktunya. “Biasanya untuk suami dan anak sulung (Aqil Muhammad Rayyan) menempah baju Melayu kerana lebih mudah mendapatkan rona yang sama manakala untuk anak kembar saya lebih suka membeli menerusi talian kerana menjimatkan masa,” kata Noorhany. Namun cabarannya apabila terpaksa menyediakan pakaian...

AMRAFAHAN Raya 2012!!

Imej
Antara gambar-gambar yang sempat diambil masa hari raya pertama hari tu!  Gambar maybe tak cantik sebab upload cam ada problem sikit!

Selamat Hari Raya semua!!!

Imej
Dikesempatan ini Abah mewakili AMRAFAHAN dan Mama mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua adik-beradik yang dikasihi dan dirindui selalu, Mak yang tercinta, dirindu dan dikasihi, saudara mara jauh dekat, rakan taulan, kawan-kawan FB dan blog, pembaca senyap blog, ahli-ahli Kelab Kembar Malaysia , kawan-kawan masa sekolah, kawan masa belajar, sesiapa jua yang kenal diri kami sekeluarga dan semua-semualah!!! Maaf Zahir Batin atas semua salah silap kami samada pertuturan, percakapan, pertaipan dan lain-lain lah yer dari hujung rambut sampai laa ke hujung kaki! Raya nanti kami beraya di kampung Mama di Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kepada kawan-kawan yang berhampiran jemputlah ke rumah yer! Nak datang rumah Putrajaya pun boleh tapi seminggu selepas raya laa yer! hehehe

Iklan raya yang buat Abah menangis!

Imej
Serius! Betul Abah menangis! Tapi kat rumah laa depan PC sorang-sorang! Kalau kat opis mau nangis kat toilet! hehehe... Mungkin sebab hati Abah nih lembut agaknya.. ceeewaahhh!! Korang tengoklah sendiri! Kalau korang tak menitikkan air mata atau sekurang-kurangnya bergenang air mata, korang memang seorang yang sangat tabah dan kuat! Iklan raya dari BERNAS untuk tahun 2012 ni memang sangat menyentuh jiwa sesiapa yang menontonnya! Persahabatan antara 2 insan kerdil Ahmad dan Fizi yang kelainan upaya memang sangat unik. Untuk mereka seperti ini , Semoga Allah memberi keberkatan kesenangan kemudahan dalam hidup mereka. InsyaAllah. Amin! Haaa!! Nangis ehhh!!!!! hehehe

Iklan raya petronas 2012 yang best dan buat Abah terharu!

Imej
Haa.. amik ko! Tajuk post panjang gila!! Hahaha.. Tapi bila tengok iklan raya petronas 2012 nih, Abah rasa terharu dan pada masa yang sama rasa bersyukur dan beruntung menjadi rakyat Malaysia. Pelakon dia Redza Minhat. Ramai kot peminat dia nih... Err.. secara jujurnya.. Abah pernahlah tengok muka dia tapi tak tau nama... huhuhu.. kang tiba-tiba marah pula peminat dia kat Abah! I'm sorry!! hehehe Meh tengok kat sini!! Dah tengok! Best kan!! Nota kaki Abah: Pukul 2 pagi mata cerah jer.. godek-godek internet.. jumpa laa video nih!

Cuba teka mana satu logo Kemerdekaan tahun 2012?!

Imej
Kalau korang terrer! Cuba teka mana satu logo Kemerdekaan Malaysia ke 55 yakni tahun 2012?! Sumber boleh rujuk kat sini Jawapannya....