Catatan

Tunjukkan catatan dari September 25, 2011

Geram!!

Imej
Ini Dani, anak buah saya... Saya geram dengan dia sebab dia sangat tembam dan sedap dipeluk! Umurnya baru 6 bulan tapi beratnya sudah 12kg. Mamanya hanya memberi susu badan sahaja! Memang geram peluk Dani nih!! Abah dan Aqil memenyekkan Dani!

Himpunan 70 geng kembar

Imej
PORT DICKSON: Buat julung kalinya, lebih 35 pasangan kembar berjaya dikumpulkan bagi memeriahkan majlis Geng Kembar Berhari Raya 2011 di Casa Rachado, di sini, kelmarin, bertujuan meraikan golongan istimewa itu. Lebih manis, pasangan kembar berusia antara tujuh bulan hingga 15 tahun itu turut memperagakan pakaian dan kasut sama memeriahkan suasana majlis bertemakan ‘Serupa Tapi Tak Sama’. Majlis itu menjadi medan merapatkan silaturahim antara keluarga kembar di seluruh negara merangkumi pelbagai agama dan bangsa, selain membantu mereka yang mempunyai masalah peribadi atau kewangan. Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran kembar tiga yang juga anak kepada penganjur. Bapa kepada kembar tiga itu, Huszaini Haron, 33, berkata, dia mendapat idea menganjurkan majlis itu selepas dikurniakan cahaya mata kesayangannya, Auni Faqihah, Auni Haziqah dan Auni Naqibah, kini berusia setahun. Menurutnya, anugerah Allah itu amat memeranjatkan dia dan isterinya berikutan tiada ahli keluarga mereka ...