Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 2, 2013

Abang dah 5 tahun!!

Imej
Semalam selepas Abah ambil AMRAFAHAN dari sekolah, Mama dan Abah dah rancang nak buat KEJUTAN!! hehehe... bahasa banana in pyjamas ala cakap omputihnya SURPRISE!! Bila turun dari kereta jer masuk rumah, alaa... Mama pula duduk kat atas.. tak laa kejutan dari Mama, lepas tu Mama ada sorok kek bawah tudung saji, konon-konon nak kejutan kan Abang.. sekali Abang dah buka tudung saji dulu tengok kek tu.. huhuhu... tak kejutan langsung! Lepas tu berlakulah acara nyanyi lagu happy birthday kat Abang dengan acara potong kek beramai-ramai. Abah jadi tukang ambil gambar dan video jer hehehe.. Kami sambut anak beranak jer, takde ajak orang lain, lagipun dengan keadaan Mama yang selalu tak sihat nih, permintaan Abang nak sambut birthday dia kat tadika dia bersama kawan-kawan dia tak dapat laa nak ditunaikan. InsyaAllah jika ada rezeki lain boleh buat. Hehehe... siap tanya Mama kenapa adik dulu boleh? Ada rezeki insyaAllah tahun depan yer Abang. Apa pun kami sekeluarga gembira atas kurnian Il...