Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel soal jawab

Betul ke korang nak kembar? sambungan..

Assalammualaikum dan salam petang.. aku nak sambung pasal entri aku hari tu. Klik sini untuk baca. Macam mana dari segi kewangan, bila ada anak kembar ni? Terus terang dari segi kewangan untuk orang macam aku kerja kontrak gomen ni, agak terhad. Pernah terfikir semasa wife aku mengandungkan kembar, nanti nak hantar anak ke mana? taska ke? pengasuh ke? jaga sendiri ke? Disebabkan wife aku kerja tetap gomen, sayang laa nak suruh dia berhenti untuk jaga anak empat orang.. baik aku yang berhenti kerja sebab aku kerja kontrak jer.. bila bila masa aku boleh diberhentikan. Untuk pengetahuan korang, aku dan wife kurang mempercayai orang gaji, betul duit taska yang aku bayar sekarang boleh bayar untuk dua orang gaji.. kalau amik sorang orang gaji betul ke dia boleh jaga anak kita empat orang nih? kembar lak tu.. kadang kadang kita sebagai mak bapak nih pun terlepas juga ketensenannya apa lagi orang lain yang tiada kaitan.. Jadi aku decide baik hantar ke taska tempat aqil bersekolah. setakat h...

Betul ke korang nak kembar?

Assalammualaikum.. Dari komen komen yang aku baca kat blog aku dan blog kawan kawan kembar.. ramai terutamanya wanita teringin nak anak kembar.. ada nak kembar 2, kembar 3, kembar 4 pun ada... Aku bercakap.. eer.. menulis.. err.. menaip nih berdasarkan pengalaman aku sendiri yer.. harap jangan ada yang terasa hati ke apa ker.. Tapi korang dah bersedia ke? Mental? Kewangan? Fizikal? dan lain lain?

Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 6

Imej
huhh... ada lagi.. ingat habis dah... sambung sikit lagi... aik? Siri 6 dah? Mana siri lain? Sila rujuk sini.. Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 1 Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 2 Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 3 Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 4 Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 5 Soalan Ke sebelas Susah tak jaga kembar 3 ni?

Shahrunnisak tanya AMRAFAHAN jawab!!

Imej
Shahrunnisak ni kawan kepada adik aku. Sama-sama sekolah dulu.. Rasa macam kejap jer... dulu kecil jer! Sekarang dah jadi mak orang dah! Huhuhuhu.. tua sangat ke aku nih? Dia pun ada blog. Ada entri pasal sos prego mengandungi daging babi. Eee... seramnya... meh baca kat sini!  Minta dijauhkanlah semua nih!! Amin.. Anak Caon Ok Shahrunnisak atau aku panggil caon dia tanya macam nih.. cmne eh handle kembar2 sume bila azeni or k.hany sorang yg tinggal.mcm bru ni kan azeni blik kota tgk deedam,cmne ahh k.hany handle. tak klm kabut ke?

Mama Farhan tanya AMRAFAHAN jawab!

Imej
Salam petang, Kita sambung lagi soal jawab kita yer!! Kali ni datangnya dari Mama Farhan . Alamak! Tak boleh nak cilok apa-apa dari blog dia sebab nanti kena denda!! Tapi aku cilok juga sebab nak tunjuk benda nih!! Habislah aku kena denda!!! huhuhuhuhu Ampun buk!! Ok soalan Mama Farhan ni berbunyi.. nk ty... mcm mana handle 4 org anak dlm kereta... x riuh rendah ker? sedangkan yang seorang ni pun pening ni kan pulak 4 org sekali gus... Jawab aku berbunyi macam ni... Ok! Mula-mula masa keluar NICU dulu kalut gak aaa... macam mana laa aku nak buat ni ekk!!! <== bukti aku orang johor sebab guna ekk!! walaupun mak bapak aku bukan asal dari johor... huhuhu... ok sambung.. Masa tu ada 1 jer baby car seat, si abang punya, jadi aku fikir kena tambah lagi dua sebab nak bawa dari wad nicu ke lobi hospital bukannya dekat... jadi tak boleh nak dukung macam tu jer sebab dia orang kecil sangat!! takut gak nak dukung-dukung kiri dan kanan. Sampai kat kereta masa tu susun 2 car seat kat b...

Ayu Gegar tanya AMRAFAHAN jawab!!

