Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 12, 2010

Sarapan dengan Abang Aqil

Imej
Pagi tadi aku dan Aqil pergi pasar, cari lauk sikit... ada orang nak datang rumah... kawan-kawan wife aku semasa dia belajar dulu... Lepas beli barang dan hantar kat Mama, aku dan aqil keluar balik pergi sarapan. Biasalah.. tempat aku melepak kat kedai mamak... layanan cepat dan mesra hehehe... Aqil pun dah biasa pergi situ... Lepas tu aku order laa barli suam, air suam, roti banjir dan untuk Aqil aku aku order telur setengah masak 2 biji... Lepas aku pecahkan telur tu, Si abang ni nak makan sendiri nak suap sendiri... aku tak bagi laa.. kang habis kotor baju dia... tapi disebabkan dia hero.. aku ni cuma pembantu hero jer.. so aku menurut jelah kata-kata dia... (Seorang abah kalah kalau tengok anak buat aksi meragam comel ni.. tak sampai hati aku...) Si Aqil ni happy lah.. dapat makan sendiri... tapi aku kagumlah sebab baru 2 setengah tahun semua benda dah nak buat sendiri, pakai baju dan seluar sendiri, gosok gigi sendiri... sabun badan syampu rambut sendiri... tidur jer dengan ab

Bone Strangulation Tips

Imej
Salam sejahtera! Wah macam nak baca berita jer ekk!! Perghh!! tajuk orang putih seyy!! tapi isi melayu aa :) Aku nak tanya kau orang ni... kalau kita tercekik tulang.. selain dari telan kepal nasi, ada tak cara atau petua lain nak hilangkan tulang terlekat tu? Kalau ada boleh share kat sini ye... sama tak cara dengan cerita kat bawah ni? Okeh... cerita ni aku dapat dari email aku... belek-belek tahun lepas punya email... hehehe baru baca hari ni... ok kan?!!!  Aku nak share dengan engkau orang semua! Sebab aku rasa penulis cerita ni, seorang yang kelakar juga beriman... Dalam kelakar ada ilmu yang dia selitkan... meh baca meh.... Petua tercekik tulang Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh.. Masa mak

Kempen ChurpChurp lagi senang??!!

Senang ke ChurpChurp ni? Macam senang jer... aku pun main belasah jer nih!!! Banyak juga kempen kat ChurpChurp nih!! Meh meh mehh kita tengok apa dia!!! ChurpChurp | Social Share » The Celcom Great Sale is up for grabs! (Preview)

Kau Orang minat tak Korean Pop Stars?

Kau Orang minat tak Korean Pop Stars??? Dia orang nak datang sini buat konsert!! Meh layan sini.... ChurpChurp | Social Share » Catch Korean Pop Stars live in Malaysia! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Check out what Berry you are today! (Preview)

Aku pun tak paham sangat paham ChurpChurp ni... tapi redah jer.... korang pun boleh juga tau! Ni contoh ChurpChurp aku... boleh laa layan!! ChurpChurp | Social Share » Check out what Berry you are today! (Preview)

Hati-hati penipuan email!

Imej
Kau orang pernah tak terima email-email yang menipu ni? Dulu aku selalu terima yang bahasa inggeris punya.. selalu suruh reply ke call ke Nigeria atau Afrika... Tapi baru-baru ni... aku terima yang melayu punya... kalau jenis yang buta IT dan buta hati... mau rasa seronok bila dapat email macam ni.... Gila ko! 2 juta pound! Siapa tak nak!? Tapi disebabkan aku berhati-hati, baca betul-betul dan berfikir... semua ni MENIPU jer!! Jangan Terpedaya ok! Yang tak tahan tu.. siap guna nama Allah lagi... hadoii yaii!! Manusia oh manusia!!! Kalau kau orang terima email macam ni, hati-hatilah.. beritau atau ajar pada keluarga kita or sahabat kita yang tak berapa mahir IT tu... pesan kat dia orang... kat internet ni macam-macam boleh jadi... kita kenalah berhati-hati... Meh kita layan email mengarut ni... err.. sebelum tu.. aku ada try search nama dia kat facebook ada nama serupa.. tapi aku rasa bukan orang yang sama... kesian pemilik nama tu... tak pasal-pasal jer... Gambar hiasan su

Pendengaran Auni Haziqah dah normal!

