Catatan

Tunjukkan catatan dari November 17, 2013

Kakak terjatuh!

Imej
Semalam petang, lepas ambil AMRAFAHAN balik dari sekolah, Abah bawa diorang ke Taman Permainan kat Taman Canselari, Presint Diplomatik. Hehehe taman bersejarah tempat pertama kali geng kembar bertemu dan Auni Auni Auni masuk berita Harian Metro bersama kawan-kawan kembar yang lain. Dulu datang sini kecil jer, nak berjalan pun terkedik-kedik.. Sekarang dah boleh berlari memanjat semua! Tapi tulah bila dah boleh berlari nih, si Kakak pula tergolek tergelincir sebab terpijak tanah lumpur yang ada kat taman tu... Masa tu baru jer sampai taman. Abah tak sempat nak berangan si kakak dah datang mengadu menangis-nangis... nak ajak Abah balik sebab dia jatuh lepas tu baju seluar kaki tangan habis terpalit lumpur! Abah kata kat dia.. takpe sikit jer.. main lagi.. hehehe dia taknak... ajak juga balik nak bersihkan badan dan salin baju dia. Lepas tu Abah pancing laa dia, tunjuk tempat dia jatuh.. masa nih dah ok sikit. Lepas tu mama pun sampai, pujuk kakak lagi.. bila dah pujuk dia dah ok sikit

Wordless Wednesday: Pergi Kenduri Kawin Abah Ehh Errr.. Kawan Abah!

Imej
Bergambar selepas balik kenduri! Bergambar dengan kedua mempelai Kawan Abah si Pengantin Lelaki En Farid