Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 12, 2015

Apa itu MICROSLEEP? INGATAN UNTUK YANG MEMANDU PULANG BERHARI RAYA DAN BERJALAN JAUH!

Peringatan untuk diri Abah sendiri dan kawan-kawan lain. Moga bermanfaat. ************** Apa itu MICROSLEEP? INGATAN UNTUK YANG MEMANDU PULANG BERHARI RAYA DAN BERJALAN JAUH Oleh: Dr Muhamad HKL Pernahkah anda mengalami keadaan di mana semasa anda sedang memandu, anda terlelap, hilang tumpuan atau sebagainya dan apabila anda tersedar, anda sudah begitu rapat dengan kereta di depan anda, dihon oleh kereta lain kerana memasuki lorong dengan cara bahaya atau tiba-tiba sahaja terhantuk pada stering atau pintu di sebelah pemandu? Saya pernah mengalaminya dan keadaan ini dipanggil microsleep. Microsleep secara mudahnya boleh didefinisikan sebagai tidur yang singkat. Ingin saya tegaskan ianya tidak sama dengan napping atau Qailullah. Perbezaan paling utama ialah microsleep ialah satu perlakuan yang tidak disengajakan manakala napping adalah sesuatu yang dirancang. Microsleep bermaksud perlakuan seperti tidur yang tidak disengajakan dan tidak dapat dikawal samada dalam bentuk pandangan k...