Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel mak

Selamat Hari Lahir Mak!

Imej
Alhamdulilah hari ni genap 61 tahun umur Mak, masih sihat dengan izin Allah. Warga emas kata orang kita. Syukur dan gembira bila dapat tengok mak minggu lepas masa dia datang sini. Walaupun hari ni tak dapat nak balik sambut birthday mak bersama adik beradik lain. Hari ni, Adik adik Abah plan nak masak untuk mak masa berbuka nanti. Seronoknya dapat kumpul adik beradik. Lain kali ada rezeki boleh join! Apapun moga mak dilimpahi rahmat diberkati Allah dan boleh terus beribadah pada Nya. Selamat Hari Lahir Mak!! Kami sekeluarga AMRAFAHAN sayang mak sangat-sangat!

Balik tengok nenek!

InsyaAllah jam 11 nanti aku nak balik kampung johor nak tengok mak. Hari tu dia ada buat pembedahan  kat leher dia, jadi nak tengok sendiri laa dia macam mana. Berbual dalam telefon rasanya macam dah ok. Tapi bila dapat tengok sendiri baru puas hati. Tak sabar laa nak tengok mak nih! Harap-harap dia makin pulih!

Alhamdullillah mak ok!

Alhamdullillah mak aku dah selamat menjalani pembedahan. Risau juga sebab buat kat bahagian leher. Semalam telefon adik dia kata mak jadi orang pertama kena bedah untuk hari tu, masa aku call tu, mak tengah tidur sebab baru lepas kena bedah. Pagi tadi baru dapat bercakap dengan dia. Suara dia masih lemah bila aku dengar ditelefon. Tapi dia dah boleh bangun sendiri, makan bubur dan pergi tandas. Luka pembedahan tu lebih kurang 6cm panjangnya. Tak tau kena duduk wad berapa lama. Aku pun tak sembang panjang dengan dia, kesian kat dia. Biarlah dia rehat. Moga mak cepat sembuh dan sihat yer! Sayang mak!

Mak saya kena bedah hari nih!

Imej
Assalammualaikum dan selamat pagi, Pagi ni InsyaAllah mak aku akan dibedah di Hospital Sultan Ismail, Johor. Dia nak dibedah sebab ada ketumbuhan sebelah kelenjar thyroid. Harap-harap takde apa-apa lah... Minta tolong kawan-kawan doakan keselamatan dan kesihatan beliau yer! Moga Mak selamat jalani pembedahan ni dan cepat sembuh dan sihat! InsyaAllah.. Amin... Kita sayang mak sangat-sangat!!! Kita sekeluarga doakan mak cepat sembuh dan sihat!! Amin...

Selamat Hari Lahir Mak!

Hari ni birthday mak aku, hari ni juga dia pencen. Sempena hari istimewa nih aku nak wish kat mak aku... Mak, Selamat Hari Lahir yang ke 58! Moga mak dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, diberkati Allah selalu. Kita sekeluarga dan adik beradik yang lain sayang mak sangat-sangat!! Sampai bila-bila!! Allah selamatkan kamu Allah selamatkan kamu Allah selamatkan Mak saya! Allah selamatkan kamu Sayang rindu mak sangat sangat! Published with Blogger-droid v1.7.3