Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 18, 2014

Cara pilih Jam Tangan yang sesuai untuk Lelaki

Imej
As salam dan salam sejahtera, korang tau tak antara hadiah yang popular selalu diberi kepada seorang lelaki adalah JAM TANGAN. Sebab tu dalam post Abah yang awal-awal dulu , Abah letak jam tangan di tempat yang pertama.  Jam tangan amat disukai oleh lelaki kerana kaum Adam menganggapnya sebagai sebahagian daripada cara untuk beraksesori. Tidak kiralah sama ada korang suka analogue display yang klasik ataupun digital display yang tampak lebih moden, semuanya ada untuk anda. Jam tangan kini boleh dibeli secara online kerana terdapat banyak online shopping website Malaysia atau blogshop yang menawarkan koleksi jam tangan lelaki terdiri daripada jenama-jenama antarabangsa dan tempatan yang berpatutan harganya. Namun korang sendiri haruslah tahu jenis jam bagaimanakah yang korang suka?  Pemilihan seutas jam tangan sepatutnya berdasarkan beberapa syarat. Sebagai contoh, ramai yang lebih suka akan jam yang mempunyai rekaan lebih ringkas, versatile dan boleh dibeli dengan harga yang