Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tumor

Nama Tumor Deedam

Imej
Assalammualaikum, Semalam punya entri lupa nak beritau nama tumor yang ada pada adik aku Deedam. Lupa langsung nak beritau. Nama tumor dia Vascular Tumor . Tumor dia bahaya juga sebab dekat dengan salur darah besar kat situ. Tapi doktor pakar kata tumor dia masih dikawasan luar selaput otak, belum kacau otak lagi, tapi dalam tempoh 6 bulan kalau tak buat apa-apa, tumor tu boleh kacau otak dan kemungkinan boleh menyebabkan mata buta dan badan lumpuh sebelah kiri... Minta jauh laa semua tu... Aku nak tengok adik aku sihat lebih baik dari sebelum ni! Mak aku cerita... masa ni mak jaga Deedam, doktor cakap dengan Deedam... (Masa tengah taip ni, mak aku kat sebelah aku ni... dia macam editor laa.. hehehehe) Doktor: Awak dah boleh balik hari ni, tapi kena datang balik 12 Feb nak operate 14 Feb 2011 Deedam: Kita taknak datang! Confirm kita taknak datang! Mak: Doktor Ashraf, tolong terang sikit kat dia! Doktor: (Keluarkan gambar scan MRI Deedam, dan tunjuk dan terangkan pada Deedam) ...

Kena bedah bulan Feb nanti

Imej
Assalammualaikum dan selamat pagi, Semalam pagi-pagi aku, mak dan aiza pergi hospital. Macam yang diberitau oleh doktor pagi tu sepatutnya adik aku jalani prosedur CA. Aku nampak muka mak memang risau, takut tak sempat jumpa adik sebelum dia masuk bilik buat prosedur, aku hanya mampu berdoa dalam hati agar adik aku dikuatkan semangat dan boleh harungi ujian ini. Perjalanan dari rumah mak cik aku ke hospital taklah jauh, lebih kurang 15km jer... tapi disebabkan jem, maka kami sampai lewat sedikit di hospital. Sampai hospital, mak terus naik ke atas. Aku pergi parking kereta. Lepas tu aku dan Aiza naik atas. Adik aku ditempatkan di tingkat 4 wad Neurology katill no. 12. Sebenarnya kalau pagi ni tak boleh masuk ada guard jaga sebab bukan waktu melawat, tapi aku beritau mak guard erkk.. boleh ekk guna mak guard? hehehe boleh aa... paham kan?! aku nak jumpa adik aku sebab nak kena operate pagi ni... Sampai kat atas, mak aku tunggu depan pintu lift. Mak cakap adik masih tidur. So, aku ma...

Confirm ada tumor...

Imej
Pagi tadi aku dan mak pergi tengok adik aku Deedam.. Kami pergi lepas sarapan mee goreng di rumah makcik aku. Mak cik aku ada bekalkan mee untuk adik aku. Semasa tengah makan kawan mak aku beritau mak aku di telefon bahawa doktor kat HSA cari mak aku nak beritau something... Sampai di hospital aku tengok keadaan adik aku seperti biasa, macam takde sakit... ceria jer.. Lepas beri bekal mee tu, dia pun makan. Lepas dia makan tu aku turun bawah nak belikan dia air dan barang mandian dia.. Tiba-tiba mak aku datang cari aku, cakap doktor dah ada nak jumpa nak beritau pasal keadaan adik aku selepas buat MRI scan semalam. Aku dah berdebar-debar... Sampai ke atas, mak aku beritau aku, "Mak rasa kepala adik memang ada benda laa.. sebab tu nak buat prosedur tu... Mak aku dah bergenang air mata... aku dah sebak... tapi tahan... lepas tu kami kuatkan semangat jumpa doktor, Doktor bawa kami ke tempat tengok x-ray adik aku kebetulan berhadapan dengan katil adik aku... Doktor beritau aku dan m...

Adik saya ada tumor...

Imej
Assalammualaikum... Pagi tadi pukul 7.30 lebih kurang aa... ada dapat mesej dari adik perempuan aku, katanya "Adik masuk ward. Kena sawan. Mungkin ada tumor" Ini adik aku yang bongsu nama dia Muhammad Dee Hadzdam Bin Haron umur 16 tahun... aku panggil dia Deedam... aku dan deedam Arghhh.... terus aku call mak aku, aku tanya macam mana boleh jadi? Mak aku cerita.. adik aku main basikal, lepas tu terjatuh basikal.. Mak cakap habis luka-luka calar-balar badan dia.. kepala benjul... tapi dia ok jer masa tuh... Lepas tu malam tu, adik aku tidur sebilik dengan mak aku sebab rumah tengah renovate. Lebih kurang pukul 2 pagi tu, mak aku tersedar tengok adik aku, dah biru-biru badan dia... mak aku terus call ambulan datang ambil, ambulan terus hantar ke HSA JB. Masa cakap dengan mak aku ni, aku dah menangis dah... sedih dan kasihan kat adik aku... Bila kat sana doktor buat scan, kot-kot ada darah beku ke kat kepala adik aku sebab terhantuk masa jatuh tu, tapi doktor jump...