Imej
Soalan ni datangnya dari Ayu pemilik blog Citarasa Rinduan , seorang tokey kedai makan di kampungku.. er... kira sekampung laa walaupun daerah lain-lain kan?!! Kenapa aku panggil dia Ayu Gegar? Sebab hari tu dia hari-hari gegar blog orang!! Hahh!! Kau orang gegar laa balik blog dia!! Tak gitu Ayu? Hehehe... Hahh.. nak beritau nih.. siapa-siapa orang Johor nak buat vlog boleh terjah blog Ayu nih!! Soalan Ayu berbunyi keyboard macam nih... orang kata...kalau tak ada family kembar..tapi kalau kita makan buahan yang kembar2 betul ker kebarangkalian akan dapat..? Jawab saya.. Mungkin betul mungkin tidak.. Sebab masa sebelum mengandungkan kembar, wife aku sangat suka dengan anak kembar ni, kebetulan jiran aku dulu ada anak kembar 2, selalu selisih dalam lift.. Dan dia pernah bercakap dengan aku dia selalu berdoa nak anak kembar... Kalau tak silap aku dia pun pernah cakap makan buah-buah kembar ni macam pisang... Ermm.. mungkin kebetulan.. Hanya Allah yang tahu.. Doa pada Nya jangan lupa ...

Azwaimran tanya AMRAFAHAN jawab!

Imej
Selamat petang! Tukang tanya ni ada blog shop! cantik woo barang-barang kat kedai dia!!! Nak tengok tak!! Antara barang dia... Gambar dicilok dari blog Azwaimran :) Ok kalau nak tau lebih lagi terjahlah blog dia nih!! Serbanekashop . Macam-macam ada!!! Nama pemilik blog Azwaimran. Nanti terjah yerr!! Soalan bertaip macam nih.. nak tanya..kalau makan kat restoren camner ye?kembar ok ke? abg kembar boleh beza x adik dia? Jawapan aku... Haaa... kalau makan kat restoran... ermm... kami akan minta baby chair 4 biji! Hehehe.. bagi cukup semua!! Lepas tu susun laa keliling meja... Lepas tu jadi perhatian orang.. hehehe.. kami boleh senyum jer.. orang tanya baru jawab dan bersembang.. takkan tiba-tiba nak cerita kat orang tak kenal kot.. hehehe.. Kalau baby chair tak cukup, kena duduk dalam stroller jer.. Tapi tu masa semua dah boleh duduk.. masa kecil dulu kami beli tapaw jer.. bila dah besar sikit ni baru berani bawa pergi makan kat kedai.. Abang Aqil dia kenal adik dia, tap...

Lady Dayana tanya AMRAFAHAN jawab!

Imej
Huii!!! Ok kita pergi ke soalan seterusnya.. datangnya dari adik Lady Dayana, baru lepas sekolah rasanya nih! Betul ke dik? hehehe pemilik blog My Ordinary Life :)  Blog ni direview oleh Ben Ashaari ko! Dicilok dari tempat yang sepatutnya! kekeke Soalannya... berapa lama eh pantang lepas beranak ank kembar ni?? Jawabnya.. Untuk wife aku dia berpantang macam orang lain juga, 44 hari, tapi dia cukupkan 60 hari.. Sebab operate kan.. kena lama sikit.. Lepas tu masa pantang tak boleh makan poleney ke apa ke.. sebab bayi pra matang tengah menyusu, nanti effect kat bayi, boleh kena demam kuning teruk dan cirit birit, nanti berat badan susah naik.. Haihh... ni tak baca entri sebelum ni laa nih.. yer dik? hehehehe...  Ada ke patut... kawan-kawan lelaki aku kata, aku kena berpantang 100 hari untuk seorang anak.. jadi 300 hari untuk tiga orang anak!! Gila apa dia orang nih!!! Dekat setahun tu kena pantang!!! Mana boleh.. kasihan aku!! huhuhuhu... ehh silap.. kasihan is...

Tin Ta Kibod tanya AMRAFAHAN jawab!