Imej
Semalam pagi (15 Dis 2010) aku, wife, Aqil dan Auni Haziqah pergi Hospital Putrajaya sebab ada appointment dengan doktor ENT dan Pakar Audiologi. Ini kali ketiga kami datang untuk test pendengaran AH. Mula-mula dulu tak lepas sebab AH ada masalah jantung, (klik sini untuk cerita masalah jantung AH) jadi doktor nasihatkan supaya settle dulu masalah jantung baru boleh buat ujian ni.. Alhamdullillah setelah semuanya ok, kami datang untuk kali kedua untuk buat ujian ini.. Ujian ni budak kena lena/tidur nyenyak supaya senang nak buat ujian... Jadi doktor beri sedikit ubat supaya AH tidur... Bila AH dah tidur, pakar pun buat ujian kat telinga AH,  tapi result dia fail... masa ni aku pergi seorang dalam bilik audio tu, sebab wife aku kat luar tengah kena gastrik... Bila pakar kata, ujian ni, AH gagal aku dah risau... dia kata mungkin anak aku ni, pekak tahap sederhana... maksudnya, suara berbisik dia tak boleh dengar... Aku tak senang hati, risau... kesian kat AH ni... lepas satu, satu

Perkara yang disunatkan pada 10 muharram (hari Asyura)

Imej
Terima kasih kepada Isteriku yang pertama (dan yang terakhir! hihihi) yang sudi mengongsikan err.. betul ke eja? lantaklah.. janji bunyi sama... sambung balik... mengongsikan ilmu ini.... Bersama-samalah kita mendapat manfaat darinya dan diberkati Allah S.W.T Bubur Asyura Utara Style!! Perkara yang disunatkan pada 10 muharram (hari Asyura) Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingg

Mohon doa sahabat sekalian! Sahabat saya kemalangan...

Imej
Assalammualaikum, Lama sudah tidak buat entry, sibuk sikit, hari ini aku sekeluarga balik ke Putrajaya dari Penang, lebih kurang jam 11:30 malam (14 Dis 2010) tadi sampai rumah, selepas angkat anak dan barang-barang masuk rumah, aku pun buka laa FB, tengok apa cerita menarik... belek punya belek... sekali aku ternampak status sahabat aku beri ucapan takziah pada sahabat aku seorang lagi... rupa-rupanya, kawan aku ni, kemalangan... kebakaran ditempat kerja dia.. Allah!! risaunya aku... terus buka berita harian online cari berita pasal kawan aku nih... Kasihan beliau... moga dia tidak cedera teruk... Sahabat aku ni nama dia Zamri Wagiman, sahabat semasa belajar dia ITM Shah Alam dulu, kami panggil dia Jawa walaupun dia bukan jawa... err.. sebab nama ayah dia nama jawa... tu yang lekat sampai sekarang... Beliau mempunyai isteri dan 2 orang anak setakat yang aku tau laa... Seorang yang happy go lucky dan kelakar... Mohon sahabat-sahabat kat sini, doakan kesihatan  dan cepat sembuh sa

Kami di Penang!

Imej
Waa... lama rasanya aku tak menaip kat sini... lebih laa 24 jam rasanya.. huhuhu.... Semalam kami sekeluarga balik kampung Kubang Semang, Bukit Mertajam, esok opah, tok wan dan mak ngah nak balik sini... Diorang balik dari Makkah menunaikan fardu yang ke 5.. Ermm.. bila laa aku boleh pergi yer.. InsyaAllah.. sampai laa nanti jika hayat aku ada lagi... Aqil bila tengok tv ada gambar Kaabah selalu dia cakap, nanti kita pergi Kaabah ok! aku pun kata InsyaAllah... terharu pun ada... yelah anak aku yang tak tau apa-apa ajak pergi sana... Ikutkan hati ni, memang nak pergi sana... jealous tengok kawan-kawan muda-muda dah pergi... Kami bertolak dari Putrajaya lebih kurang jam 6 petang... 2 biji kereta, kereta aku dan kereta adik ipar aku... Alhamdullillah anak-anak aku tak meragam dalam kereta. Ada sesetengah orang beranggapan mesti susah jaga anak kembar 3 ni... Aku cakap kat diorang tak susah jaga... diorang pandai bawa diri... Masa jaga si abang lagi mencabar... Sepanjang perjalanan dio