Imej
Ok selamat nak tengahari kau orang semua! Soala ni ditaip oleh Tinta Kibod pemilik blog Tinta Kibod , nama dia aku tak jumpa dalam blog, ada pun BS jer.. BS tu apa? Bas sekolah ke? hehehe.. jangan marah aa.. Suka tengok Header dia.. awan dengan bunga dia boleh gerak-gerak! Comel jer!! Ok soalannya ialah berapa lama perkahwinan korang? Ok dia tanya pendek aku jawab panjang sikit yer...  Sebenarnya aku berkahwin dan tahun ke 5, tapi sebab nikah pada awal Disember, jadi masih pengantin baru lagi yer.. baru 4 tahun 3 bulan..  Nak cerita sikit.. masa awal-awal kahwin isteri aku keguguran 2 kali, sebab rahimnya tak kuat, selepas itu baru dikurniakan si Abang Aqil ni. Masa si Abang dah setahun dan masih menyusu ibu secara apa ekk.. er... exklusif ke apa tah.. senang cakap fully breast feed laa.. kang aku taip BF kan ada yang tak paham.. yang muda-muda laa kot.. yang dah kahwin tau laa kan! Kami dikurniakan kembar Auni Auni Auni..  Err.. kalau tak anak aku dah 6 oran...

Farah Syuhaida tanya AMRAFAHAN jawab!

Imej
Assalammualaikum dan selamat pagi! Soalan pertama datangnya dari Farah Syuhaida Bt Ismail pemilik blog Farisya's Boutique . Jadi bolehlah singgah ke blog beliau yer, mana tau jumpa sesuatu yang menarik hati kau orang! Soalannya bertaip macam ni.. slm..saya fara..sgt teringin kembar...nak tanye la...ur wife amalkan minum kacip fatimah 3 in 1 tu bape lama...harap dpt membantu yer..TQ Dan jawapannya dijawab oleh isteri aku dan aku nak tambah sikit.. Jawapan Isteri aku bagi pihak aku.. dia suka minum koko/chocolate, so dia amik yg ada campuran koko.. kalo tk silap..memang selalu restock..tak penah tak ada stock kat umah n opis... pepagi n sblm tdo tu waktu wajib, masa lain tu kat opis.. memang kerap le..n tak de jenama yg tetap..asakan ada kacip fatimah..amik je..hehehhe Aku tambah sikit yer.. Mungkin kebetulan atau tidak, salah seorang sahabat isteri aku tanya macam mana boleh dapat kembar 3, so, wife aku bagi cara ni, dan isteri kepada sahabat wife aku tu pun buat sama ma...

Tanya sama AMRAFAHAN

Imej
Ok hari ni, aku nak buat sessi soal jawab dengan kau orang semua! Mudah cara dia. Kau orang boleh tanya apa sahaja pasal AMRAFAHAN . InsyaAllah aku akan jawab dalam satu entri khas. Tinggalkan soalan kau orang kat komen ni. Tutup pada pukul 3 petang hari ni. Setiap soalan jika bersesuaian, aku akan jawab dan sambil-sambil tu aku akan promote blog kau orang. Lepas tanya tu bolehlah letak link kau orang yer.. Nanti aku terbang ke sana!! Ok kita mula sekarang! **Nota kaki Abah. Aku nak pergi tolong sepupu aku berniaga kat pasar karat stadium shah alam ni.. Nanti petang aku jawab aa..!!

Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 5

Maaf yer terlambat update, hari ni bz sikit sebab jaga AMRAFAHAN, mama dia orang kena kerja hari ni. Lepas masak bubur, bagi dia orang makan, lepas dia orang main lepas tu bagi susu, sekali dengan abah dia orang tertidur... huhuhuhu... Oklah kita sambung lagi yer.. Pada yang baru baca boleh mula kat sini, Siri 1 Soalan Ke Sembilan Apakah cabaran yang perlu dihadapi bg ibu bapa yang ada anak kembar? Cabaran awal yang ketara i. nak dapatkan rentak perangai anak2 kembar ii. tak tido malam (kurang) sebab masa menyusu yang lama. (kena bergilir2 kalau nak tido) iii. kalau dapat kembar seiras, cabaran besar ialah proses PENGECAMAN wajah ler.. iv. bersedia menjawab soalan bertubi2 dari semua pihak termasuk ahli keluarga. v. menyediakan perbelanjaan yang mencukupi bagi membeli barang keperluan asas bayi seperti susu dan lampin pakai buang. --- orang beranggapan susah nak jaga kembar sebab pengalaman menjaga seorang anak kadang kala agak mencabar. Tapi Allah Maha Adil, semuanya dipermudahkan...

Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 4

Selamat kembali u oll!! kekeke... nak gak guna u ol u ol nih!!! Ok kita balik ruma.. ehh. balik kepada soal dan jawab kita.... Apa?? tak paham? tertinggal lagi? Sila mula balik kat sini yerr-->>> Siri 1 Soalan Ketujuh Apakah perbezaan yang mudah untuk mengenali mereka? Selain berat badan, muka masing2 dah ada perbezaan. kembar pertama (Auni Faqihah) agak tembam dan mata agak sepet. kembar kedua (Auni Haziqah) mempunyai raut wajah manis dan paling suka senyum.(sekarang paling suka menari) kembar ketiga (Auni Naqibah), bertubuh kecil dan ada tahi lalat di bahu kiri Masa mula-mula kahwin dulu err... silap.. mula-mula keluar hospital .. hehehe... Saya dapat mengecam Auni Auni Auni dengan terrer sekali! Lepas tu wife pula terrer... saya asyik tersasul jer.. Masa tu muka AF nak sama dengan muka AH, kadang-kadang muka AH nak sama dengan muka AN, maunya bapak dia tak kompius... Pernah sekali laa.. ehhh silap lagi... bukan sekali.. tapi banyak kali laa... saya tersalah panggil n...

Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 3

Selamat Pagi! Ok kita sambung lagi hari ni yer.. err.. hilang punca? meh tengok kat Siri 1 dulu! Soalan Kelima Bagaimana penjagaan ketika dalam pantang. siapa yg banyak bagi bantuan? Setelah dilahirkan, kembar telah dimasukkan ke NICU selama 46 hari. Mereka duduk di wad NICU sehingga berat badan mereka mencapai berat 2 kg atau sekurang-kurangnya 1.8 kg. mereka mendapat rawatan dan penjagaan rapi dari semua pakar dan nurse di sana. kami berulang alik ke hospital setiap hari setiap waktu melawat untuk membekalkan susu dan belajar kaedah penjagaan untuk anak lahir pra matang. Selepas keluar hospital, susu ibu tidak mencukupi dan kami beri susu untuk bayi pra matang atas nasihat doktor. Ini bagi meningkatkan berat badan bayi agar tidak turun semasa dibawah jagaan kami. Penjagaan bayi pra matang sangat rumit kerana bayi pra matang mudah terkena penyakit dan mudah turun berat badan jika tidak sihat, jadi sewaktu kembar masih kecil semasa berumur 3 hingga 5 bulan, kami hadkan pelawat...

Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 2

Ok kita sambung lagi... tertinggal? Sila tengok sini untuk siri 1 Soalan Ketiga Persiapan sebelum melahirkan anak kembar dr segi bajet? Sebenarnya cuma byk bersedia dari segi mentally, sbb wife asyik pk mcm mana nak breastfeed triplets. dia byk surfed n baca blog family triplets utk tau cara n experinced. sebab berjaya fully bf anak yg sulung sehingga berumur setahun jadi dia berazam nak fully bf the triplets. persediaan barang2 keperluan kembar beli ala kadar sebab doktor kata mgkn kena tahan kat NICU dan tak tau berapa lama akan di tahan. (doktor dah maklumkan berat kembar dan risiko2 yang bakal dilalui..). masa mula beli pakaian kembar, cashier mesti akan tanya kenapa beli semua 3 pasang. bila diberitahu kat dalam perut ada 3 baby, sessi soal jawab pun bermula lah. jenuh jugak lah menjawab. antara soalan yang selalu ditanya masa mengandung kembar.. i. eh? kembar 3 ke? perut kecik je... ii. kembar 3? bestnya..macam mana buat? (????????)<--- adoiihhh.. iii. larat tak n...

Macam mana kami boleh dapat kembar? Siri 1

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Kat sini aku nak cerita sikit macam mana kami boleh dapat kembar. Cerita dalam bentuk Q&A. Ok kita mula dengan.. Soalan Pertama Adakah saudara mara yang ada anak kembar? jika ada sebelah mana? Ada, abang kandung abah wife,kembar lelaki tak seiras. sebelah sepupu mak wife pun ada. pakcik n makcik. Jadi, mungkin gen kuat dari sebelah isteri. Tapi kami tahu ada gen kembar semasa raya tahun 2010 (sept 2010). Semasa kembar berumur 10 bulan. Sebelum tu, jika ada orang tanya, kami jawab setahu kami takde gen kembar... Sebelum ni, kami ingatkan abang kandung ayah wife kembar tahun (lahir seorang pada awal tahun seorang pada hujung tahun) Soalan Kedua Ketika isteri mengandung ada alahan luar biasa tak dan sejak bila tahu isteri mengandung kembar 3? masa permulaan mengandung, ingatkan mengandung biasa je, sebab tak jangka ada gen kembar. tapi, masa kandungan masuk bulan ke2 perut tinggi, nampak mcm dah mengandung 5 bulan. wife tak lalu makan ...